BAB 51

4.5K 189 4
                                    

Usai sahaja solat maghrib, telekung putihnya dicabut lalu digantungkan semula di dalam almari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Usai sahaja solat maghrib, telekung putihnya dicabut lalu digantungkan semula di dalam almari. Badan dihempaskan semula di atas katil. Pelipisnya diurut lembut. Letih sungguh gayanya. Sesaat kemudian, Razia kerling telefon bimbit yang berada di atas meja belajarnya. Tanpa membuang masa, telefon tadi dicapai, seraya Razia terus facetime bersama suaminya.

Apa agaknya Harith buat sekarang ya?

Tak sampai beberapa saat, talian bersambung. Nampak Harith sedang mundar mandir dengan telefon masih ditangan.

"Assalamualaikum abang." Razia memulakan perbualan. Senyuman manis dilemparkan pada suaminya.

Harith membalas dengan senyuman tipis. "Waalaikumussalam sayang.. Isteri abang tengah buat apa tu? Dah makan dah? Solat?" tanya Harith bertalu-talu. Kemudian, telefonnya didirikan di atas meja belajar sambil dia beralih buat kerja yang lain.

"Razia baru aje habis solat maghrib. Makan pun sudah tadi. Abang tengah buat apa tu? Sibuk semacam aje Razia tengok?" soal Razia. Berkerut juga dahinya bila nampak suaminya segak berbaju melayu hitam malam-malam gini. Takkan nak pergi kahwin lain kut? Amboi, cepat benar—

"Sekejap sayang—" Harith berlari ke arah almari dan sibuk memunggah almari tersebut ibarat mencari sesuatu.

Razia hanya memerhati gerak-geri suaminya sambil dia bertukar posisi baring dari kanan ke kiri pula. Seminit kemudian, Harith kembali ke arah meja dan melabuhkan duduknya di atas kerusi.

"Jumpa pun!" Songkok hitam yang berada di tangannya ditunjukkan kepada isterinya.

Kening sebelah Razia terjungkit sedikit.

"Abang nak kemana dengan berbaju melayu siap bersongkok bagai ni. Abang nak kahwin lain eh?" Suara menuduh.

Tergelak Harith dibuatnya. "Mana ada yang... Orang kalau nak pergi bernikah, dia tak pakai baju hitam. Lebih afdhal pakai baju putih—" seloroh Harith.

Razia mencebik tak puas hati. Kalau dia ada disitu, sudah dipiat-piat perut suaminya itu.

"Tak adalah. Abang nak pergi rumah mummy. Kebetulan, mummy nak buat majlis tahlil untuk arwah daddy esok. Tu yang abang kena pergi," terang Harith lembut.

"Oh—" Kenapa bila dia tiada baru ada semua ini? Selama dia disana, Harith tak pernah membawanya ke rumah mertuanya. Kenapa? Laju Razia beristighfar. Tak baik menuduh suami Razia!

"Sayang macam mana kat sana? Okey? Roommate sayang dah masuk ke? Ceritalah apa yang sayang buat tadi. Abang nak dengar," ujar Harith lembut. Tangan kananya menongkat dagu sambil anak matanya masih terkunci pada wajah isterinya.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now