~CHAPTER 37 || ZAYREEL~

Start from the beginning
                                    

"Ada apa panggil kami turun ni?" Tanya Zafreel. Baru dia ingat malam ni nak bermanja dengan bini, tiba-tiba mummy panggil turun.

"Mummy ada benda nak cakap dengan korang berdua. Benda ni pun mummy dah bincang dengan omma kamu." Zafreel dan Adellea hanya diam menanti apa yang akan disambung oleh Datin Zaliha.

"Hujung minggu depan, korang berdua akan pergi honeymoon dekat Dubai. Mummy dah booking hotel dekat sana. 5 hari, 4 malam."

Hampir jatuh rahang Adellea selepas mendengar itu. Secepat itu nak pergi bulan madu, dia ni baru habis majlis resepi je tau harini. Zafreel pula hanya menayangkan wajah biasanya.

"Ya Allah awak ni. Tak menyabar betul, diorang berdua tu baru je habis majlis resepi harini. Penat pun tak habis lagi." Kata Dato' Aidiel. Haih bini dia ni pun, kejap lagi orang tegur, mula la bebel dia tu.

"Betul juga apa yang dikatakan oleh Azim tu." Setuju Ameer. Tajam mata Ameena memandang suaminya di sebelahnya.

"Tum chup raho, beech mein mat bolo."(awak diam, jangan nak menyampuk) Ameena menampar paha suaminya sekali.

"Fine." Ameer muncungkan mulutnya gaya merajuk. Ameena menjeling sekilas kepada suaminya. Tua-tua pun nak merajuk, buruk sangat muka buat macam tu.

"Secepat itu?" Soal Zafreel.

"Iyalah, you lupa ke janji you dengan mummy?" Zafreel menggigit isi dalam mulutnya. Alahai, ingat pulak mummy dia ni.

"Janji apa tu mummy?" Hairan Adellea. Janji apa yang dua beranak ni buat? Dia tak tahu pun.

"Sebelum korang berdua berkahwin, Zaf ni janji dengan mummy nak bagi cucu dekat mummy. Sebab tu mummy cepatkan honeymoon korang."

Zafreel disebelah sudah menelan air liurnya. Kenapa mummy pergi cakap dekat isteri dia ni, tak pasal dia kena halau tidur luar malam ni.

"Ohhhhhhh.... Bagi cucu... I see.." Adellea senyum sinis kemudian menoleh memandang ke arah suaminya. Zafreel sudah mengalihkan pandangan ke arah lain. Buat-buat tak nampak.

"Dah habiskan mummy cakap kan? Zaf masuk tidur dulu, mengantuk." Dia pura-pura menguap kemudian dia bangun terus menarik tangan isterinya sekali untuk pergi dari situ.

"Tengoklah anak awak tu, saya tak habis cakap lagi dia dah pergi." Terus Dato' Aidiel bangun dari duduknya pergi dari situ. Sempat dia meminta diri dulu daripada Ameer dan Ameema.

Like father like son.

Datin Zaliha menahan rasa amarahnya. Nasib ada orang dekat sini, kalau tak tahu la apa dia nak buat.

Kalau Datin Zaliha dah mengamuk, jangan buat main!

Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, Adellea mengepung tubuh Zafreel dengan kedua belah tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, Adellea mengepung tubuh Zafreel dengan kedua belah tangannya. Tangannya hanya sampai ditepi kepala Zafreel sahaja.Walaupun tingginya mencecah 167 cm, dia tetap tak boleh melawan ketinggian suaminya yang mencecah 188 cm itu.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now