"Masalahnya aku tak boleh."

"Huh?" Pia menoleh ke arah Razia dengan raut wajah yang terpinga-pinga. Kurang faham. "Tak boleh? Apa maksud kau?" Pia menyoal balik.

Razia tarik nafas dalam-dalam. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia beritahu perkara yang sebenar kepada Pia supaya tiada lagi salah faham yang terjadi di antara mereka berdua.

"Aku dah berkahwin Pia..."

Sejurus itu, mata Pia terbuntang luas tatkala mendengar berita yang sangat dia tidak pernah sangkakan itu. "Kau... kau dah berkahwin?" soal Pia tergagap-gagap.

Razia angguk dan senyum kelat. Jari manis yang ada sebentuk cincin perkahwinannya itu ditunjukkan kepada Pia. "Tak lama pun... Baru nak masuk dua bulan," beritahu Razia jujur.

Pia terkesima. Tak tahu nak tunjuk reaksi apa.

"Kenapa masa mula-mula masuk dulu kau tak pernah nak bagitahu aku Razia?"

"Sebelum aku masuk sini, aku dah berbincang dengan suami aku yang akan rahsiakan perkahwinan kami. Sebab aku takut perspektif orang terhadap aku berubah..."

Pia mengeluh perlahan. "Razia aku minta maaf kalau aku banyak sakitkan hati kau. Aku tak tahu... Sekarang baru aku faham kenapa kau asyik nak jauhkan diri kau daripada Ersyad. Dan sekarang juga aku baru faham, yang selamani kau bergayut sampai dua tiga pagi tu, kau call suami kau la kan?" Pia menguis lengan Razia dengan senyuman nakal yang sudah terbit di bibirnya.

Razia tundukkan kepalanya. Naik segan pula bila Pia mengusiknya.

"Mesti bestkan dah ada suami," usik Pia tak habis-habis.

Razia buat muka. "Disebabkan inilah aku malas nak bagitahu kau." Razia cebirkan bibirnya.

Pia hamburkan tawanya. "Okey sorry, sorry... janganlah marah..."

_____•_____

Setelah hampir dua puluh minit berjalan, akhirnya Harith dan Faris memilih untuk melabuhkan duduk di atas satu kerusi kayu yang berada di sekitar situ.

"Kita nak buat apa ni Faris? Nak dekat setengah jam, bayang perempuan tu pun kita masih tak nampak. Kau betul ke nak cari perempuan tu lagi?" soal Harith buat kesekian kalinya. Kaki sudah lenguh, badan pun sudah berkicap, tetapi bila tengok Faris disebelah, masih berkobar-kobar semangat juangnya.

Faris anggukkan kepalanya laju. Selagi dia tak jumpa dengan perempuan tu balik, disitulah hidupnya tidak tenang. Kisahnya, awal pagi lagi, dia sudah memaksa Harith untuk mengikutnya mencari gadis gelandangan yang mereka jumpa di kedai makan tempoh hari. Namun, hampir seluruh kota Kuala Lumpur ini dicari, bayang gadis itu masih tidak kelihatan. Kemana dia pergi?

"Dia buat kerja part time ke Rith? Kalau tak dicari pandai pula dia berkeliaran dengan sini. Bila dicari terus ghaib." Faris mengeluh panjang sambil dia menolak rambutnya kebelakang. Dia mahu cari gadis itu semula. Itu azamnya.

"Ada la tu kerja dia kena buat, Takkan 24 jam kerja dia nak mengacau orang aje?" balas Harith senada.

"Kau ni... Bila masa pula kerja dia kacau orang? Orang yang kacau dia adalah," marah Faris. Jangan sesekali tuduh gadis itu yang bukan-bukan ya.

Harith hanya menggelengkan kepalanya. Single sangat sampai dengan gelandangan pun jadi. Sedang mereka merenung kawasan sekeliling, deringan telefon seseorang menyentakkan mereka berdua.

Faris terus menoleh ke arah Harith tatkala bunyi deringan itu datang dari dalam koceknya. Tak menunggu lama, Harith mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket kanannya. Nama pemanggil di skrin di tatap seketika. Sejurus itu, bibirnya terus merekah dengan senyuman lebar.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now