BAB 38

5.5K 214 0
                                    

Mirza duduk di dalam sebuah kedai makan sambil menongkat dagunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mirza duduk di dalam sebuah kedai makan sambil menongkat dagunya. Semalam, dia sudah memaklumkan kepada Malik supaya datang berjumpa dengannya. Setelah berfikir masak-masak, Mirza rasa dia harus memberitahu dan menjelaskan kepada sahabat baiknya tentang pemergiannya yang sudah tidak lama itu.

Tidak tahu apa penerimaan Malik tentang beritahu itu. Nak atau tidak, itu adalah pilihannya sendiri.

Tidak lama kemudian, kelibat Malik mula menerpa pandangan Mirza. Malik mematikan enjin motorbikenya seraya dia terus berlalu ke arah meja yang diduduki Mirza.

"Kenapa kau tak masuk kelas? Madam tanya pasal kau tadi?" Belum sempat Mirza berkata apa-apa, Malik terlebih dahulu bersuara. Duduk dilabuhkan dihadapan sahabatnya. Beg sandangnya diletakkan di atas kerusi kosong sebelahnya.

Mirza menolak rambutnya kebelakang. "Habistu kau jawab apa dengan Madam tadi?" soal Mirza ingin tahu.

"MC," jawab Malik sepatah. Air teh o ais milik Mirza ditarik merapatinya dan terus menyisip sedikit air tersebut. Fuh, Lega!

Mirza hanya mengganggukan kepalanya dan terus menunduk kemudiannya.

"Habistu apa sebab kau tak masuk kelas?"

Mirza mendongakkan kepalanya. Keningnya sedikit terjungkit. "Huh? MC la? Apa lagi?"

Malik mencebirkan bibirnya. "MC tu, aku yang bantai. Sebab sebenarnya kau tak datang kelas kenapa? Nak kata sakit, sihal walafiyat aje aku tengok?" soal Malik ragu-ragu. Matanya dipincingkan sedikit.

Mirza tidak menjawab, sebaliknya telapak tangannya dibawa ke muka dan diraup wajahnya beberapa kali. Serabut!

"Entah. Banyak benda yang aku kena fikir sekarang." Mirza memjawab.

Malik rasa nak tergelak.

"Amboi, gaya macam kena tanggung beban negara. Kalah perdana menteri," sinis Malik.

Mirza hanya diam tidak berkutik. Langsung tiada tenaga untuk membalas. Kalau boleh, dia mahu memberitahu pada Malik cepat-cepat, dan terus keluar dari bumi Malaysia. Tak sanggup lagi dia duduk disini.

"Ada benda sebenarnya aku ajak kau jumpa." Malas mahu berdolak-dalih lagi, Mirza terus memberitahu tujuan sebenarnya.

Malik menjongketkan keningnya. "Hm, apa
dia?" Telinga ditadahkan, tetapi perhatiannya masih terlekat pada skrin telefon pintar miliknya.

"Aku nak berhenti belajar dekat Malaysia," jujur Mirza tanpa basa-basi.

Dunia Malik serasa terhenti sesaat. Hampir sahaja terlucut telefon ditangannya tadi. Perlahan-lahan, Malik mendongak untuk melihat wajah sahabatnya.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now