Harith mengerling Razia sekilas. "Nak takut apanya? Don't let your fear overcome your dreams sayang. Bukan ke haritu abang dah pesan, hidup dekat universiti ni bebas. Tapi sebebas mana pun ia, tetap ada peraturannya. Yang paling penting kena pandai bawa diri. Jangan cepat sangat terpengaruh dengan budaya orang. Dan lagi satu, carilah kawan yang baik... Kawan yang boleh membimbing kita berjaya sama-sama," pesan Harith buat kesekian kalinya. Dokumen yang telah disusun mengikut susunan, dilampirkan di dalam satu fail.

"Ni, dah siap... Bagi abang kemas kain baju sayang pula." Beralih pula Harith ke arah bagasi kelabu Razia. Razia turut bangun dan mengikuti langkah suaminya. Tak kira, dia nak tolong juga. Kalini, Harith tidak menghalang sebaliknya, dia hanya membiarkan Razia membantunya mengemas beg baju bersama-sama.

"Lepastu lagi satu abang nak pesan, ini paling penting. Jaga solat tu. Sesibuk mana pun urusan dunia kita, ada baiknya dahulukan kewajipan kita sebagai umat Islam. Abang tak ada nak pantau atau tegur sayang nanti. Jadi abang harap sayang pandai uruskan urusan dunia dan akhirat..." pesan Harith, lembut.

"Nanti baju-baju ni, sangkut elok-elok dalam almari tau. Lepas dah guna, baju kotor tu letak dalam bakul. Dah banyak nanti, barulah boleh pergi basuh. Basuh pula tak kesahlah, sayang nak pakai tangan ke bawa pergi dobi. Nanti lepas—" Belum sempat Harith menghabiskan ayatnya, Razia terlebih dahulu menekup mulutnya.

"Macam mak-mak la abang punya pesanan..." ujar Razia dalam tawa.

Harith mengalihkan tangan isterinya sebelum dia mengucup sekilas. "Mestilah sayang... Abang ni suami. Tugas suami pula mendidik isteri. Abang kena ajar dan didik isteri abang, tak kesahlah dari segi tuntutan dunia mahupun akhirat. Syeikh Mustafa al-'Adawi dalam kitab, Fiqh Ta'aamul baina Az-Zaujain juga pernah cakap bahawa, 'Seorang suami hendaklah mendidik isterinya perkara-perkara yang bermanfaat untuk urusan agama dan dunianya.'Abang taknak dipersoalkan di akhirat kelak—" Dahi isterinya dicium lembut.

Sembang punya sembang, segala baju-baju sudah siap dilipat dan disusun di dalam beg bagasi itu. Harith terus tarik zip dan beg bagasi tadi disandarkan di tepi almari. Tangan isterinya ditarik lembut.

"Dah pergi tidur... Esok nak bangun awal," arah Harith lembut.

Razia menurut. Kaki dibawa ke katil seraya badannya terus direbahkan. Walaupun jam baru menunjukkan angka sembilan malam, tadi berat sungguh kelopak mata ini. Esok pula, dia harus mendaftar seawal pukul lapan pagi. Tak jadi Razia nak lelapkan mata bila melihat suaminya yang mahu melangkah pergi. Lengan Harith terus disambar.

Harith menoleh dengan kening tebalnya yang sedikit terjungkit. "Hmm kenapa?"

"Abang nak pergi mana? Jomlah tidur sekali—"

Harith senyum tipis. Berlalu semula dia ke arah isterinya, seraya duduk dilabuhkan disisi Razia. Tangan runcing isterinya ditarik dalam genggaman.

"Sayang tidur dulu ya? Abang nak pergi gosok baju kurung dengan tudung yang sayang nak pakai esok."

"Tak apalah... Yang itu Razia boleh buat lepas solat subuh nanti. Abang dah banyak tolong Razia, mesti abang penat. Tidurlah dulu," pujuk Razia lagi. Serbasalah sungguh dia tengok Harith yang duk kehulur kehilir dari tadi.

