BAB 33

5.9K 232 14
                                    

Harith menoleh ke arah isterinya yang banyak mendiamkan diri sejak tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harith menoleh ke arah isterinya yang banyak mendiamkan diri sejak tadi. Lepas sahaja, Razia tutup gerai, emosinya seperti tidak tentu hala. Sepanjang perjalanan mereka, Razia langsung tidak mengeluarkan sebarang suara. Aneh! Selalunya, ada jugalah dapat mendegar celoteh dari isterinya. Tapi harini lamgsung tak ada.

"Razia okey? Kalau tak okey, ceritalah dengan abang. Kenapa? Ada apa-apa yang jadi ke tadi?" soal Harith sekadar serkap jarang.

Razia masih diam. Angguk tidak, geleng juga tidak.

"Sayang..." seru Harith sekali lagi. Kalini suaranya dikuatkan sedikit untuk mendapatkan perhatian isterinya.

"Huh? Apa dia?" soal Razia kembali. Pandangannya dihalakan ke arah wajah suaminya. Maaf, kurang dengar. Fikirannya tadi sudah terawang entah kemana-kemana. Suara garau Harith tadi, hanya sayup-sayup sahaja kedengaran.

"Razia fikirkan apa? Nampak stres sangat muka tu. Kalau nak bercerita masalah Razia, ceritalah, abang sudi dengar," kata Harith lembut.

"Tak... Tak, Razia tak fikir apa-apa. Cuma, penat badan sikit," bohong Razia. Nak nampak lagi real, Razia pura-pura mengurut belakang batang tengkuknya.

Mustahil dia mahu ceritakan perkara sebenar pada Harith. Apa? Takkan dia nak beritahu Harith yang Mirza pernah ada perasaan padanya?

Gila namanya tu.

Harith tidak meragui apa-apa. Sebaliknya, riak wajahnya tampak sedikit gusar. "Sakit? Sakit kat mana? Balik nanti abang tolong urutkan sayang..."

Razia senyum simpul kemudian bahunya dijongketkan sedikit. "Entahlah... Kaki ni tiba-tiba aje rasa lenguh. Nak berdiri pun rasa penat," keluh Razia.

"Razia mengandung ke?" soal Harith, polos.

Pap!

Lengan Harith ditampar Razia serta-merta. Pipi Razia sudah bertukar tona. Isy! Sampai kesitu pula dia fikir.

"Abang ni agak-agak la... Tak sampai seminggu lagi kut kita kahwin," bidas Razia pakej dengan jelingan maut.

Harith mengekek ketawa disitu. Kepalanya digaru beberapa kali sebelum dia menjawab. "Manalah tahu, kut-kut effect dia boleh sepantas itu," seloroh Harith tidak bertempat.

Razia menggelengkan kepalanya. Kata-kata daripada Harith tadi, dibiarkan seperti angin lalu sahaja ditepi telinganya. Razia kembali membuang pandang ke luar tingkap semula. Serta merta ingatannya kembali terawang sewaktu di gerai tadi. Langsung senyumannya mati. Dan Razia terus mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now