~CHAPTER 65||ZAYREEL~

Start from the beginning
                                    

"Kau.. tak nak jumpa dia ke?" Berhati-hati Liyana bertanya. Takut Adellea tiba-tiba terajangnya sampai planet Marikh.

"Entahlah. Aku rasa macam.. takut nk jumpa dia. Aku dah banyak sakitkan hati dia, aku bukak aurat aku, aku layan dia macam orang luar. Aku banyak dosa dengan dia Yana..." Katanya sayu. Entah-entah Zafreel dah jumpa pengganti dia. Mana tahu.

"Tapi.."

Adellea bangun dari kerusi kemudian membawa pinggannya ke singki. Liyana gigit bibirnya. Alamak, dia tak sengaja bagi Adellea sedih. Dia cuma nak tanya je.

"Lea aku minta maaf. Aku bukan nak bagi kau sedih ke apa.."

"Tak ada apa-apa lah, aku nak solat asar. Nanti terlepas pula, aku naik dulu." Adellea senyum sebaris kemudian meninggalkan Liyana sorang diri di dapur.

" Adellea senyum sebaris kemudian meninggalkan Liyana sorang diri di dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adellea pandang lama wajah Zafreel didalam telefon itu. Kesemua video didalam telefon itu semuanya dia sudah ulang beberapa kali. Walaupun hanya lagu yang sama diputarnya, suara merdu Zafreel tak pernah bosan baginya. Dia rindukan lelaki itu.

Dia rindukan pelukan hangat lelaki itu, perangai manjanya, mengadanya. Dia rindu semua tentang lelaki itu.

Tanpa sedar, airmatanya perlahan mengalir membasahi pipinya.

"Aku rindu kau... Tapi aku takut aku tak boleh jumpa kau." Kata Adellea perlahan. Dia tenung dalam wajah Zafreel di skrin telefon itu.

Dia hanya mampu melepaskan rindu dengan melihat video-video Zafreel.

"Aku nak jumpa kau.. aku nak peluk kau. Aku nak cium kau, aku nak minta maaf." Adellea membawa telefon itu rapat ke dadanya. Tangisannya bertukar menjadi esakan. Ya Tuhan, dia rindukan suaminya.

Liyana yang dari tadi memasang telinga itu menekup mulutnya perlahan. Sebenarnya, dia kesian melihat mereka bergitu. Sorang ke barat, sorang lagi ke timur.

Ingin saja dia memberitahu kepada Zafreel bahawa Adellea sudah berada di Malaysia. Namun Adellea minta kepadanya supaya Liyana merahsiakan hal ini. Dia tidak ingin Zafreel bertemu dengannya.

Ceria wajah Adellea apabila mendapat aiskrim kegemarannya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ceria wajah Adellea apabila mendapat aiskrim kegemarannya itu. Liyana menggelengkan kepalanya. Sebijik macam budak-budak bila dapat aiskrim.

"Dah jom, kita kena beli barang dekat dalam sana." Liyana menarik tangan Adellea untuk mengikutinya. Namun langkah terhenti apabila melihat satu sosok tubuh yang sangat dia kenal dari jauh. Liyana kecilkan matanya untuk melihat seseorang yang seperti dia kenali itu.

"Weh Lea! Tu.. laki kau! Zafreel!" Kata Liyana sambil menunjukkan ke arah Zafreel yang berdiri tak jauh dari mereka itu.

Mata Adellea meliar mencari sesuatu sehinggalah matanya terhenti pada satu sosok tubuh tinggi yang berdiri berhadapan dengan Pandora itu.

Zafreel. Seseorang yang paling dia rindui.

"Kau tunggu apa lagi, pergi dekat dia. Lari pergi dekat dia Adellea." Liyana menolak sedikit supaya Adellea berjalan pergi kepada lelaki itu. Namun dia tidak beranjak sedikit pun.

Baru dia mahu melangkah pergi ke arah lelaki itu, tiba-tiba ada satu wanita lain yang berpimpinan tangan dengan seorang kanak-kanak perempuan sudah berada di tepi Zafreel. Kemudian muncul pula dua orang tua yang sangat dia kenali itu berjalan mendekati Zafreel dan wanita itu.

Adellea terkaku seketika kemudian dia melangkah pergi dari situ. Dia tak sanggup nak tengok apa yang akan jadi lepas itu.

"Eh eh kau, nak pergi mana tu. Tunggu aku." Liyana mengejar langkah Adellea. Ha sudah, ribut taufan dah nak datang.

"Terima kasih ya Liha temankan kami shopping harini." Ujar Datin Julia. Datin Zaliha hanya tersenyum nipis.

"Tak ada apalah, lagipun macam tak biasa." Balas Datin Zaliha.

"You dengan anak you free lagi tak? Kalau boleh I nak ajak you lunch sekali." Tanya Datin Julia. Datin Zaliha menoleh ke tepi memandang wajah anak lelakinya. Zafreel hanya menganggukkan kepalanya. Datin Zaliha sengaja menganjak Zafreel menemaninya ke pusat membeli belah. Daripada anaknya duduk terperap di rumah.

"Boleh je, jom."

Baru mereka mahu bergerak namun mereke mendengar si kecil itu memanggil ibunya.

"Mommy, Nara nak ice cream boleh?" Tanya si kecil itu kepada ibunya. Si kecil itu merupakan cucu kepada Datin Julia.

"Yes darling."

Farina tunduk memandang anak perempuannya. "Nara kan dah ada coklat tu, ice cream nanti pulak okay?"

Si kecil itu mencebik bibir.

"Nara nak ice cream ya? Jom tokmi belikan." Kata Datin Julia.

"Yeay! Sayang tokmi!" Jerit ceria si kecil kemudian memeluk tangan Datin Julia. Farina menggelengkan kepalanya. Haih sayang betul ibu mertuanya dengan cucu dia.

"You guys pergilah cari restaurant dulu. Nanti I datang dengan Nara." Pesan Datin Julia.

"Baik-baik sayang. Ice cream je tau."

"Okey mommy." Balas si kecil itu. Kemudian dia membalas lambaian anak perempuannya.

Datin Zaliha memandang pemergian mereka dengan hujung mata. Haih, bilakah dia akan dapat merasa seperti Datin Julia tadi.

"Agaknya bila aku boleh merasa nak dapat cucu eh." Gumam hati Datin Zaliha. Dia juga merindukan menantunya dia. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Adellea.

"Aunty, Zaf jom." Farina memberi laluan kepada mereka dahulu. Kemudian baru mereka berjalan sekali untuk mencari restaurant di dalam mall itu.

 Kemudian baru mereka berjalan sekali untuk mencari restaurant di dalam mall itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


~

TBC

Korang kena heret Adellea cepat. Bawak dia jumpa Zafreel sebelum saya carikan perempuan lain untuk Zafreel.

Datin Zaliha dh teringin sngat nakkan cucu tu

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now