Rambut isterinya ditolak perlahan-lahan. "Abang okey sayang. Lagipun, abang tak mengantuk lagi. Sayang tu kena tidur awal. Lepas subuh nanti, kita boleh buat benda lain, kan?" Kening Razia dikucup lembut. "Tidur sayang..."

"Thankyou abang—" Razia bangun dari baringannya seraya tubuh Harith terus didakap dengan erat. "Razia bersyukur sangat dapat seorang suami yang baik dan memahami. Razia nak abang sentiasa tahu, abang adalah pinjaman Allah yang paling berharga buat Razia. Setiap detik Razia tak pernah putus berterima kasih pada Allah sebab dah kurniakan seorang lelaki dan seorang suami yang baik untuk Razia. Terima kasih sebab jadikan dunia Razia yang kelam kembali terang. I love you abang..." bisik Razia penuh sebak.

Pelukan dari Razia dibalas dengan juraian air mata. Perlahan-lahan, Harith mengesat air matanya tanpa pengetahuan isterinya.

"Abang yang patut berterima kasih pada Allah sebab dah hadirkan abang seorang isteri yang baik, cantik, kuat, cekal dan tabah macam Razia... Percaturan Allah tu cantik kan sayang... Kalaulah dulu, abang tak terfikir nak ikut mummy ke Rumah Jagaan Bakti, mesti abang tak akan pernah kenal dengan Razia. Dan mungkin kita tak akan kenal pun antara satu sama lain. Razia tahu, sebelum abang jumpa sayang, hidup abang kosong. Razia mesti fikir clichenya apa yang abang cakap ni, tapi demi nama Allah, abang tak pernah sebahagia ni. Lepas berjumpa dengan sayang, barulah abang dapat rasa erti kebahagian yang sebenar..." Nampak kolam mata Harith mula bertakung dengan air mata.

Ibu jari Razia terus mengesat air mata suaminya.

"Setiap hari abang berdoa dengan Allah, supaya pertemukan Razia dengan abang semula. Setiap minggu, abang akan datang ke Rumah Jagaan Bakti untuk cari Razia, tapi Razia tetap tak ada disana—"

Razia tergamam.

"Abang cari Razia? Razia ingat lepas kejadian tu abang terus lupakan Razia. Razia—"

"Tak sayang, abang tak pernah lupa. Abang tak pernah lupa dengan janji abang. Merata abang cari Razia. Baba dengan umi sendiri pun tak tahu kemana Razia pergi. Sampai satu tahap, abang rasa abang dah gagal. Tapi siapa sangka, doa abang akhirnya termakbul bila Faris dapat jumpa Razia. Abang tak pernah takut kehilangan sesuatu dalam hidup abang. Tapi lepas ada Razia, setiap hari abang akan fikir, macam mana kalau suatu hari nanti Razia tinggalkan abang. Macam mana kalau—"

Razia terus melekapkan jari telunjuknya di atas bibir suaminya. "That will never happen. Razia tak akan sesekali tinggalkan abang. Abang nyawa Razia, syurga Razia..." Tubuh Harith kembali didakap dengan juraian air mata.

Harith meleraikan pelukan, seraya tangan isterinya digenggam erat. "Mungkin Razia akan pegang tangan abang hanya untuk sementara waktu, tapi percayalah, Razia akan pegang hati abang buat selamanya." Telapak tangan Razia dilekapkan di atas dada kirinya.

Razia senyum manis.

"Dah pergi tidur... Nanti lewat bangun." Tubuh
isterinya ditolak perlahan. Kemudian, gebar putih itu ditarik dan diselimutkan Razia sehingga ke paras dada.

"I love you abang..."

"I love you too. For sure, lebih banyak daripada Razia cintakan abang." Sekali lagi, Harith mencium kening isterinya. "Selamat malam sayang..."


tbc

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now