~CHAPTER 31 || ZAYREEL~

2.5K 197 8
                                    

Mereka berlima yang melihat Adellea sudah tidak ada disitu, terus mereka bergerak ke meja yang diduduki oleh Zafreel. Nak kena soal sial si Zafreel ni.

Mereka menarik kerusi dari meja lain sebelum duduk menghadap Zafreel. Dia hanya memandang mereka dengan wajah yang tenang.

"Ehem. Kitorang nak tanya kau ni, betul ke ni tunang bos?" Liyana disebelah sudah menepuk dahinya sendiri. Haish dari tadi orang cakap dia ni tunang bos, tak faham ke.

Khairy menepuk kepala Haikal sekali. Haish bengap dia sebijik macam Aziem. "Kau ni kan Yana dah bagitahu tadi. Jangan kau jadi bengap macam si Aziem ni." Haikal menggosok kepalanya yang sedikit sakit. Dia nak gosip je..

"Aku nak tanya ni, macam mana kau boleh pikat hati bos secepat tu? Tak silap aku, hati bos tu keras macam batu. Tak de mana-mana orang lagi yang mampu cairkan hati dia. Asal kau cepat sangat? Macam mane kau buat?" Lebar panjang soal Aziem. Mana tahu nanti dia boleh guna untuk pujuk bos. Haha.

"Well... Rahsia." Balas Zafreel dengan bangga.

"Ala kau ni, share la sikit tips tu. Kitorang pun nak tahu jugak." Renggek Haikal.

"Mana boleh, aku sorang je boleh tahu."

"Eleh, berlagak eh kau. Kalau kau nak tahu, sebenarnya bos lagi sayangkan kitorang dari kau." Kata Aziem selamba. Yang lain juga turut menganggukkan kepala sambil memandang Zafreel. Dia senyum sinis.

"Then, show me proof." Balas Zafreel sambil senyum jahat. Jom tengok sapa yang menang.

"Bos selalu belanja kitorang makan." Kata Aziem.

"Aku selalu belanja dia makan ice cream, sebab tu dia terima aku jadi tunang dia." Balas Zafreel tanpa lepas memandang ke arah mereka.

"Bos selalu bawak kitorang pergi bercuti setiap tahun." Celah Haikal.

"Aku selalu bawak bos korang pergi dating." Liyana sudah terbeliak biji matanya. Kalau la dia tak selalu balik rumah mak dia, mesti dia tahu kalau gadis itu mahu keluar date. Boleh dia ikut, Haha.

"Macam mana Lea boleh setuju dengan kau? Bukan ke dia tu susah nak keluar rumah?" Soal Liyana.

"You know... " Balasnya tidak habis ayat.

"Bos selal--" belum sempat Rina menghabiskan ayatnya, ada suara lain berbunyi.

"BOS! Kitorang dah siap buat kerja! Jom kita pergi lepak mamak, hooray!" Jerit riang Hakimi sambil berjalan terhuyung-hayang. Penat dia bersihkan dapur yang berhabuk tu, nasib ada Raina dengan Bunga tolong dia.

Izhan yang berjalan dibelakang rasa mahu saja menhempuk kepala si Hakimi ni. Terlebih hyper pulak dia.

"Aik, apahal kumpul ramai-ramai ni? Ada mesyuarat agung ke?" Soal Bunga. Mereka belima turut berjalan ke arah meja itu. "Siap ni?" Tanya Amir.

"Tunang bos." Balas Aziem ringkas.

"Haah? Tunang?" Blur Amir. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ish dia ni tunang bos. Nama dia Zafreel. Simpan sikit kau punya blur tu." Liyana menjeling ke arah Amir.

"Oh tunang. Eh?! Sejak bila bos ada tunang?" Semua menepuk dahi mereka sendiri. Haish blur tahap apakah.

Adellea yang sedang turun dari tangga itu melihat para pekerjanya sedang berkumpul terus didekati sambil bercekak pinggang ala ibu-ibu.

"Ni apasal tak siap lagi ni?! Nak keluar makan ke tak?!" Marah Adellea. Terkejut semua pekerjanya. Tiba-tiba sahaja bos mereka muncul dari belakang Zafreel.

"Ya ya! Kejap bos!" Habis semua lari berselerak. Kerusi yang tidak disusun dibiarkan begitu sahaja. Kejal lagi la susun balik, nak pergi settle dulu apa yang patut.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now