BAB 19

5.9K 285 29
                                    

Saat yang paling ditunggu para ibu bapa sudah sampai di kemuncaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saat yang paling ditunggu para ibu bapa sudah sampai di kemuncaknya. Setelah selesai sahaja, sesi untuk kanak-kanak sekolah, kini tiba pula giliran untuk para ibu bapa menunjukkan taring mereka.

Pertandingan yang dipertandingkan bagi kategori ibu bapa pada kali ini adalah, larian 100 meter untuk para bapa-bapa. Dan untuk para ibu-ibu pula, pertandingannya adalah lumba lari sambil mendukung anak masing-masing.

Saat proses briefing dari pengacara majlis tadi, Razia hanya mampu telan liur. Mustahil dia nak masuk sekali sedangkan dia tidak tergolong pun dalam kategori yang disebutkan.

"Mudanya awak, jarang saya nak jumpa ibu muda zaman sekarang," tegur salah seorang wanita yang berada di sisi Razia. Mungkin ibu kepada salah seorang kanak-kanak di sekolah.

Harith yang disebelah Razia hanya memasang telinga.

Razia gamam terus. Muka dia nampak macam mak-mak orang ke? "Eh, saya—"

"Sebelah tu suami awak ke? Helok rupa parasnya. Memang sesuai sangat korang berdua ni. Bagai pinang dibelah dua orang kata," cantas wanita itu sebelum sempat Razia menghabiskan sisa ayatnya.

Harith yang terdengar bila dirinya dipetik langsung menoleh. Bibirnya hanya koyak senyuman manis ke arah wanita itu.

"Berapa tahun dah kahwin?" soal wanita itu lagi.

Harith tergelak kecil. "Baru dua bulan kak. Akak jangan salah faham, ini bukan anak kami, ini anak abang saya," jawab Harith dengan selambanya.

Razia disebelah rasa macam nak tercekik. Bila masa entah dia kahwin dengan Harith? Terus Razia pandang Harith dengan jelingan. Jelingan maut.

Harith yang menyedari renungan Razia hanya tersenyum tipis.

"Oh, pengantin baru lagi rupanya... Patutlah nampak berseri semacam. Insya-Allah, nanti ada la tu zuriat sendiri," kata wanita itu lembut.

Razia terbatuk. Zu... Zuriat? Zuriat celah mana?

"Mama jom pergi sana." Anak gadis wanita itu sudah menarik-narik lengan baju mamanya.

"Iya sayang... Kalau macam tu, saya pergi dulu la ya. Apa pun tahniah atas perkahwinan korang," kata wanita itu sebelum dia terus berlalu mengekori anak gadisnya.

Selepas bayang wanita itu sudah hilang dari pandangan, Razia melepaskan satu keluhan ringan. Sejurus itu, pantas dia menoleh ke arah Harith semula. "Kenapa abang cakap macam tu dengan akak tu? Nanti apa pula dia fikir. Kita belum pasangan suami isteri pun lagi," tegur Razia garang.

Kening lebat Harith terjungkit sedikit. "Belum lagi? Maksudnya, Razia nak berkahwin dengan abang la?" seloroh Harith dengan sengihan.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now