BAB 37

5.8K 244 5
                                    

Langkah sahaja ke dapur, Harith dapat melihat susuk isterinya yang sedang sibuk mencuci segala pinggan-pinggan kotor tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah sahaja ke dapur, Harith dapat melihat susuk isterinya yang sedang sibuk mencuci segala pinggan-pinggan kotor tadi. Tanpa membuang masa, Harith terus melangkah merapati isterinya.

"Biar abang yang buat," pelawa Harith, lembut. Beberapa pinggan kotor tadi ditarik merapatinya.

Razia menoleh kemudian menggeleng. "Eh tak apa. Sikit aje ni," tolak Razia, sopan.

"Sikit apanya yang? Penuh satu singki ni... Tak apa biar abang yang cuci semua ni. Razia pergi berehat dekat depan," arah Harith. Sambil-sambil itu dia mula mencuci pinggan kotor tadi. Razia terpaksa berganjak ke tepi sedikit.

Razia melepaskan satu keluhan. Bukan apa, cuma dia rasa serbasalah. Sudahlah dia langsung tidak membantu suaminya memasak tadi. Lepastu, cuci pinggan pun Harith yang kena buat. Jadi apa tugas dia sebagai seorang isteri?

"Abang biarlah Razia yang buat. Tadi kan abang dah penat-penat masak. Razia langsung tak tolong abang memasak tadi. Jadi, cuci pinggan ni biarlah Razia yang buat," kata Razia masih tidak putus asa.

Harith tidak membalas apa-apa, sebaliknya tangannya yang penuh dengan sabun dicuci dan dilapkan menggunakan kitchen towel. Kemudian, Harith berpaling. Razia hanya memerhati tanpa kata.

"Buat kerja rumah ni bukan tugas isteri aje sayang... Sebab itulah kita ditakdirkan hidup berpasang-pasangan. Supaya boleh membantu satu sama lain," terang Harith lembut.

"Tapi kita juga kena senangkan hati pasangan kita. Takkan la Razia nak tengok abang penat buat kerja ni sorang-sorang?" Razia juga sama naik seperti Harith. Taknak kalah.

Kening tebal Harith sedikit terjungkit. Pinggan yang sudah dibasuh kemudiannya dilap menggunakan kain bersih.

"Siapa kata abang penat? Abang tengok Razia buat kerja ni sorang-sorang, lagi abang penat." Harith menoleh ke arah Razia dan sempat mengenyitkan matanya.

Razia mengeluh buat kesekian kalinya. Kemudian, badannya disandarkan di kabinet dapur. Tangannya berpeluk tubuh. "Kalau macam tu kita penat la sama-sama. Baru adil kan?" bidas Razia.

"Abang taknak—" jawab Harith, selamba.

Tersentak Razia. Dahi licinya mula berkerut seribu. Kurang faham. Mana satu ni? Nak ke tidak?

"Kenapa abang taknak pula?"

Kalini, Harith terus menutup pili air. Badannya dipusingkan dan tangan runcing isterinya terus ditarik ke dalam genggamannya.

"Abang taknak tengok isteri abang penat. Kalau boleh, biar abang aje yang penat. Jadinya, kerja ni biar abang yang habiskan..." Setelah itu, pipi mulus Razia diusap penuh kelembutan.

Tapi tidak mudah untuk Razia termakan dengan kata-kata manis suaminya. Razia masih kurang berpuas hati. Selagi dia tak dapat tolong, selagi itulah dia akan merunsing disitu.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now