~CHAPTER 58||ZAYREEL~

Start from the beginning
                                    


"So how your life in Malaysia?" Tanya Arslan kemudian memandang wajah Adellea di sebelahnya. Mereka sekarang sedang duduk di kerusi yang berdekatan dengan kawasan belakang mansion. Kawasan yang lapang itu dipenuhi dengan rumput-rumput hijau. Dengan angin petang yang sejuk menerpa ke wajah mereka.

"Hm best. Seronok tinggal dekat sana." Balas Adellea dalam bahasa Inggeris. Kemudian menghirup sedikit air teh panas itu.

"I see."

Kemudian mereka mendengar suara seseorang sedang menjerit. Kemudian mereka mencari-cari punca suara itu.

Mereka melihat Zafreel yang sedang berlari sambil dikejar oleh dua ekor kucing yang tidak diketahui milik siapa.

"Woi kucing siapa ni!! Tiber kejar anak orang dah kenapa?!"

Adellea mejeling sahaja. Mana dia pergi, mesti ada Zafreel. Strees dia dibuatnya.

"Do you know who he is?" Tanya Adellea ke Arslan. Jejaka itu menganggukkan kepala.

"Your husb- oh sorry. Your family's adopted grandson." Balas Arslan. Fuh, hampir saja dia memberi tahu kepada Adellea hal yang sebenar.

"How can they meet with that man?"

Arslan diam.

"Erkk.. I don't know about that. I want to ask you, what is the best in Malay?" Arslan ubah topik. Risau dia kalau Adellea tanya lagi macam-macam pasal Zafreel. Lagipun dia mana tahu apa-apa.

"Dekat Malaysia, yang paling best bagi aku pantun diorang best!" Kata Adellea teruja. Waktu dia masuk Universiti ramai yang ajar dia cara berpantun. Itu yang dia suka.

"Do you want to hear a poem in Malay?" Tanya Adellea.

"Sure." Balas Arslan.

"Give me a second." Adellea mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dia mencari sesuatu dalam telefon itu.

Zafreel yang melihat perbualan mesra antara isteri dengan jejaka itu dari semak. Tajam sahaja pandangannya.

"Tak boleh jadi ni, aku kena pergi kacau diorang. Jadi nyamuk pun nyamuk lah." Dia keluar dari semak itu kemudian mendekati ke arah mereka.

Buah mengkudu kusangka kandis,
Kandis terletak dalam puan;
Gula madu kusangka manis,
Manis lagi senyuman tuan.

Selesai Adellea membaca pantun itu, Arslan menepuk tangannya. Adellea senyum sebaris.

"Wow. What do they mean? I don't understand Malay."

"Oh, he meant is-"

Belum sempat Adellea membalas, satu suara menyambuk dari belakang.

"She said your face is like a monkey in Malay." Kata Zafreel dengan senyuman nakal. Terlopong mulut Arslan apabila mendengar itu. Dia pandang wajah Zafreel dan Adellea bersilih-ganti. Betul ke apa yang Zafreel cakap tu.

"Are you serious Zayra? How could you says my handsome face is like a monkey." Arslan pegang dadanya. Buat-buat terasa apa yang dikatakan oleh Adellea.

Adellea mulai gelabah.

"No! That's not the means! The poem mean is-"

"Actually yes." Potong Zafreel. Dia senyum puas.

"Kepala hotak kau. Kau yang muka macam beruk, ada hati cakap dekat orang muka macam monyet." Marah Adellea. Dia bangun dari duduk kemudian berdiri di hadapan Zafreel.

Kepalanya dongak ke atas untuk memandang Zafreel yang sedikit tinggi darinya itu. Zafreel berpeluk tubuh sambil menunduk memandang isterinya yang hanya paras dengan lehernya itu.

Zafreel menggigit isian dalam pipi sambil memandang mata tajam Adellea tu.

1

2

3

Perang dunia ketiga bermula.

"Yang muka macam beruk ni jugalah nanti yang nak kena jaga kau. Dahlah pendek." Kata Zafreel.

"Eh aku ni dah tinggi normal tau, 167cm. Kau tu yang terlebih tinggi macam tiang." Bidas Adellea.

"Kalau aku tiang, kau tu apa? Pokok yang pendek tu ke? Macam pokok cili. "

"Eii kau ni memang nak kena dengan aku!"

Adellea terus menarik kuat rambut Zafreel kerana geram. Hah padam muka, rasakan ini!

"Ambik kau!"

"Woi sakit la! Gila punya perempuan!" Zafreel mengerang kesakitan. Tak cukup dengan itu, Adellea memukul belakangnya.

Apabila Adellea sudah melepaskan cengkaman pada rambutnya, Zafreel pandang Adellea tajam sebelum dia mara ke arah Adellea. Dia menggeletek pinggang Adellea sampai mereka berdua berguling diatas rumput.

"Kau tarik rambut aku kan tadi, nah rasa ni!" Makin kuat Zafreel menggeletek Adellea.

"Woi sudahlah HAHAHAHAHA." Adellea menepuk-nepuk tangan kekar Zafreel yang menggeletek pinggangnya itu.

Arslan yang sudah tidak tahu membuat apa-apa itu sudah berlari masuk ke dalam mansion. Mahu minta pertolongan.

"Omma help!! There are monsters fighting outside!!" Suara Arslan memenuhi satu mansion itu.

"Omma help!! There are monsters fighting outside!!" Suara Arslan memenuhi satu mansion itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~

TBC

Dahla penat aku dengan depa🗿

Pantun tu saya main kebas je dlm buku teks adik saya yg form2. Hehe

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now