~CHAPTER 7 || ZAYREEL~

3.2K 252 3
                                    

Selepas sahaja mereka anak beranak menjamu selera, Zafrel meminta izin kepada Datin Zaliha untuk keluar berjumpa dengan kawannya. Datin Zaliha mengizinkannya tetapi dia tidak boleh pulang lewat.

Kini jam menunjukkan pukul 9:30 malam. Dia dan Aiden telah tiba di sebuah kafe.

"Aiden kau ingat tak yang minah yang aku cakap haritu, rupanya dia tinggal dekat dengan tempat kerja aku." Beritahu Zafrel. Itulah sebab kenapa dia mengajak Aiden berjumpa dengannya.

"Minah yang mana pulak ni? Tanya Aiden. Sungguh dia tak ingat apa-apa pun.

"Alaa yang aku cerita hari tu. Masa aku nak beli aiskrim ada minah yang kata tu dia punya aiskrim tuuu. Alaaa, cuba kau ingat" balas Zafrel.

Aiden cuba untuk ingat semula dan terus sahaja menghentak meja yang ada di hadapannya. "Ouh dia tu. Baru aku ingat. Kenapa dengan dia" tanya Aiden.

"Aku pergi jumpa dia. Ehhh silap bukan jumpa tapi TERjumpa". Dia tekankan sikit perkataan itu. Takut pula kawannya ini tersalah faham.

"Ok." Balas Aiden sepatah. Dia sebenarnya suka bila Zafrel cerita tentang seorang perempuan. Dia yakin perempuan kali ni telah membuat kawannya ini akan angau. Kenal sangat dengan Zafrel bukan pernah cerita tentang perempuan.

"Ok je ke? Selalunya kau la yang sibuk nak tahu lebih. Hilang rasa aku nak bercerita." Zafrel buat muka. Dia sebenarnya nak bagitahu yang dia rasa bahawa perempuan kali ni agak lain. Tapi bila Aiden jawab macamtu terus dia tak ada rasa lagi nak bercerita.

"Zaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Zaf. Mummy nak keluar ni, nak jumpa kawan" kata Datin Zaliha. Dia nak berjumpa dengan gadis yang dia jumpa haritu. Saja dia bagitahu yang dia nak jumpa kawan.

"Ok mummy tapi, Zaf nak ikut boleh? Please mummy Zaf bosan laa" tanya Zafrel.

"Tak boleh! Zaf duduk rumah. Mummy jumpa kawan sekejap aje." Balas Datin Zaliha. Dia tak mahu Zafrel tahu dia nak jumpa siapa.

"Yelaa. Take care mummy". Zafrel akur.Datin Zaliha terus sahaja hilang dari pandangannya.

"Pelik laa mummy hari ni. Macam terlebih happy. Ada benda yang aku tak tahu ke? Lantak lahh kalau tanya nanti bukan nak jawab tak pasal pasal aku pulak disoalnnya." Masih ada tanda tanya dalam fikirannya. Setahunya Datin Zaliha bukanlah seorang yang ramai kawan.

Sambil dia berfikir tentang mummy nya. Fikirannya kembali teringat gadis yang dikatakan sengal itu. Bibirnya mula terbit satu senyuman sinis.

"I will find you, dear". Getusnya dia dalam hati.

                                 ~TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~
TBC

Datin Zaliha dah bekenan dengan Adellea. 🙈
Harap boleh vote... Terima kasih untuk yang vote

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now