BAB 42

5K 197 0
                                    

Pintu diketuk dengan hanya satu ketukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu diketuk dengan hanya satu ketukan. Setelah mendapat keizinan dari pihak dalam, Faris mula memulas tombol pintu bilik kerja Harith. Perlahan-lahan, kakinya mula melangkah merapati Harith yang sedang termenung sambil menongkat dagunya.

Kerusi ditarik sebelum Faris terus melabuhkan duduk dihadapan Harith. Badannya disandarkan di dada kerusi sambil anak matanya masih tertacap ke arah Harith dihadapan.

"Jauh termenung?" tegur Faris setelah sekian lama dia mendiamkan diri.

Harith tegakkan tubuhnya. Satu keluhan berat dilepaskan. Badannya turut disandarkan sambil dia memeluk sekitar tubuhnya. "Aku tak sedap hati la..." kata Harith tiba-tiba. Raut wajahnya terus bertukar mendung.

"Sebab Noor?" tebak Faris sekadar serkap jarang.

Harith menggeleng. Tak. Semua ini tiada kena mengena dengan isterinya. Ada masalah yang lagi besar dia harus fikirkan sekarang.

Kening Faris terjungkit sedikit. "Kalau bukan pasal isteri kau, habis apa?"

"Mariam... Aku risaukan Mariam. Dah berapa minggu aku tak jenguk dia Faris. Apa agaknya yang dia buat kat rumah tu. Kau pun tahu kan, abang aku tu bukannya boleh diharap sangat. Bini dia lagi la." Harith mengeluh dihujung ayat.

"Kau nak risau apa, mummy kau kan ada? Dia boleh tengok dan jagakan Mariam dekat rumah sana," balas Faris sekadar mahu menyedapkan hati sahabatnya. Walaupun, dia tidaklah arif dengan apa yang berlaku dalam keluarga Harith. Tapi yang dia boleh cakap, keluarga Harith memang tidak boleh diharap.

Harith mengeluh buat kesekian kalinya.

"Ya, mummy aku memang ada. Tapi, dia pun dah tua Faris. Tanggungjawab Mariam dibawah Harraz, bukan mummy aku..."

"Kau nak takut apa Rith? Mariam tu anak kandung Harraz, mestilah dia akan jaga Mariam dengan baik. Takkan dengan abang kau sendiri, kau nak bersangka buruk?" tegur Faris garang.

Harith rasa nak tergelak disitu. Ini bukan pasal bersangka buruk atau tidak. Kita soal pasal tanggungjawab sekarang. Sebab dia tahu perangai abangnya la dia boleh cakap macam itu. Kalau tidak, hati dia memang akan senang dari dulu lagi.

"Hanya dengan mempunyai title 'ayah', tak bermakna dia layak untuk menjadi seorang ayah Faris. Aku lebih kenal abang aku. Aku tahu dia macam mana. Dan aku boleh jamin seratus peratus, yang dia akan lepaskan tanggungjawab dia macam itu aje..."

Faris berdesis.

"Soalannya dekat sini, kalau kau tahu abang kau macam tu, kenapa kau tak balik sana dan cek sendiri keadaan Mariam? Lagi satu, aku yakin Noor pun rindukan Mariam. Apa kata kau bawak Noor balik rumah parents kau?" soal Faris tenang.

You're hiding something, isn't it?

Benarlah seperti sangkaan Faris tadi, soalan yang ditujukan kepada Harith, buatkan Harith terdiam membisu. Harith masih diam tidak berkutik. Soalan dari Faris dibiarkan tergantung.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now