BAB 09

6.1K 306 1
                                    

Pandangan Razia tertumpu pada syiling putih di atasnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pandangan Razia tertumpu pada syiling putih di atasnya. Sementara itu, hingusnya, tak henti-henti mengalir. Balik sahaja dari berjumpa dengan Malik dan Mirza tengahari tadi, keadaan fizikalnya semakin merosot. Suhu badannya terus mencanak naik. Badan panas, saluran hidung mula tersumbat. Segalanya jadi serba tak kena. Ada kalanya, hidungnya mengeluarkan cecair merah.

Nosebleed.

Ada kemungkinan dia terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari hari ini. Itulah yang Razia boleh simpulkan buat masa sekarang. Kak Dibah pun, dia tak maklumkan lagi. Tak mahu Kak Dibah terlebih risau pada dirinya.

Razia hanya mampu terbaring lemah di atas katil bujangnya. Kain lembab yang menghiasi dahinya kelihatan memberikan sedikit ketenangan padanya. Walaupun kesannya, tidaklah serta-merta ketara. Secara beransur-ansur, kelopak matanya yang berat mula menyerah kepada keletihan. Menunggu masa untuk terkatup sahaja.

"Razia... badan Razia panas ni sayang—"

Razia celikkan matanya perlahan-lahan. Perlahan-lahan hujung bibirnya naik sedikit.

"Mama?"

"Kan mama dah pesan, kalau demam jangan selubung diri dalam selimut. Nanti suhu badan Razia akan terus meningkat." Selimut tebal itu diselak sehingga menampakkan tubuh Razia. Dahi Razia diusap perlahan.

Razia hanya senyum lemah. "Mama jaga Razia kat sini ke?"

"Mestilah mama akan jaga. Razia anak mama. Mama tahu anak mama akan jadi macam mana kalau demam. Kalau hidung Razia berdarah, Razia kena buat apa?" Mama menyoal.

"Duduk tegak dan bongkok ke depan—"

"Lepastu?"

"Picit bahagian bawah hidung dan bernafas menggunakan mulut." Razia mula mengingati segala pesanan mamanya. Untungnya dia kerana mempunyai ibu seorang doktor.

"Bagus... sekarang ni Razia tidur balik. Tutup mata perlahan-lahan sebab bila Razia bangun nanti ibu dah tak ada disisi Razia—" Kelopak mata Razia ditolak menggunakan telapak tangannya. Lembut.

"Mama nak pergi mana?" gumam Razia sambil matanya masih terpejam rapat. "Mama dah janji akan jaga Razia kan?"

"Mama?" panggil Razia.

Jeda.

"Mama!"

"Noor! Bangun Noor! Kau mengigau ni," kejut Kak Dibah resah. Badan Razia digoncang beberapa kali. Cemas dia bila terdengar Razia seperti orang sasau.

Razia tersentak. Matanya terus dicelikkan. Nafasnya sudah tersekat di kerongkong. Butiran peluh mula menitik di dahinya yang tidak bercela. Suhu badannya terasa semakin meruncing. Razia bangun dari baringannya dan terus bersandar di kepala katil. Razia mencengkam dirinya dengan erat. Walaupun suhu badannya tinggi, tapi apa yang dia rasakan cumalah kegigilan. Entah kenapa?

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now