~CHAPTER 27|| ZAYREEL~

2.6K 192 7
                                    

Semasa makan malam bersama keluarga Adellea, Zafreel hanya cerita serba sedikit sahaja tentang dirinya. Agak mudah untuk dia menceritakan tentang dirinya kerana jika ada ahli keluarga Adellea yang tidak faham bahasa Melayu, mereka akan bertanya dalam bahasa Inggeris. Walaupun begitu kehadirannya disambut dengan penuh ceria dan gembira, namun dia perasan ada satu mata yang memerhatikan dari dia diperkenalkan sehingga sekarang.

Ar-Khalid.

Ar-Khalid merupakan adik kembar pada Ar-Khalish. Mereka anak kepada ibubapa saudara Adellea, Ameen dan Sarah. Mereka kembar tidak seiras, Khalish lebih ke wajah ibunya manakala Khalid lebih wajah ayahnya.

Lelaki itu selalu perhatikan pergerakan dia. Apabila dia bercakap dengan Adellea, matanya semakin ditajamkan. Namun dia tidak peduli akan hal itu.

"Zaf dah ada tempat penginapan dekat sini?" Soal Ameena. Bimbang jika dia masih tiada tempat untuk berehat.

"Nope. Saya datang sini ikut Adellea je. Tak terfikir pulak nak cari hotel." Air teh dihirup perlahan. Tak terfikir pulak dia nak tempah hotel, datang pun mengejut.

"If that's the case, stay here. Meriah sikit rumah ni, boleh kenal lagi rapat dengan kamu." Cadang Ameer. Isterinya Ameena juga turut setuju dengan cadangan itu.

"No, appa omma. He can stay at Khan's Resort." Bantah Adellea. Wah, ini tak boleh jadi. Ameer dan Ameena mengerutkan dahi melihat cucu mereka. Tunang sendiri pun nak halau ke.

Khan's Resort merupakan milik keluarga Adellea. Dahulunya, Khan's Resort ingin diberikan kepada Adellea untuk meneruskannya. Tetapi pada umur 13 tahun, Adellea memilih untuk tinggal di Malaysia bersama keluarga arwah ibunya. Khan's Resort sekarang diurus oleh sepupunya, Emir Khan merupakan cucu kedua yang muda 2 tahun darinya.

"What's the problem? Appa ka sujhaav achchha hai. aakhirakaar, vah tumhaara mangetar hai, hai na?" (Cadangan Appa bagus. Lagipun, dia tunang awak kan?) Kata mak saudaranya, Ameera.

"But, kya vah hamaare risort mein hee rah sakata hai?" (Boleh je kan dia tinggal di resort kita saja?) Kata Adellea lagi.

"I don't want to know. He will stay here! Period." Putus Ameer.

"Fineeeee." Mengalah Adellea. Apalah kudrat dia untuk melawan kata-kata datuknya. Walaupun cucu kesayangan, dia di didik dengan penuh kasih sayang dan disiplin yang ketat selepas ibubapanya meninggal dunia.

Dia memandang ke arah Zafreel. Lelaki itu mengenyit sebelah matanya kepada Adellea. Dia hanya menjuling matanya ke atas. Malas nak layan!

Kini waktu sudah memasuki fardhu Isyak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kini waktu sudah memasuki fardhu Isyak. Mereka sekeluarga sudah bersedia untuk menunaikan solat Isyak tapi siapa yang mahu menjadi imam.

"I can be a Imam tonight." Khalid menawarkan dirinya untuk menjadi imam. Namun ditolak oleh sepupunya yang lain.

"I want brother Zaf to be the imam tonight. Pwishh." Rayu Arkan yang berumur 8 tahun itu. Walaupun dia merasakan lelaki itu setaraf salji dengan aura bekunya, tapi dia tahu lelaki ini baik.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now