~CHAPTER 52 || ZAYREEL~

Start from the beginning
                                    


Zafreel memasukkan nombor pin dahulu sebelum pintu itu dibuka dan ditutup semula. Dia mengerut dahi apabila melihat keadaan rumah itu. Lampu masih lagi tertutup. Bagai tiada orang didalam rumah itu. Kemudian dia berjalan naik ke tingkat atas.

Apabila pintu biliknya dibuka, kosong. Suiz lampu dipetik sebelum masuk ke dalam. Dia mengeluh sekali. Dia dah pesan dekat isteri dia, jangan balik kerja lambat.

Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Baru sahaja mahu menelefon isterinya, tapi telefonnya tidak punyai bateri. Kemudian dia menuju ke arah birai katil. Wayar pengecas itu dicucuk pada lubang cas.

Baru sahaja telefonnya hidup,  beratus-ratus notifikasi panggilan terlepas pada skrin telefon itu. Berkerut kening lebatnya apabila panggilan tersebut semua dari pekerja isterinya.

Baru sahaja jari hendak menelefon semula, ada satu lagi panggilan baru masuk.

'Izhan'

Lantas ikon hijau diseret ke tepi kemudian dilekapkan ke telinga.

"Ha kau, pahal semua spam call dekat aku? Lagi satu, mana bini aku? Aku dah pesankan suruh tutup cafe sebelum pukul sembilan. Ni dah pukul 10:16 minit."

Belum sempat Izhan berkata apa-apa, Zafreel terlebih dahulu mencantas ayatnya. Izhan diam sebentar. Macam mana dia nak bagitahu yang isteri dia kemalangan. Belum apa-apa lagi dah kena serang macam ni.

"Kau dengar tak aku cakap apa ni? Mana bini aku?"

"Zafreel.." perlahan suara Izhan.

Zafreel diam menanti jawapan Izhan. Jantungnya tiba-tiba berdebar kencang.

"Bos.. bos.."

"Eh boleh tak kau cakap je terus?" Suaranya sedikit keras.

"Adellea.."

"Kau cakap jela sial. Apa yang susah sangat kau nak bagitahu aku ni." Zafreel sudah tidak dapat menahan sabar lagi.

"Adellea kemalangan. Tolong datang hospital secepat mungkin. Aku send location."

Zafreel diam terkaku. Bagai dunianya berhenti seketika. Dia.. tak salah dengarkan?

"Ulang sekali lagi."

"Isteri kau Adellea, kemalangan. Tolong.. datang hospital secepat mungkin." Ulang Izhan dengan nada yang tertahan.

"Aku pergi sana sekarang." Putus Zafreel. Dia matikan panggilan kemudian telefon itu dicabut dari wayar pengecas. Lantak lah bateri baru masuk pun. Kemudian berlari keluar dari biliknya.

Dia mengambil kunci kereta kemudian berlari ke arah garaj kereta secepat mungkin. Lamborghini Aventador itu didekatinya lalu pintu dibuka sebelum masuk. Kemudian kereta itu laju meninggalkan kawasan rumah tersebut.

 Kemudian kereta itu laju meninggalkan kawasan rumah tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Zafreel berlari laju ke wad kecemasan. Tidak dihiraukan ramai mata memandang ke arahnya. Dia berlari mendekati Izhan dan semua orang yang menunggu di wad kecemasan itu.

Naik turun naik turun nafas Zafreel kerana berlari tadi. Dia melihat ada ibu Liyana dan adiknya. Mesti isterinya tidak kemalangan seorang diri.

"How are they now?" Tanya Zafreel perlahan.

"Tak tahu, doktor tak keluar lagi dari tadi. Sekarang kita hanya mampu berdoa." Balas Izhan.

Zafreel mengusutkan rambutnya kasar. Matanya mulai merah. Tangannya ditongkatkan pada dinding di sebelahnya. Entah bagaimana dia harus lakukan sekarang ini.

'Sekarang kau tahu kan kenapa aku nak sangat kau ikut aku pergi outstation sebab benda yang paling aku takut dah terjadi.' gumam Zafreel di dalam hati. Dia menelan air liur pahit.

Lampu hijau yang menyala di papan itu menandakan pesakit sedang dirawat di dalam. Matanya tidak lepas dari memandang ke arah situ. Hatinya berharap semoga lampu itu akan terpadam.

 Hatinya berharap semoga lampu itu akan terpadam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~


TBC

Pendek je kali ni, nanti saya panjangkan lagi.

Vote for next chapter.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now