BAB 27

5.5K 237 6
                                    

"Razia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Razia..." Anak mata Haji Taib mula berkaca-kaca. Tuhan... Rindunya dia. Anak-anak Rumah Jagaan Bakti yang lain terus meluru ke arah Razia dan memeluknya erat. Razia membalas pelukan mereka dengan tangisan sebak.

"Kami rindukan Kak Noor... Mana Kak Noor perg selamani?" soal salah seorang.

Razia terdiam. Dalam payah, Razia masih cuba tersenyum. "Maafkan Kak Noor... Kak Noor kena keluar. Kak Noor kena cari kerja untuk dapat duit belanja."

"Baba sihat?" soal Razia prihatin. Perhatiannya dikalihkan ke arah Haji Taib semula.

Haji Taib senyum segaris. "Alhamdulillah... Baba sihat lagi. Razia okey? Macam mana hidup sekarang?" Giliran Haji Taib pula menyoal.

Razia mengelap hujung birai matanya. "Razia okey... Kak Dibah sekeluarga jaga Razia dengan baik. Adik-adik semua okey ke baba?'

"Macam itu ajelah... Sejak Razia, Malik dan Mirza keluar dari sini, dah tak ada kakak dan abang yang boleh jaga dan awasi mereka semua. Baba pun dah tua. Dah tak lalu nak menjaga..." cerita Haji Taib sebak.

Razia toleh kiri dan kanan ibarat mencari sesuatu. "Umi mana baba? Tak nampak pun dari tadi?" soal Razia ingin tahu.

Haji Taib terdiam dengan soalan yang ditujukan Razia. Hampir beberapa saat, Haji Taib masih diam membisu. Melihatkan tiada sebutir kata pun yang keluar dari ulas bibir Haji taib, buatkan Razia mula tidak enak.

"Mana umi baba?" desak Razia masih dengan soalan yang sama. Satu persatu titisan air matanya mula jatuh. Jangan kata...

"Umi—" Baru sahaja Haji Taib mahu bersuara, perhatian mereka semua terarah ke arah dua motor berkuasa tinggi yang baru sahaja sampai disitu.

Dahi Haji Taib berkerut. "Siapa pula itu?" soalnya.

"Malik? Mirza?" gumam Razia hairan. Macam mana mereka berdua boleh ada disini juga. Harith juga menoleh dengan senyuman yang sudah terbias di wajahnya. Asalnya, ini semua adalah rancangan Harith. Dia jugalah yang mengajak Malik dan Mirza untuk turut datang kemari. Niat asalnya, hanya mahu melihat mereka semua bersatu semula.

Malik dan Mirza menanggalkan helmet masing-masing. Rambut yang sedikit serabai dibetulkan sedikit. Mata yang lainnya semua meluas.

"Abang Malik! Abang Mirza!" jerit mereka serentak. Tak menunggu lama, mereka semua berarak ke arah mereka berdua.

Malik dan Mirza turun dari motorbike mereka. Senyuman lebar terukir di bibir masing-masing.

"Rindunya..." kata Malik sebak.

Mirza hanya mengangguk setuju. Setelah mereka membalas pelukan satu sama lain, Malik dan Mirza mula melangkah ke arah Haji Taib yang masih kaku diposisi.

"Baba..." tegur mereka berdua, sopan.

Mirza terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk berjabat, dan diikuti Malik pula dikemudiannya.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now