~CHAPTER 9 || ZAYREEL~

3K 231 1
                                    

Memandangkan kafe Adellea tutup hari ini,dia membuat keputusan untuk pergi membeli barang dapur di supermarket bersama rakannya, Liyana.

Dia mencapai telefon bimbit yang berada diatas sofa. Laju sahaja jari-jemarinya mendail nombor Liyana untuk mengajaknya teman pergi membeli barang dapur.

"Hello, Yana. Jom teman aku pergi beli barang dapur kejap."cakap Adellea kepada Liyana yang baru sahaja menangkat panggilan dari Adellea.

"Aku malas la, Lea. Tak larat, kau pergi la sorang."balas Liyana malas. Dia nak tidur saja hari ini.

"Alah jom lah, nanti aku belanja kau aiskrim." Balas Adellea. Dengar sahaja perkataan 'aiskrim' terus semangat Liyana dibuatnya. Liyana ni hantu aiskrim juga macam Adellea.
"Okay! Kau ambil aku tau kejap lagi. Bye aku nak pergi mandi dulu. Bestnya bos titew nak belanja.Hehehe."

Tit.

Belum sempat Adellea balas, Liyana sudah matikan talian.

"Haih, nasib la aku dapat kawan yang senang makan umpan ni." kata Adellea pada diri sendiri. Dia terus melangkah kaki ke arah bilik air untuk mandi.

Selesai memparking kereta, mereka berdua terus berjalan memasuki supermarket. Apabila mereka berdua sudah memasukki ke dalam supermarket, mata mereka berkeliaraan mencari kedai aiskrim yang bernama 'Baskin-Robbins'.

Setelah kedai yang dicari ditemui, mereka melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.
Liyana memesan aiskrim berperisa stawberi manakala, Adellea memesan perisa chocolate mint.

Selepas pembayaran dibuat, mereka mengambil aiskrim yang dipesan tadi dan terus berjalan keluar dari kedai itu.

Baru sahaja Adellea ingin menyuap aiskrim ke dalam mulutnya, tiba-tiba bahunya dirempuh oleh seseorang lelaki. Bekas aiskrim yang berada di tangan Adellea selamat bercium dengan lantai.

Huhu. Haritu ada orang rembat aiskrim dia, sekarang ada orang terbagi jatuh pulak. Tak ada rezeki Adellea nak makan aiskrim tu.

"Oh no. My ice cream....."

"Sorry sorry, cik. Saya tak namp-" mati kata-kata Zafrel apabila melihat wajah yang dia sangat kenali.

"KAU LAGI?!" Serentak mereka berdua berkata.

"KAU LAGI?!" Serentak mereka berdua berkata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~
TBC

Harap korang boleh tolong vote

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now