~ CHAPTER 49 || ZAYREEL~

1.7K 131 8
                                    

"Ai bos, termenung jauh nampak." Sapa Aziem sambil mengelap cawan. Tersedar Adellea dibuatnya daripada mengelamun.

"Mana ada aku termenung, aku tengah fikir nak tambah dessert apa dekat cafe ni." Balas Adellea.

"Fikir nak tambah dessert ke tengah fikir benda lain? Buku dekat tangan kau tu conteng je banyak, takde pun nama-nama dessert." Adellea tunduk memandang ke buku nota itu. Benar kata Liyana, banyak conteng je. Adellea menjeling tajam ke arah Liyana.

"Eleh, rindu laki latu. Baru tak jumpa berapa jam dah termenung jauh." Liyana ketawa mengekek. Adellea mengambil cawan yang baru dilap oleh Aziem itu kemudian di acah-acah seperti mahu dibaling ke arahnya. Geram dia dengan Liyana ni.

Aziem yang terkejut terus tunduk ke bawah. Kalau cawan tu melayang kena kepala dia mau mati dia kat situ.

Adellea menjulingkan matanya ke atas. Cawan itu diletakkan semula di tempatnya. Kemudian dia duduk semula di kerusi di kaunter itu mahu menyambung kerjanya tiba-tiba dia perasan yang Aziem masih lagi duduk tertunduk di bawah itu.

"Yang kau apasal duduk kat bawah situ?"

"Huh terkejut aku tau bos, ingat kau nak baling dekat aku tadi." Aziem mengurut dadanya kemudian dia kembali menyambung kerjanya.

" Aziem mengurut dadanya kemudian dia kembali menyambung kerjanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Adellea merasakan dirinya diikuti dari belakang. Pantas dia menoleh ke belakang. Tiada apa, cuma ada dua ekor kucing sedang berkelahi. Kemudian dia menyambung perjalanannya ke tempat parkir kereta. Bermacam-macam soalan timbul di kotak fikirannya.

'ada hantu ikut aku ke?'

'kenapa aku selalu rasa ada orang ikut aku eh?'

'kalau hantu ikut aku betul-betul macam mana? ha sudah mampus aku'

'tapi hantu mana pulak yang nak kacau ni?'

Adellea mempersetankan semua yang ada dalam kepala otak dia sekarang. Yang dia tahu sekarang ni dia nak balik. Pintu kereta dibuka kemudian dia masuk ke tempat memandu. Selepas itu keretanya bergerak meninggalkan kawasan itu.

Sejak kebelakangan ini dia merasakan ada seseorang mengikutinya. Bila toleh belakang, tiada apa-apa pun. Mungkin hanya perasan sahaja.

 Mungkin hanya perasan sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now