BAB 68

5.3K 244 23
                                    

Sunyi, sepi, dan menyeramkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sunyi, sepi, dan menyeramkan. Itulah yang dirasakan Mariam ketika ini. Ketakutan mula bergayut di sudut hatinya. Disaat manusia lain, sudah terbuai di alam mimpi, dia disitu masih terus melangkah tanpa hala tuju. Hanya ada bulan terang yang menemaninya dalam seribu kegelapan dan kesenyapan.

Mariam toleh kiri dan kanan ibarat mencari sebuah pertolongan yang tidak pernah kunjung tiba. Tetapi apa yang dia lihat disitu, adalah keadaan yang kosong tanpa sebarang manusia. Mariam masih gagahkan kakinya untuk balik ke Rumah Jagaan Bakti. Walaupun hakikatnya itu adalah satu kerja yang gila.

Sambil dia berjalan, juraian air mata terus mengalir lalu meleleh di lurah pipinya. Mengenangkan apa yang dilakukan Harraz dan Elma kepadanya, buatkan empangan air mata Mariam kembali pecah. Teresak-esak dia menangis sambil mulutnya tidak henti-henti menyebut nama uminya.

Mariam matikan langkahnya dan duduk bercangkung di tepi jalan. Matanya meliar melihat kiri dan kanan, sebelum dia membuka beg sandangnya. Sebotol air mineral dan sekeping roti yang dibawa dari rumah dikeluarkannya. Mariam meneguk air tersebut dengan rakus. Betapa dahaganya dia setelah berjalan hampir lima kilometer.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal meluru ke arahnya. Mariam mengecilkan sedikit matanya dek kerana lampu motor yang menghalang penglihatannya.

"Dik, kenapa duduk sini sorang-sorang? Mak bapak kau mana? Bahaya kalau duduk sini. Dah pergi balik," halau seorang lelaki yang dari segi pemakaiannya tampak seperti seorang penjawat awam.

Mariam mendongakkan sedikit kepalanya.

"Saya... tak ada mak bapak," bohong Mariam.

"Lepastu kenapa duduk sini sorang-sorang? Ni kau dari mana sebenarnya?"

Mariam sekadar menundukkan kepalanya dengan juraian air mata.

"Macam-macam hal la budak sekarang ni," keluh lelaki itu.

"Saya nak balik Rumah Jagaan Bakti."

Terjungkit kening lelaki itu. "Hah? Apa benda tu?"

Mariam bangkit dari duduknya dan berdiri betul-betul dihadapan lelaki itu. "Abang boleh tak hantarkan saya kesana. Saya nak balik jumpa umi... Tolonglah saya," rayu Mariam sungguh-sungguh.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya laju. "Ish, tak kuasa aku. Lagipun, aku tak tahu mana tempat tu. Aku pun dah lambat nak balik rumah ni. Kau ni kan, sesuka hati aje minta tolong dengan orang asing. Kau cuba bayangkan kalau aku nak culik kau tadi? Tak ke naya dibuatnya."

"Tapi abang nampak baik. Abang boleh tak tolong saya. Kalini aje. Mayam nak balik jumpa umi. Umi dah pergi masa Mayam tak ada. Mayam nak sangat tengok kubur arwah umi. Tolonglah Mayam abang..." Kalini lengan lelaki itu digoncang-goncang Mariam.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now