~CHAPTER 26 || ZAYREEL~

Start from the beginning
                                    

Adellea yang baru perasan kereta ini telah lama berhenti ditengah jalan, dia menoleh ke arah Zafreel. Dia hanya mendiamkan diri.

"Finee!!" Pasrah Adellea. Dia mengambil iPhone nya didalam bag tangan kemudian dia menunjukkan lokasi kepada Aiden. Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan itu. Zafreel senyum kemenangan, namun cepat-cepat wajahnya kembali beku.

Setelah 35 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di 'The Khan Mansion' sebuah rumah agam milik keluarga Adellea

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Setelah 35 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di 'The Khan Mansion' sebuah rumah agam milik keluarga Adellea.

(Bayangkan jelah ye dekat rumah tu penuh dgn salji lah ye)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Bayangkan jelah ye dekat rumah tu penuh dgn salji lah ye)

Sebaik sahaja Adellea dan Zafreel turun dari kereta, Aiden terus memecut laju meninggalkan kawasan itu.

"Walau we, tak guna punya manusia. Ada ke patut tinggal aku macam tu je." Kata Zafreel. Nasib dia sempat ambil bagasi.

"Sudah la kau. Jom masuk." Adellea menghiraukan Zafreel yang sedang bercakap sendiri itu. Sudahlah sejuk kat luar ni. Adellea berjalan sambil menarik bagasinya dan Zafreel hanya mengikuti dari belakang.

Zafreel yang melihat Adellea kesusahan membawa bagasi sambil menaiki tangga itu terus dia dekati.

"Meh sini aku bawak, nak angkat bagasi pun tak larat." Perli Zafreel. Adellea hanya menjeling kepadanya.

"Nah. Bawak la kalau larat sangat." Sengaja Adellea menekan perkataan 'larat' itu. Bagasinya dihulurkan kepada Zafreel. Dia hanya menyambut.

Saat dia mahu kembali menaiki tangga, dia merasa bagasi Adellea sedikit berat. Tidaklah terlalu berat tapi, baju je kan.

"Eh, cinta hati. Asal berat semacam beg kau ni hah? Kau bawak lori batu ke baju?" Adellea menoleh ke belakang. Dia melihat Zafreel sedikit kesusahan untuk membawa bagasinya. Adellea tergelak kecil.

"Eh, tadi bukan ke larat sangat sampai nak tolong bawakan? Jadi bawak jelah, jangan nak banyak complain."

Sampai sahaja depan pintu utama mansion, Adellea mengetuk pintu dahulu.

"Sejuknya dekat sini. Kau tak sejuk ke, cinta hati?" Adellea pandang Zafreel atas bawah. Pakej sekali dengan jelingan tajam Adellea. Ada ke patut dia tanya macam tu, kan dah kena jeling. Ahak!

"Eh, tak lah. Aku panas. Huh, panasnya dekat sini." Perli Adellea sambil mengipas mukanya menggunakan tangan. Kini Zafreel pula yang menjuling matanya ke atas.
Selepas itu, tiba-tiba pintu besar itu kedengaran dikuak dari dalam.

"Mera pyaara pota aa gaya hai!" (Cucu kesayangan saya sudah sampai) Seraya itu, Ameena terus memeluk tubuh Adellea.

"Use apanee maan kee yaad aatee hai." (Rindunya dekat omma) Adellea melepaskan pelukan. Wajah neneknya ditenung sebentar. Hari terakhir dia datang ke sini 2 tahun lepas. Itu pun waktu hari raya. Tahun lepas, dia sibuk mengurus kafenya. Mujur dia masih lagi fasih berbahasa Hindi.

"Maan ko apane pyaare pote kee yaad aatee hai."(Omma pun rindukan cucu kesayangan omma ni) pipi kanan Adellea dikucup sekali.

Adellea merupakan cucu sulung di keluarga Khan, dan dia sorang sahaja yang berlainan warna iris mata. Manakala, sepupu-sepupunya yang lain hanya memiliki warna iris mata seperti coklat muda dan hitam pekat. Dia seorang saja berwarna hijau.

Ameena memandang lelaki yang berdiri disebelah Adellea. Baru dia perasan akan kehadiran lelaki itu.

"Yah kaun hai?" (Siapa dia ini?) Tanya Ameena kepada Adellea. Dia menoleh memandang Zafreel sebelum dia kembali memandang wajah neneknya.

"Oh, dia ni tunang Zayra. Hehe." Adellea mengaru kepalanya yang tidak gatal. Jelas terkejut wajah neneknya. Boleh tak dia nak balik Malaysia sekarang?

"Tunang?! Kau bertunang tak bagitahu omma? Bertuah punya cucu!" Telinga kanan ditarik oleh
Ameena. Zafreel cuba menahan riak wajahnya daripada terkejut. 'Nenek dia boleh cakap melayu? Bukan main lancar lagi.' Gumam Zafreel didalam hati. Namun dia hanya mengekalkan wajah bekunya.

Adellea mengerang kesakitan apabila neneknya secara tiba-tiba menarik telinganya. Telinga kanannya diusap perlahan.

"Aduh, sakit la omma. Sampai hati." Adellea mencebik.

Ameena memandang ke arah Zafreel. Beku sahaja wajahnya.

"Siapa nama kamu?" Lembut Ameena menyoalnya. Adellea memandang neneknya dan Zafreel bersilih ganti. Wah, dengan dia bukan main kasar, dengan Zafreel lembut je.

"Zafreel. Adeel Zafreel." Zafreel senyum sebaris sebelum wajahnya kembali beku.

"Sedap nama. Marilah la masuk, makanan dah siap. Boleh lah kita berborak sekali." Dia hanya mengangguk sekali sebelum mereka bertiga memasuki rumah agam tersebut.

Sampai sahaja di meja makan, dia disambut oleh keluarga besar Adellea. Bukan main meriah lagi.

 Bukan main meriah lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~

TBC

Vote for next chapter.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now