BAB 46

5.2K 188 5
                                    

Kira-kira dalam dua masa yang diperlukan untuk sampai ke Lapangan Terbang Tawau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kira-kira dalam dua masa yang diperlukan untuk sampai ke Lapangan Terbang Tawau. Memandang tiada direct flight ke Semporna jadi mereka harus ambil penerbangan ke Tawau dahulu.

Sebaik sahaja ketibaan mereka di Tawau, Sabah, Harith terus berhubung dengan seorang wakil yang akan menjemput mereka disana. Dari Semporna, mereka dikhabarkan yang mereka akan menaiki speedboat untuk ke Mabul.

Setelah semuanya selesai, mereka berdua akhirnya tiba di resort yang sudah pun ditempah Harith. Jejak sahaja kaki disana, Razia tak dapat nak mengalihkan pandangannya dari keindahan alam semesta di situ. Airnya yang sangat jernih dan berwarna hijau kebiruannya.

"Cantiknya warna air laut tu abang..." komen Razia sambil tangannya masih berpaut pada lengan sasa suaminya.

Bibir Harith merekah dengan senyuman.

"Sayang suka?"

Razia mengangguk laju. "Mestilah suka... Gila tak suka!"

"Lega abang dengar... Maksudnya, abang tak salah la pilih tempat ni," kata Harith dalam senyum.

"Tak abang tak memang tak salah. Pandai abang pilih. Rasa macam taknak balik pula bila tengok suasana dekat sini. Abang tengok tu, ramai orang tengah snorkling dekat sana. Kat situ pun ada..." tunjuk Razia penuh teruja.

Harith ketawa tipis. Tudung kepala Razia diusap lembut. "Nanti kita main air tu ya sayang... Sekarang kita masuk bilik dulu. Rehat, mandi apa dulu," ujar Harith.

Razia menoleh melihat suaminya. "Abang mengantuk ke?"

"Tak sayang, abang cuma nak rehat sekejap. Nanti petang kita pergi jalan-jalan dekat sini. Banyak masa lagi yang... Kita duduk dekat sini 3 hari 2 malam. Macam-macam boleh buat," balas Harith. Sambil itu mereka sudah sampai dihadapan pintu bilik mereka. Harith membuka pintu, seraya memberi laluan untuk Razia masuk ke dalam dahulu.

Benda pertama yang Razia lakukan sebaik sahaja sampai di dalam adalah berlari ke luar balkoni bilik untuk melihat suasana dari dalam bilik. Harith senyum tipis melihat keterujaan isterinya. Beg pakaian mereka di letak di atas lantai sebentar sebelum Harith terus merebahkan dirinya ke atas katil. Mata dipejam rapat seketika.

"Mesti cantik kan sunset dekat sini... Abang petang nanti kita pergi tengok matahari terbenam nak tak? Razia nak tangkap gambar banyak-banyak. Boleh tunjuk dekat Kak Dibah nanti. Boleh tak abang?" soal Razia dari luar balkoni bilik.

"Abang—" panggil Razia sekali lagi.

Razia jenguk sedikit ke dalam bilik. Kemudian, apabila tiada sahutan dari suaminya, Razia terus melangkah masuk ke dalam bilik semula. Masuk sahaja, dia melihat Harith sudah terbongkang di atas katil. Bajunya juga sudah hilang entah kemana.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now