BAB 63

5K 213 17
                                    

Selang sehari selepas majlis pernikahan Faris bersama Sumayyah, Razia terus buat keputusan untuk balik semula ke kolej

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selang sehari selepas majlis pernikahan Faris bersama Sumayyah, Razia terus buat keputusan untuk balik semula ke kolej. Dia tak boleh nak ambil cuti lama-lama. Tambahan lagi sekarang sudah masuk musim hectic untuk para pelajar. Test, assignment semuanya belambak.

Razia juga dikabarkan akan mendapat rommatee baru yang akan menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Pia dahulu. Jadi disebabkan itu dia tak perlu khawatir sangat tinggal sendirian disana nanti.

"Abang ingat sayang nak ambil cuti sehari lagi. Tak sangka secepat ini..." ujar Harith sambil dia menyiapkan bekal makanan untuk isterinya. Ada beberapa buah-buahan, susu dan sumplemen untuk Razia.

Razia yang sedang duduk berhadapan Harith di table top itu hanya senyum tipis.

"Razia tak boleh lama-lama dekat sini. Sekarang kan dah musim hectic week untuk student. Lagipun abang tak happy ke, Razia dah nak habis sem satu dah ni. Lepasni, Razia dah boleh duduk dengan abang balik," ujar Razia dengan sengih lebar.

Harith cuci tangannya sekilas sebelum dia terus bergerak merapati isterinya.

"Abang happy sangat-sangat sayang... Lepasni abang dah boleh jaga sayang dengan baby kita ni. Abang dah tak payah risau dah sebab Razia dah ada depan mata abang." Dahi isterinya dikucup lama.

Razia ketawa halus.

"Abang..." panggil Razia.

"Hmm?" Harith jungkit kening seraya dia mula mengambil tempat disisi isterinya.

Razia gigit bibir bawahnya. Jari jemarinya diramas-ramas. Tak tahu nak mulakan dari mana. Nak cakap ke tidak? Nak cakap ke tidak?

"Kenapa sayang?" soal Harith gusar. Tangan Razia terus ditarik dalam genggamannya.

"Masa cuti sem nanti, abang temankan Razia cari adik-adik boleh? Razia ingat Razia nak balik Kuantan. Razia nak cari rumah mak long. Mana tahu adik-adik Razia ada dengan mak long lagi?" pinta Razia kendur.

Harith terkedu. Dia fikirkan apalah tadi. Bahu isterinya diusap mesra.

"Abang janji abang akan tolong Razia. Kita cari adik-adik Razia sampai jumpa. Kalau perlu cari satu Malaysia ni pun abang sanggup."

"Betul ni?" Razia mahukan kepastian.

Harith tergelak. "Pernah ke abang tipu sayang, hm?" Kemudian, Harith terus bangkit dari duduknya dan sambung menyiapkan bekal isterinya.

Razia ketuk dagu. Rasanya dulu macam pernah. Tapi tak apalah...

"Razia nak tanya lagi boleh?"

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now