~CHAPTER 23 || ZAYREEL ~

2.4K 195 4
                                    

Liyana yang merasa tidurnya diganggu apabila mendengar bunyi loceng yang menandakan bahawa ada orang datang ke rumah. 'manusia mana pulak datang pagi-pagi ni.' Gumamnya dalam hati.

Dia bangun lalu matanya digosok-gosok. Tangannya meraba-raba mencari iPhone nya. Tertera di skrin iPhone nya bahawa sekarang pukul 10.45 pagi. "Si Adellea tu tak bangun lagi ke" katanya perlahan.

Dia melangkah keluar dari bilik. Kelihatan rumah masih sunyi yang bertanda kan Adellea masih belum bangun. Bilik Adellea dijeling sekilas. Masih tertutup rapat.

Dia berjalan menuju ke tangga. Dia melihat langsir masih belum dibuka. Ruang tamu itu masih dalam keadaan gelap. Dia berjalan ke arah langsir. Langsir itu ditarik kemudian diikat disisi tingkap. Dia mengintip sedikit diluar rumah. Dia melihat ada sekumpulan rombongan meminang.
"Silap rumah ke apa?" Gumamnya.

Namun, dia melihat satu wajah yang dia kenali.

Aunty Iha.

Laju sahaja tangan mencapai tudung sarung yang tersangkut elok ditepi rak kasut. Dia dia menekan satu suis supaya pintu pagar rumah terbuka secara automatik. Benar dugaannya. Aunty Liha datang bawak rombongan meminang!

Kaki berjalan ke arah mereka. Liyana hanya senyum ke arah mereka. Dia menyalam tangan Datin Zaliha.

"Assalamualaikum aunty. Ada apa aunty datang ramai-ramai ni?" Datin Zaliha hanya senyum tipis. Kalau bukan angkara anaknya sudah pasti dia tidak ada disini.

"Waalaikummussalam. Aunty datang ni ada hajat. Aunty nak meminang Adellea untuk anak aunty."

Ternganga luas mulut Liyana. Dia tak salah dengar kan?

"Apa dia aunty?"

"Auntu datang nak meminang Adellea untuk anak aunty, Yana." Datin Zaliha mengulangi perkataannya.

"Aa...aunty masuk lah dulu. Ya..Yana panggil Ad...Lea. Hah. Silakan." Tergagap-gagap Liyana mengalu-alukan kedatangan Datin Zaliha itu.

Kaki laju berjalan ke arah bilik Adellea

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kaki laju berjalan ke arah bilik Adellea. Tangan diletakkan di tombol pintu. "Harap la tak kunci. Bismillah." Kata Liyana cemas. Terus tombol pintu itu dipulasnya. Yaeyy tak kunci!

Sebaik sahaja pintu itu dikuak, bilik itu dihiasi oleh Adellea yang sedang nyenyak tidur terlentang itu. Kepalanya di hujung katil, kaki sudah elok mendarat di atas kepala katil. Dan ada satu lagi figura yang tidur bersama Adellea. Kucing peliharaan Adellea, Luna. Kucing dengan tuan sama je. Dua-dua kaki tidur.

Liyana berjalan ke arah Adellea yang sedang nyenyak diulit mimpi itu. Badan Adellea digoncang.

"Woi! Bangun woi!" Tempit Liyana. Sekali lagi dia menggoncang tubuh Adellea.

"Ch...choco...chocolate" mamai Adellea. Liyana melempang pipi Adellea sekali. Ha baru tahu nak bangun!

"Apa kau ni. Kacau betul aku nak tidur." Marah Adellea. Dia kembali merebahkan badannya dikatil.

"Bangun la sial. Ada orang masuk meminang kau kat bawah!" Jerkah Liyana. Secara automatik Adellea terbangun dari tidurnya. Dia tak salah dengar kan?

"Apa?"

"Ada. Orang. Masuk. Meminang. Kau. Dekat. Bawah." Kata Liyana satu-satu. Kawan dia ni dah kenapa. Kena sampuk dengan jin mana tiba-tiba jadi pekak.

"Tak lawak la kau punya prank ni." Adellea ketawa kecil.

"Kau ada nampak muka aku main-main ke?" Tanya Liyana serius. Adellea menelan air liurnya kesat. Liyana tak main-main sekarang ni.

"Ha sudah. Mampus aku!" Adellea mengusut rambutnya kasar. Sapa pulak yang masuk meminang dia ni.

"Sekarang ni, kau pergi mandi. Diorang tengah tunggu kau dekat bawah. Aku nak pergi buat air kat diorang." Pesan Liyana kemudian dia berjalan keluar dari bilik Adellea.

Tanpa membuang masa, Adellea bangun dari katil kemudian menuju ke bilik air.

Dia menuruni tangga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dia menuruni tangga. Jelas dia melihat wajah Datin Zaliha Datin Julia dan beberapa lagi orang yang sedang bersembang.

Sampai sahaja dia diruang tamu, semua mata tertuju kepada dia. Dia menelan air liur kesat.

"Erk...ada apa ya aunty datang ramai-ramai ni?" Tanya Adellea ragu-ragu. Dia mengambil tempat duduk disebelah Datin Zaliha.

"Aunty datang ni ada hajat." Adellea mengerut dahi.

"Aunty nak ambil Adellea jadi menantu aunty."

"Kenapa Lea?"

"Sebab aunty rasa, Lea orang yang tepat untuk anak aunty."

"Tapi Lea ni orang biasa-biasa je. Harta pun tak ada. Mak ayah pun dah tak ada. Lea tak layak aunty." Kata Adellea sambil menunduk ke bawah. Rasa sedih mula rasa didalam hati.

"Harta tu tak penting Lea. Aunty tak kisah pun tentang hal tu. Cukup Lea terima je terima lamaran ni." Kata Datin Zaliha sendu. 'Ya Allah, bagi la plan aku berjaya!' Gumam Datin Zaliha dalam hati.

"Maaf. Kali ni Lea tak boleh ikut cakap aunty. Lea tak boleh terima." Kata putus daripada Adellea.

"Kalau itu keputusan Lea, aunty tak boleh nak bantah sebab itu hak Lea. Nampak gayanya, aunty tak boleh tengok Zafreel kahwin sebelum aunty tutup mata. Tak apa lah, aunty balik dulu." Air matanya mula membasahi pipi.

Adellea hanya membisu mendengar luahan Datin Zaliha itu.

Dengan rasa sedih, Datin Zaliha melangkah keluar dari rumah Adellea.

Adellea terus berlari ke arah luar rumah.

"Aunty!!"

Baru sahaja dia ingin menaik keretanya. Dia mendengar ada suara yang memanggilnya. Dia menoleh ke arah suara itu. Dia melihat Adellea di hadapan pintu.

"Le...lea terima lamaran tu." Jawab Adellea dengan rasa terpaksa. Bersedia kah dia?

 Bersedia kah dia?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~


TBC

Sorry kalau salah bahagian meminang tu. Saya tk sempat nak research sbb saya busy.

Vote for best chapter>>

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now