BAB 44

5.5K 205 3
                                    

Kelopak mata dicelikkan perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelopak mata dicelikkan perlahan-lahan. Razia terus bangun dari baringannya dengan keadaan yang kelam-kabut. Pandang sebelah, susuk suaminya sudah tiada di tempat tidur. Di luar sana pula, matahari sudah keluar dari sarangnya.

Dia sudah terlewat!

Baru sahaja Razia mahu memulas tombol pintu, susuk tegap Harith sudah berdiri di hadapan muka pintu dengan senyuman yang sudah terukir di bibir. Harith hanya berdiri tegak sambil di tangan kanannya ada sepinggan roti bakar dan tangan kiri pula memegang segelas susu.

"Abang, Razia dah lewat," adu Razia, cemas. Badan Harith yang menghalang muka pintu cuba ditolak tetapi masih tidak membuahkan hasil.

Kening lebat Harith terjungkit sedikit. "Lewat kemana sayang?" Lengan isterinya dipaut lembut.

"Buka gerai la... Dah berapa hari dah Razia cuti."

Harith tidak membalas sebaliknya, tangan Razia ditarik untuk duduk semula di atas birai katil. Pintu ditolak menggunakan kakinya. Badan Razia ditolak perlahan, isyarat supaya Razia melabuhkan duduk.

Razia menurut. Kepalanya mendongak melihat suaminya.

"Abang dah bagitahu Kak Dibah yang Razia tak sihat. Dan Kak Dibah pun faham. Dah jangan fikir sangat, sekarang baik sayang makan. Nanti perut tu masuk angin." Pinggan yang berisi roti bakar itu dihulurkan ke arah Razia.

Razia menyambut dalam kelu. "Abang tak pergi kerja ke?"

Harith menggeleng dalam senyuman. Punggungnya dilabuhkan disisi Razia. Rambut isterinya yang sedikit serabai itu dikemaskan sedikit.

"Macam mana abang nak pergi kerja, kalau isteri abang ni masih tak sihat-sihat? Daripada abang pergi kerja tapi tak fokus, baik abang duduk rumah, tenung isteri abang ni sampai sihat," gurau Harith.

Razia menunduk malu. Dalam pada itu, dia rasa serbasalah juga. Sudah berapa kali dia buat Harith cuti kerja disebabkan dia.

"Makanlah..." arah Harith lembut.

Razia mengangguk. Sekeping roti disuakan ke dalam mulutnya. Sambil dia menguyah, matanya sibuk mengerling suaminya disisi.

"Kenapa abang tengok Razia macam tu?"

"Kan abang dah cakap, abang nak tenung sayang sampai sayang sihat," jawab Harith, selamba.

Razia gamam. Anak matanya pantas dikalihkan ke arah lain. Mukanya sudah berbahang menahan malu. "Kalau abang tenung Razia macam tu, lagi lambat la Razia nak sihat—"

Harith gelak terhibur. Pipi Razia dicium sekilas sebelum Harith terus merebahkan badannya di atas katil sambil beralaskan lengannya. "Okey, okey abang tak tengok sayang dah."

Razia hanya menggeleng kecil sebelum menyambung menguyah makanannya. Air susu yang berada di atas meja dicapai dan diteguk sehingga separuh.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now