~CHAPTER 42 || ZAYREEL~

Start from the beginning
                                    

"Tunggu kejap." Dia bangun dari duduknya kemudian berjalan memasuki ke dalam kapal. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan sepapan ubat dan botol air mineral ditangannya. Dia mengambil semula tempat duduknya tadi.

"Aku tahulah yang kau tu tak makan ubat." Katanya sambil mengeluarkan sebiji ubat itu dari papan ubat itu.

"Nah makan. Now." Dia menyuakan sebiji itu dengan botol air mineral. Pantas Zafreel menggelengkan kepalanya laju. Tak lah dia makan ubat. Tak sedap!

"Eii! Tak nak aku, dah la pahit, uwek." Zafreel buat gaya nak muntah. Adellea berdecit meluat. Dia menarik tubuh Zafreel kuat supaya bersandar di bahunya.

"Bukak mulut kau." Zafreel menggelengkan kepala. Adellea mencengkam rahang Zafreel sehingga mulutnya muncung ke hadapan.

"I said open your mouth."

Akhirnya Zafreel terpaksa juga membuka mulutnya. Penutup botol itu dibukanya sebelum menyuap suaminya. Selepas itu, Zafreel melentok manja di bahu Adellea. Hehe baru best.

"Kau ni kalau aku paksa baru nak makan." Dia mengusap lembut belakang badan suaminya.

"Kau ni dalam diam caring jugak kan?" Usik Zafreel berserta senyuman manis.

"Mana ada. Dah kau tak makan ubat, aku paksa la." Merah wajah satu wajah Adellea sekarang ni. Kang ada pulak yang kena campak dalam laut sana.

"Elelele... Tu muka merah tu. Cakap jelah yang kau tu risaukan aku." Zafreel buat suara mengejek. Adellea mengalihkan pandangan ke arah lain. Alahai, time ni la dia nk merah satu muka.

"Tak. Muka aku merah ni ha sebab panas." Adellea mengipas mukanya dengan tangan. Berkerut kening Zafreel, aik.

"Panas apanya, dah maghrib ni sayang."

"Oh ya eh."

"Kau ni nak menipu pun agak-agak la, tengok kiri kanan dulu." Dia mencubit perlahan hidung mancung Adellea.

"Suka hati aa." Adellea memuncungkan bibirnya ke hadapan. Zafreel ketawa perlahan melihat isterinya. Comel!

"Ha, muncung lagi mulut tu. Aku kiss kau kat sini karang baru tahu." Semakin memerah wajah Adellea dibuatnya. Eii.. suami dia ni, betul-betul minta nak kena lempar dalam laut!

"Eii.. aku lempar kau dalam laut tu betul-betul karang. Gatal!" Dia mencubit lengan suaminya.

"Kau yang buat aku jadi gatal lepastu salahkan aku pulak."

"Betul apa, kau memang gatal mengalahkan ulat bulu."

"Aku gatal dengan kau je, cinta hati." Makin geram Adellea dengan Zafreel. Zafreel senyum sehingga menampakkan bentuk lesung pipitnya. Senyuman paling manis.

Cup.

Zafreel mencium sekali pipi kiri Adellea. Kemudian terus dia peluk erat isterinya.

"Sayaanggg cinta hati aku ni." Katanya dengan suara manja.

Tanpa mereka sedari, drama mereke ditonton oleh semua orang.

Aziem, Amir, Riana, Rina Khairy dan berserta dengan captain yang membawa kapal ini.

"Alahai, rasa macam nak pergi terjun balik je dalam laut tu." Kata Amir sendiri sambil meletakkan tangan kanannya di dadanya. Mereka semua baru sahaja naik ke atas boat ini kerana sudah magrib. Orang tua-tua cakap, tak elok mandi laut waktu maghrib.

"Dah la aku single meyingle. Sendu aku." Aziem pula berkata.

"Jomlah kita semua bergalau. Ku menangis-"

"Korang yang sibuk pergi tengok tu pahal? Diorang dah kawin biar jelah." Pantas Riana mencantas kata-kata Khairy.

"Awak jelah broken, saya dah ada isteri, cucu pun saya dah ada. Saya dengan isteri saya dulu pun sweet macam tu." Tenang captain itu berkata. Semua mengalihkan pandangan ke arahnya.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now