BAB 73

6.1K 254 8
                                    

Balik dari Kuantan, Razia mencuba nasib untuk mencari adik-adiknya di kota Kuala Lumpur ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Balik dari Kuantan, Razia mencuba nasib untuk mencari adik-adiknya di kota Kuala Lumpur ini. Kata Mak Uda, adik-adiknya diambil oleh salah sebuah keluarga disini. Tetapi malangnya, usaha Razia langsung tidak membuahkan sebarang hasil. Mustahil untuk dia jumpa adik-adiknya di kota Kuala Lumpur yang sebesar ini.

Dan setiap kali Razia rasa seperti mahu berputus asa, disitulah dia mula mengingati segala pesan-pesan suaminya.

Hari ini, Razia berjaya memujuk Kak Dibah untuk menjaga gerai. Bosan mahu duduk di rumah saja. Harith pula sudah mulai masuk kerja seperti biasa. Berapa hari lepas, Harith terpaksa cuti demi Razia. Dan disebabkan itulah, Razia sendiri yang menyuruh Harith untuk masuk kerja semula.

Tetapi harini yang bezanya, dia tidak akan menjaga gerai sendirian. Sebaliknya, ada Sumayyah yang menemaninya. Jangan tanya rancangan siapa. Sudah semestinya rancangan suaminya. Harith yang meminta pada Faris supaya izinkan Sumayyah menemani isterinya. Lagipun, Sumayyah sama-sama tidak bekerja.

"Saya nak kena buat apa ni?" tanya Sumayyah bingung. Manalah dia tahu meniaga semua ni. Kalau dulunya, kerja dia meminta makanan orang saja.

Razia senyum tipis. "Tak apa, awak duduk aje. Saya boleh buat semua ni. Lagipun, awak datang temankan saya aje," balas Razia sambil dia sibuk mengemas meja disitu.

Sumayyah cebirkan bibirnya. "Takkan saya nak duduk je?" soalnya tak puas hati.

"Awak pandai buat apa?" Razia soal semula.

Sumayyah ketuk dagunya beberapa kali. Iya tak iya juga... Apa yang dia pandai? Jadi cashier? Tak pandai, matematik fail.

"Saya pandai makan," jawab Sumayyah polos.

Jawapan dari Sumayyah disambut dengan tawa Razia. Razia geleng-gelengkan kepalanya.

"Kalau macam tu, awak makan ajelah." Pergi sahaja seorang pelanggan tadi, Razia terus melabuhkan duduk disisi Sumayyah. "Tak apa, lagipun orang tak akan datang sekaligus. Dia datang sikit-sikit aje..."

Sumayyah hanya mampu mengangguk.

"Dah lama ke awak berniaga dekat sini?" tanya Sumayyah ingin tahu.

"Saya tolong je Sumayyah... Ini bukan kedai saya, tapi kedai kakak saya."

Sumayyah angguk-anggukkan kepalanya.

"Sumayyah, Faris pernah tak tipu awak?"

Soalan yang agak tiba-tiba daripada Razia tadi, buatkan Sumayyah terpinga-pinga. Lama dia mahu memproses maksud disebalik soalan itu.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now