BAB 39

4.9K 200 5
                                    

Sedang Razia mengemas segala barang berniaga, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering menandakan ada panggilan masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedang Razia mengemas segala barang berniaga, telefon bimbitnya tiba-tiba berdering menandakan ada panggilan masuk. Dengan tenang, Razia menarik keluar peranti empat segi itu dari poket kanannya. Nama pemanggil di skrin ditatap seketika.

Kak Dibah.

Razia senyum segaris, sebelum butang hijau digeser ke tepi. Telefon tadi dilekapkan ditepi telinganya.

"Noor, kau dah siap mengemas gerai ke?" Kak Dibah memulakan perbualan terlebih dahulu.

"Noor tengah kemas lagi ni. Sekejap lagi baru nak balik. Kenapa akak?" soal Razia berbalik kepada Kak Dibah.

Kak Dibah senyap buat beberapa saat di hujung talian sebelum dia mula membalas, "Sebenarnya akak nak minta tolong kau sikit ni. Macam ni, Abang Muhsin kau ada call akak tadi, katanya mak dia kena tahan dekat hospital. Sekarang, akak dengan abang nak pergi hospital dulu. Tapi Aliya pula tak balik sekolah lagi. Akak nak minta tolong kau, boleh tak kau ambilkan Aliya dekat sekolah?"

"Dalam pukul tiga macam tu, akak balik rumah," sambung Kak Dibah lagi.

"Ohh boleh aje kak... Tapi sebelum tu, Noor kena telefon Harith dulu. Nanti apa-apa, Noor telefon akak balik," maklum Razia lembut.

Setelah bertukar sedikit soalan, Razia terus meletakkan panggilan. Seketika, layar telefonnya ditatap dengan perasaan kosong. Tapi Faris cakap tadi Harith sibuk dengan kerjanya? Boleh ke dia datang ambil? Atau patut Razia balik dengan Grab sahaja?

Fikiran negatifnya Razia tolak ketepi dahulu. Sebaliknya nombor Harith didail. Berharap agar suaminya mengangkat panggilan. Dalam tiga saat begitu, panggilan mula bersambung.

"Assalamualaikum, abang sibuk ke?" soal Razia tanpa basa-basi.

"Waalaikumussalam... Tak sayang, kenapa? Dah nak balik ke?"

Razia jadi serbasalah. Ragu-ragu dia mahu percaya. Dari mulut memang kata tak sibuk, tetapi Razia tahu Harith pasti sedang sibuk disana. Seketika, Razia jadi berbolak-balik mahu memberitahu.

"Dah kemas semua barang... Tapi abang, tadi Kak Dibah ada telefon Razia, dia minta tolong ambilkan Aliya dekat sekolah. Boleh ke? Kalau abang sibuk tak apa, Razia boleh naik grab."

"Sayang... Kan abang cakap, abang akan hantar dan ambil Razia. Tak, abang tak sibuk pun... Untuk sayang, abang sanggup cabut lari walaupun tengah dalam meeting. Tunggu situ sekejap, dalam lima minit, abang sampi..." balas Harith dengan tawa halus.

Mata Razia sedikit meluas. "Abang tengah meeting ke?" soal Razia sedikit terkejut.

Razia dapat mendengar tawa Harith dihujung talian.

"Abang tipu dia orang... Abang kata abang sakit perut. Lepastu, abang terus cabut lari. Pandaikan abang?" soal Harith tanpa rasa serbasalahnya.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now