BAB 25

6.2K 239 24
                                    

Lupakan apa yang jadi semalam, hari ini semuanya kembali berjalan seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lupakan apa yang jadi semalam, hari ini semuanya kembali berjalan seperti biasa. Seperti biasa, awal pagi lagi, Razia sudah tercongok di gerai Kak Dibah. Tapi yang anehnya, mood Razia sangat baik. Kalau boleh setiap masa dia nak tersengih. Kemudian, anak matanya jatuh pada cincin silver yang tersarung di jari manisnya. Tanpa sedar bibir Razia mengulum satu senyuman.

Dia sudah membuat keputusan yang dia akan menerima lamaran Harith. Berkat solat istikarahnya malam semalam, Razia yakin, Harith adalah lelaki yang tepat dan boleh membimbing dia sehingga ke syurga. Harap-harapnya begitulah...

Selang beberapa minit kemudian, kelibat motosikal berkuasa tinggi Malik dan Mirza mula menghampiri gerai. Hampir seminggu juga mereka tidak datang kesini kerana sibuk dengan urusan pembelajaran. Katanya, banyak assignment, quiz, test dan sebagainya.

Mereka berdua turun dari motor masing-masing dan melangkah menghampiri Razia.

"Assalamualaikum, rindu kita orang tak?" Dengan tak tahu malunya, Malik menyapa. Mirza dibelakang hanya tersenyum tipis.

Razia mencebik. Geleng tidak angguk juga tidak.

"Kenapa ni? Macam tak happy aje tengok muka kita orang berdua?" soal Malik. Sambil itu, Mirza dan Malik meletakkan beg sandang mereka di atas kerusi sebelum dilabuhkan duduk.

Razia menoleh. "Huh? Siapa kata aku tak happy? Happy aje ni..." Razia mula menyengih sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun.

Malik menjeling tak puas hati. "Tch! Nampak sangat tak ikhlasnya Noor Raziasyah," kata Malik senada. Mirza dibelakang hanya menggelengkan kepalanya.

"Gurau ajelah... Mestilah aku rindu. Takkan tak rindu dengan dua kawan aku yang sengal ni. Aku faham, korang berdua pun sibuk dengan study," kata Razia sambil dia mengambil tempat di hadapan mereka berdua.

"Kau macam mana? Tak ada benda menarik yang nak diceritakan dengan kita orang ke?" Giliran Mirza pula menyoal.

Razia senyum kelat. Anak matanya pantas dilarikan ke arah lain. Jarinya yang runcing dimain-main seketika. Macam mana dia nak bagitahu ya? Macam mana dia nak bagitahu pada Malik dan Mirza tentang lamaran Harith semalam?  Tapi mereka berdua juga berhak tahu...

"Ceritalah—" Suara garau Mirza mencelah.

Razia termangu. Terus dia mendogak dengan kerutan di dahi.

"Aku tahu kau ada benda nak cerita dengan kita orang Razia. Aku bukannya baru kenal kau semalam," sambung Mirza lagi. Tangannya dilipat separa dada sambil dia bersandar di dada kerusi.

Razia garu hujung keningnya. Haisy! Tahu-tahu aje dia ni...

Malik terus tegaknya badannya. Nampak sangat berminat ingin tahu. Razia pula nampak teragak-agak mahu bercerita.

"Ada orang masuk meminang aku semalam," jujur Razia tanpa basa-basi. Wajahnya sedikit kelat, takut dengan penerimaan dua rakan baiknya itu.

Dan kenyataan itu buatkan tubuh Malik dan Mirza terus menegak. Mulut masing-masing melopos luas. Mata mereka berdua membulat tanda tidak percaya!

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now