~CHAPTER 57|| ZAYREEL~

1.7K 139 6
                                    

Adellea pandang semua orang yang berdiri dihadapan katilnya. Semua wajah yang berada di situ diperhatikan olehnya.

"Awak kenal siapa yang ada depan awak ni?" Tanya doktor perempuan itu sambil jarinya dihalakan ke arah Ameer dahulu yang berdiri tidak jauh darinya itu.

Adellea mengangguk perlahan.

"Ameer Amrin Khan. My grandfather." Jawab Adellea perlahan. Doktor itu mengangguk faham.

Kemudian semua orang disitu ditanya oleh doktor itu sehinggalah tiba giliran Arslan.

"Awak ingat siapa lelaki ini?"

Adellea diam. Wajah tampan Arslan itu ditenungnya lama. Cuba mengingati wajah itu.

"Ar.. Arslan. I know him."

Semua disitu melepaskan nafas lega. Semua yang berada disitu diingati oleh Adellea.

Adellea pandang ke arah satu pasangan yang tidak dikenalinya itu.

"Who are they?" Semua beralih arah Dato' Aidiel dan Datin Zaliha. Mereka mengerutkan kening.

Belum sempat Ameena menjawap, tiba-tiba pintu bilik itu buka dari luar. Semua mata memandang ke arah lelaki yang baharu masuk itu.

Adellea menoleh memandang ke arah lelaki itu. Tepat anak mata hijaunya bertembung dengan anak mata amber milik lelaki itu.

Zafreel pandang lama ke dalam anak matanya milik isterinya. Mahu saja dia berlari ke arah isterinya kemudian dipeluk tubuh itu. Namun dia harus tahan dahulu.

Tak lama selepas itu, Adellea menoleh memandang ke arah doktor yang berada di sebelahnya.

"Siapa mereka bertiga selain ahli keluarga saya?" Tanya Adellea polos. Doktor itu senyum segaris.

"Semua boleh keluar tunggu di luar dahulu, saya nak check pesakit." Arah Doktor Syuhaidah. Semua perlahan mula keluar dari bilik itu kecuali Zafreel. Dia masih kaku di tempatnya.

"Kita keluar dulu Zaf. Apapun yang terjadi lepas ni, terima dengan ikhlas." Dato' Aidiel menepuk bahu anaknya sebelum anaknya itu ditarik perlahan keluar dari situ.

" Dato' Aidiel menepuk bahu anaknya sebelum anaknya itu ditarik perlahan keluar dari situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa minit kemudian doktor Syuhaida keluar dari bilik itu sambil membawa laporannya. Dia mendekati ke arah Zafreel.

"Kenapa dengan isteri saya? Kenapa dia tak kenal saya?" Tanya Zafreel melulu.

"Amnesia anterograde." Jawap doktor itu. Zafreel mengerutkan kening. Huh? Isterinya amnesia ke?

"Jenis amnesia ini merupakan gangguan pada daya ingat terkait peristiwa masa lalu yang masih melekat pada pengidap amnesia jenis ini. Tetapi pengidap anemia ini hanya dapat mengingati dapat mengingati peristiwa yang sudah berlalu." Lebar panjang doktor itu menjelaskan.

"Isteri encik mengalami amnesia jenis ini akibat kecederaan pada otaknya." Katanya lagi.

Zafreel terkaku.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now