BAB 65

5.7K 218 1
                                    

Harith berlari ke arah wad kecemasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harith berlari ke arah wad kecemasan. Sebaik sahaja, dia dapat panggilan dari Kak Dibah yang mengatakan isterinya dimasukkan ke dalam hospital, tanpa banyak bicara, Harith terus bergegas ke sini. Kerjanya di ofis hanya ditinggalkan begitu sahaja. Jujur, dari dalam kereta, dia sudah tak senang duduk. Macam mana keadaan Razia dan anak dalam kandungannya? Tuhan...

Dalam kejauhan sepuluh meter begitu, kornea mata Harith sudah menangkap susuk Kak Dibah yang sedang duduk di atas kerusi sambil memicit pelipisnya.

"Akak isteri Harith mana akak? Razia dengan anak Harith macam mana?" tanya Harith cemas sebaik sahaja dia sampai disitu.

Kak Dibah terus bangkit dari duduknya. "Bawa bertenang Harith. Insya-Allah Noor dan baby tak akan ada apa-apa. Biarkan doktor rawat Noor kat dalam tu. Duduk dulu..."

"Harith takut akak... Harith takut apa-apa jadi dekat Razia dengan anak Harith..." jujur Harith sambil dia meraup wajahnya beberapa kali. "Harith takut Harith lambat." Setitis cecair jernih jatuh dari tubir matanya.

Kak Dibah mengeluh pendek.

"Ya, akak tahu... Semua orang risaukan Noor, Harith. Tapi apa aje yang kita boleh buat? Kita risau macam mana sekalipun, keadaan tak akan ada yang berubah. Daripada Harith macam ni, ada baik Harith doakan keselamatan isteri dan anak Harith," pesan Kak Dibah sekadar mahu memujuk.

Harith hanya mampu diam. Perlahan-lahan, dia jatuh terduduk di atas kerusi disitu. Wajahnya ditekup menggunakan tangan. "Razia... Jangan buat abang risau sayang. Abang takut sangat-sangat," gumam Harith perlahan. Seketika, Harith menoleh ke arah kirinya. Serentak itu, anak matanya bersambung dengan anak mata seorang lelaki. Harith hanya merenung lelaki itu tanpa kata. Sesaat kemudian, Harith toleh ke arah Kak Dibah semula.

"Siapa tu akak?" soal Harith sambil dia mendongak sedikit ke arah Kak Dibah.

"Oh yang itu Ersyad. Kawan sekelas dengan Noor. Dia jugalah yang bawa Noor ke hospital tadi. Katanya, Noor pitam masa dekat kelas tadi. Akak tak tahu la apa yang akan jadi pada Noor kalau tak ada dia Harith. Nasib baik dia cepat bertindak," beritahu Kak Dibah.

Harith menoleh ke arah lelaki itu semula. Selang beberapa saat, Harith mula bangkit dari duduknya dan berjalan merapati Ersyad. Ersyad yang menyedari ketibaan Harith turut bangun dari duduknya. Tangan dihulurkan untuk berjabat.

"Ersyad, kawan sekelas Razia."

"Harith, suami Razia..." Giliran Harith pula memperkenalkan dirinya. Oh, jadi ini rupanya Ersyad yang peenah diceritakan isterinya satu masa dahulu. Betullah tekaannya, dari segi ketampanan, memang dia lagi hensem dari si Ersyad ni.

Ersyad angguk dengan senyuman kelat.

"Duduklah dulu..." pelawa Harith.

Ersyad menurut. Dan kedua jejaka itu akhirnya, hanya mendiamkan diri masing-masing.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now