~ CHAPTER 64|| ZAYREEL~

Start from the beginning
                                    

Adellea menggeleng kepalanya.

"Saya okay, jangan risau." Lalu Adellea berjalan menuju ke tangga untuk naik ke biliknya. Kepalanya tiba-tiba rasa pening pula.

Aliyyah yang tak sengaja lalu dihadapan Adellea itu memandang risau apabila melihat wajahnya.

"Kau okay ke Zayra? Pucat je muka." Tanya Aliyyah. Bahu Adellea dipegangnya.

Belum sempat dia mahu membalas pertanyaan Aliyyah, dia sudah rebah ke lantai. Pantas Aliyyah memangku kepala Adellea. Pipinya ditepuk berkali-kali untuk menyedarkannya.

Aliyyah meletakkan tangannya di leher dan dahi Adellea. Panas. Lantas dia menjerit meminta tolong untuk mendapatkan bantuan.

 Lantas dia menjerit meminta tolong untuk mendapatkan bantuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Adellea tersedar dari tidurnya. Mata cuba dibuka meskipun kepalanya berasa berat yang teramat. Dia mengubah posisinya dari baring kepada duduk. Kepalanya dipicit perlahan.

Kemudian pintu biliknya dibuka dari luar. Dia melihat Aliyyah datang ke arahnya sambil membawa troli makanan. Dia hanya melihat dengan ekor mata.

"Kau dah bangun rupanya, baru nak kejutkan kau." Kata Aliyyah seraya memgambil tempat di sisi katil.

"Kenapa dengan aku?" Serak suara Adellea bertanya. Sakit pula tekaknya.

"Kau demam panas. Tula kau, keluar rumah balik malam. Dah tahu rumah aku ni kawasan bukit, malam-malam memang suhu dia sejuk lain macamlah. Yang kau pun satu, dah tahu badan tu tak tahan sejuk yang kau balik malam kenapa? Dah la baju pun pakai dua lapis je." Panjang bebel Aliyyah sambil mengacau bubur. Kemudian dia membawa sudu itu ke arah mulut Adellea untuk menyuapnya.

Adellea menggelengkan kepalanya. Dia tiada selera untuk makan.

"Aku nak balik Malaysia. Aku nak cari dia." Kata Adellea perlahan. Aliyyah mengeluh.

"Kau makan dulu okay, nanti kau dah sihat kau bolehlah balik Malaysia. Nanti aku dengan abang sendiri uruskan benda tu untuk kau." Pujuk Aliyyah. Dia mencuba untuk menyuap Adellea sekali lagi. Lega hatinya apabila Adellea tidak menolak kali ini.

Selesai makan, sekarang tiba mas untuk Adellea makan ubat. Kepala Adellea menggeleng laju apabila melihat pil yang diberikan oleh Aliyyah. Besar gila.

"Kau kena makan la ubat ni, kalau tak macam mana kau nak sihat?"

"Aku tak makanlah ubat biji. Takde ke ubat air?"

"Kau tak payah nak banyak songeh, kau telan je." Adellea menolak tangan Aliyyah yang berikannya ubat itu. Dia tak suka ubat pil.

"Tak nak lah makan. Pahit, besar pulak tu." Rengek Adellea. Dia tengok ubat tu pun dah meremang.

Aliyyah menarik nafasnya dalam. Macam manalah Zafreel tu boleh sabar dengan perangai dia ni? Haih Adellea, Adellea. Muka nampak garang, tapi penakut nak makan ubat.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now