~CHAPTER 34 || ZAYREEL~

2.3K 217 4
                                    

Malam berinai telah pun tiba. Berdebar-debar hati Adellea sekarang ni. Jantungnya berdegup kencang. Betulkah esok dia bakal menjadi milik seseorang?

Tangannya yang sudah diukir inai itu ditenungnya lama. Kemudian dia mengangkat wajahnya, sekeliling dipandang. Ameena dan Datin Zaliha itu sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis esok. Sempat dia menjeling ke arah sosok Aziem dan Hakimi. Seronok betul dua orang tu makan, nak dekat lima pinggan dah diorang makan nasi briyani tu.

Dia bangun dari sofa kemudian berjalan keluar dari rumah. Dia berjalan-jalan disekitar tepi kolam renang, bayangannya yang terpapar di dalam air itu ditenungnya. Zafreel yang berada diatas balkoni itu hanya memandang ke arah bakal isterinya.

Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman. Esok dia dan gadis pujaannya bakal disatukan. Matanya masih tidak lepas dari memandang ke arah bakal isterinya.

Zafreel bersiul nakal sebelum dia menyanyikan sebuah lagu.

But it's so good, I've never known anybody like you

But it's so good, I've never dreamed of nobody like you

And I'm pretty sure that you are that love of mine

'Cause I'm in a field of dandelions

Wishing on every one that you'll be mine, mine

Terkejut Adellea yang sedang mengelamun itu. Terus dia mengangkat wajah mencari sumber suara itu. Matanya tertancap pada seseorang yang sedang berdiri diatas balkoni itu. Sudah dia pasti suara merdu itu milik siapa.

And I see forever in your eyes

I feel okay when I see your smile, smile

Wishing on dandelions all of the time

Praying to God that one day you'll be mine

"BOM." Putus Zafreel. Dia sengih ke arah Adellea kemudian berjalan masuk ke dalam biliknya. Terkedu Adellea seketika. 'Argh, kenapa comel sangat muka dia time dia sengih tadi' omelnya dalam hati.

Lekas Adellea berlari masuk ke dalam rumah apabila namanya dipanggil.

Kini dia terlihat cantik dan anggun didalam baju putih itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kini dia terlihat cantik dan anggun didalam baju putih itu. Bayangannya didalam cermin dipandang. Make up nya tidaklah terlalu tebal, natural sahaja. Kerana wajahnya memang sudah sempurna. Dari kulit,hidung dan matanya.

"Ya Allah! Cantiknya kawan aku sorang ni!" Terhincut bahu Adellea apabila disergah begitu. Mahu saja dia tampar muka Liyana ni.

"Terkejut aku Yana. Nak apa?" Selendangnya yang berantakan dibetulkan semula. "Jom, kereta dah sampai nanti lambat pula sampai." Adellea hanya mengangguk kepala kemudian dia bangun sambil diikuti oleh Liyana.

Kakinya melangkah masuk ke dalam kereta Vellfire Toyota hitam itu. Didalamnya sudah ada Bunga,Rina dan Raina.

"Masyaallah, cantiknya bos. Macam bidadari." Puji Raina, Adellea hanya senyum sebaris.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now