BAB 56

4.6K 198 3
                                    

Sampai sahaja di hadapan bilik, Razia tolak pintu dengan perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja di hadapan bilik, Razia tolak pintu dengan perlahan-lahan. Risau menganggu Pia, kalau dia sedang tidur di dalam. Masuk sahaja ke dalam, nampak susuk Pia sedang buat kerja dihadapan meja belajarnya. Razia senyum segaris.

"Assalamualaikum..."

Pia terus menoleh tatkala suara Razia menerpa gegendang telinganya. Bibirnya melekuk dengan senyuman. "Razia, bila balik?" Pia sudah bangkit dari duduk.

"Baru aje tadi." Beg bajunya diletakkan di atas katil sebelum Razia terus bergerak merapati Pia. "Nah untuk kau." Satu paper beg dihulurkan.

Pia menyambut walaupun kelu. "Apa ni?"

"Aku ada singgah beli makanan untuk kau. Itupun, kalau kau tak makan lagi la." Sambil-sambil itu, tudung dikepalanya dicabut lalu disangkutkan di dalam locker.

"Tahu-tahu aje.. Aku memang tengah kebuluran pun." Paper bag tadi dibuka dan dikeluarkan isi dalamnya. Ada pelbagai juadah makanan di dalamnya. Pia senyum lebar sebelum dia melabuhkan duduk semula.

Razia pula sudah meloloskan diri ke dalam bilik air. Selang tiga minit kemudian, Razia keluar dengan muka yang basah. Mungkin baru lepas mengambil wudhuk.

"Razia, Ersyad cari kau pagi tadi," beritahu Pia senada.

Razia yang baru sahaja hendak mahu memakai telekung, terus terbantut niatnya. Wajah Pia dipandang dengan kerutan.

"Ersyad? Buat apa dia cari aku?" Razia inginkan kepastian.

Pia angkat bahu. Dia sendiri pun tak tahu apa motif lelaki itu, yang asyik merunsingkan dirinya dengan soalan tentang Razia.

"Dia tanya rumah kau kat mana la... Betul ke kau ni takde boyfriend?" Pia mengeluh dihujung ayat.

Razia mengeluh sendiri. "Kalau dia ada tanya kau apa-apa lagi pasal aku, tak payah dilayan la Pia. Aku pun kadang runsing dengan si Ersyad tu. Apa yang dia nak daripada aku sebenarnya?"

"Kalau kau pun dah runsing, kau rasa aku pula macam mana? Aku ni dah macam kaunter pertanyaan untuk dia tahu tak?" Pia cebirkan bibir kurang berpuas hati.

Sarung sahaja telekung, Razia terus mengatur langkah merapati Pia. Bahu Pia kemudiannya disentuh lembut. "Aku minta maaf kalau disebabkan aku kau jadi serabut Pia. Lepasni, tak payah layan dah si Ersyad tu. Kita buat tak tahu aje dengan dia lepasni."

Pia menoleh Razia dengan senyuman kelat.

"Aku rasa Ersyad sukakan kau la Razia..." Pia buat spekulasi.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now