BAB 16

6.1K 302 16
                                    

Seperti biasa, bila ada waktu kelapangan sahaja, pasti Malik dan Mirza akan melepak di gerai Kak Dibah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti biasa, bila ada waktu kelapangan sahaja, pasti Malik dan Mirza akan melepak di gerai Kak Dibah. Alang-alang, datang sekali untuk menemani Razia disana.

"Korang asyik datang melepak dekat sini, tak ada assignment ke nak kena buat?" soal Razia sambil dia mengemas segala tupperware yang berada di atas meja itu. Makanan pun sudah banyak yang kosong. Laku habis semuanya.

"Tipulah kalau kata tak ada, tapi assignment tu malam nanti pun boleh buat. Sehari ada 24 jam Razia. Benda boleh rileks, buat apa nak kalut?" jawab Malik selamba.

Razia menggelengkan kepalanya. Tupperware yang sudah kosong tadi disumbat ke dalam beg. Dua lelaki itu hanya duduk bersandar di kerusi. Malas dah nak tolong. Razia pun tak memaksa untuk mereka membantu.

"Maksudnya, setiap hari kau aje gerai ni sendirian la Razia?" Mirza pula bertanya.

"Haah, macam itulah. Tapi tak apa. Aku dah biasa buat benda ni sendirian. Tak jadi masalah pun—"

Mirza angguk faham. "Untung siapa yang dapat kau Razia... Berdikari, pandai uruskan masa, baik, cantik—" puji Mirza agak tiba-tiba.

Malik telengkan wajahnya dengan pantas. Pandang wajah sahabatnya dengan kerutan di dahi. " Amboi, puji melambung-lambung nampak?" sindir Malik.

Mirza angkat bahu. "Benda betul—" jawabnya ringkas.

Razia disitu sudah berubah tona warna mukanya. Merah padam. Malu punya pasal.

"Er... Korang tolong jagakan gerai kejap, aku nak tandas sekejap," pamit Razia sebelum dia terus cabut dari situ.

Malik dan Mirza pandang sesama sendiri.

"Aik? Baru puji sikit dah malu?" kata Malik sambil anak matanya masih memandang susuk Razia yang sudah jauh kehadapan.

Mirza sekadar menggelengkan kepalanya dengan senyuman senget.

"Kau syok dekat Razia eh?" Malik menyiku-nyiku lengan Mirza. Keningnya dijongket beberapa kali.

"Gila! Takkan la aku nak suka dekat kawan baik kita sendiri. Kita dah berkawan dengan Razia bertahun- tahun Malik. Tak masuk akal langsung," bidas Mirza laju.

Malik sekadar mencuihkan bibirnya. "Tapi kawan baik pun boleh tercatch feelings kan?" soal Malik balik.

Mirza terkedu. Akhirnya, dia hanya diam tidak berkutik. Dia sukakan Razia? Nonsense!

_____•_____

Harith melangkah keluar dari perut keretanya. Perlahan-lahan, dia menuju ke arah gerai yang dimaksudkan Faris. Dari jauh, matanya hanya nampak yang gerai itu kosong tanpa sebarang manusia. Takkan dah tutup pula? Tapi barang-barang meniaga masih ada di atas meja sana.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now