Pantas Mirza menoleh disisi. "Ya baba?"

"Sampai bila kamu nak sorokkan diri kamu dekat sini lagi? Sampai bila kau nak tipu semua orang? Tipu mama, papa, Malik dengan Razia? Dah sebulan Mirza. Hampir sebulan kamu buat semua orang percaya dengan pemergian kamu."

Kata-kata daripada Haji Taib tadi sekali lagi buatkan Mirza terpempan. Mirza terus menundukkan kepalanya. Diam tanpa membalas apa-apa... Bukan dia mahu mempermainkan perasaan mereka semua, cuma keputusan yang dia pilih ini, mungkin yang terbaik untuk semua.

Flashback...

"Mirza? Bila masa kamu sampai? Kenapa tak telefon baba dulu nak datang kemari?" soal Haji Taib hairan.

Mirza senyum kelat. Beg bagasisnya ditolak ke dalam. Tangan tua Haji Taib disalam sekilas.

"Mirza saja balik nak melawat Rumah Jagaan Bakti ni," bohong Mirza. Siapa sangka, walaupun dari awalnya, dua sudah sampai pun di KLIA, setelah itu dia terus merubah fikirannya. Tak. Dia tak boleh tinggalkan Malaysia. Dia tak boleh lari dari masalah begitu saja. Disebabkan itulah, dia mengambil keputusan untuk balik ke Rumah Jagaan Bakti buat sementara waktu. Bila semuanya sudah reda, Insya-Allah dia akan bersemuka semula dengan mereka semua.

"Dengan beg bagasinya... Macam lama aje nak tinggal sini?" tanya Haji Taib lagi.

Mirza ketawa hambar. "Mirza rindukan semua orang kat sini. Sebab itu Mirza ingat nak tinggal lama sikit dekat sini. Boleh Mirza tengok-tengokkan umi sekali," bohong Mirza buat kali yang keduanya.

Haji Taib hanya angguk-anggukkan kepalanya. Langsung tiada raut wajah curiga yang ditunjukkan.

"Malik tak ikut sekali?" Selalu berkepit aje dua orang tu. Nak kemana-mana pun pasti berdua. Tapi kalini, hanya Mirza seorang saja. Hairan juga dibuatnya.

Mirza geleng tipis. "Mirza memang nak balik sini sendiri."

Haji Taib hanya angguk akur. Setelah itu dia malas nak tanya lebih-lebih lagi. Mirza sudah balik kesini pun, dia sudah cukup bersyukur.

"Marilah kita masuk dalam..."

End of flashback...

"Kamu tahu kan baru-baru ni Razia baru lepas keguguran?"

Soalan yang agak tiba-tiba daripada Haji Taib itu buatkan Mirza tersentak. Pantas dia menoleh ke arah Haji Taib dengan mata yang sudah terbuntang luas.

"Bila masa Razia mengandung?" Tuhan.... Berita yang Razia mengandung pun dia tak tahu, macam mana dia mahu tahu Razia keguguran?

Haji Taib mengeluh sendiri. "Itulah kamu.... Berapa kali dah baba pesan, apapun jangan putuskan hubungan dengan sesiapa. Seteruk mana pun sakit yang kamu dapat disebabkan mereka, itu tak bermakna kamu boleh putuskan hubungan silaturahim yang dah tercipta lamanya. Razia bunting pelamin. Tapi sayang tak sampai beberapa minggu, Razia disahkan keguguran. Itupun Harith yang bagitahu dengan baba. Baba ingat nak melawat dia orang berdua, tapi itulah... umi siapa nak jaga?"

Mirza termenung kosong disitu. Betullah dia memang kawan yang tak guna. Ya Allah, beratnya ujian yang harus ditanggung Razia.

"Kamu taknak jumpa dia? Kamu bagitahu baba yang kamu pergi pun tanpa berjumpa dengan dia. Mirza, dalam keadaan Razia yang macam tu, baba yakin, dia mesti nak jumpa dengan orang-orang yang rapat dengan dia. Yang boleh bagi dia kata-kata semangat. Siapa lagi kawan dia kalau bukan kamu dengan Malik? Pergilah... Baliklah Mirza. Baba yakin semua orang tengah tunggu kepulangan kamu. Menyorok macam ni takkan selesaikan semuanya Mirza," pesan Haji Taib buat kesekian kalinya.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now