"Tak boleh. Razia nak buat juga." Razia masih berkeras disitu.

"Sayang nak suap abang guna apa?"

Soalan yang kurang cerdik dari Harith tadi buatkan Razia melemparkan pandangan tajam ke arahnya.

"Pakai tangan la... Takkan guna kaki pula." Selamba Razia membidas. Hai, soalannya pun macam betul-betul nak minta kaki.

Harith menyengih sambil dia menggaru kepalanya. "Okey la... Cepat, cepat. Aaaa.." Mulutnya dibuka luas, menunggu si isteri menyuapnya.

Razia menyuap nasi ke dalam mulut Harith. Sesaat kemudian, bagaikan terkena renjatan elektrik, Razia terus merentap tangannya.

"Ish sakit la... Abang ni, janganlah gigit jari Razia." Matanya sudah berkaca-kaca sambil dia memegang tangan kanannya.

Harith hamburkan tawanya disitu. Tangan Razia ditarik lalu dibelek-belek. "Ya Allah, abang minta maaf sayang... Abang ingatkan tangan Razia tu ikan. Maafkan abang sayang..." Padahal sengaja dia menggigitnya.

Razia mencebik disitu. "Nah. Makan sendiri..."

Harith garu kepala. "Eh, apa pasal abang pula yang kena makan? Bukan ke abang masakkan ni untuk Razia?" Harith bingung sendiri.

"Abang makan! Razia dah tak ada selera."

_____•_____

Hampir dua puluh minit, pintu akhirnya dibuka juga dari dalam. Buka sahaja, wajah seorang jururawat wanita menerpa pemandangannya.

"Macam mana nurse?"

Nurse yang merangkap jururawat peribadi Hajah Faiza itu sekadar mengeluh panjang. "Keadaan Hajah Faiza nampak semakin merosot. Berat badan dia pun turun secara mendadak. Makan taknak... Kalau makan pun, tak lama selepas itu dia akan muntahkan balik," terang jururawat itu kendur.

Mendengarkan itu buatkan Haji Taib makin gusar.

"Tapi isteri saya masih stabil kan nurse?"

"Saya tak boleh nak jamin seratus peratus... Saya dah cuba buat yang terbaik untuk Hajah. Selepas itu, kita hanya perlu tawakkal pada Allah. Doakan saja yang terbaik untuk Hajah. Okeylah, kalau tak apa-apa lagi, saya balik dulu Haji," pamit jururawat itu sopan.

"Iyalah..."

Setelah mendapat kebenaran, jururawat itu terus berlalu pergi dari situ. Haji Taib terus jatuh terduduk di atas kerusi kayu yang ada disitu. Mukanya ditekup menggunakan tangan.

"Baba, umi macam mana?" tegur satu suara dengan keadaan yang cemas.

Haji Taib terus menoleh ke arah Mirza yang baru sampai disitu. Seketika, Mirza terus melabuhkan duduknya disisi Haji Taib.

"Nurse tu kata apa baba?" tanya Mirza sekali lagi. Namun, melihat raut wajah babanya saja, dia sudah dapat mengagak yang itu bukanlah sesuatu berita yang baik untuk didengari.

"Keadaan umi makin tenat. Baba tak tahu berapa lama lagi umi boleh bertahan. Jadi baba nak ingatkan kita semua disini untuk sentiasa siap sedia dengan apa pun yang akan berlaku nanti," ujar Haji Taib dengan maksud yang penuh tersirat.

Mirza tersentak disitu. Maksudnya, dia perlu siapkan dirinya dengan pemergan umi? Macam itu?

"Mirza..." panggil Haji Taib.

RAZIA [ C ]On viuen les histories. Descobreix ara