Bab 45

288 2 0
                                    

Sampai sahaja di rumah Addam itu mereka keluar daripada kereta sebelum Mikayla membantu Addam untuk berjalan . Masoh belum jalan sebetulnya cuma boleh jalan lagilah

Siapa yang hantar mereka pulang ? Driver , Encik Amri yang suruh pemandu peribadunya hantar Addam dan Mikayla ke rumah

" Hati-hati awak tu " pesan Mikayla sebelum dia membuka pintu dan mereka masuk ke dalam rumah

" Baik sayangg " meleret Addam membalas sebelum mendapat jelingan kecil dari Mikayla

" Duduk diam sini . Saya masakkan makanan sekejap " kata Mikayla . Dia mahu jalan masuk ke dalam biliknya namun Addam menghalang

" Ala duduklah dulu . Aku tak lapar lagi " kata Addam pula

" Awak tak lapar . Saya lapar " balas Mikayla dia terus berjalan meninggalkan Addam dan masuk ke dalam bilik untuk tukar pakaiannya

Addam membiarkan sahaja sebelum dia melihat Mikayla yang sudah berlalu ke bilik itu , laju phone dalam poket seluarnya dikeluarkan sebelum dia menghubungi seseorang 

" Hello ? Awak dah boleh hantar barang tu sekarang ya . Baik terima kasih " Addam terus menamatkan panggilan sebelum disimpannya semula phone itu ke dalam poket seluarnya 

" Mikaylaaa " 

Mikayla yang baru keluar dari bilik itu terus menghampiri Addam sebelum berdiri disebelah suaminya itu 

" Kenapa ? " tanya Mikayla 

" Urut kepala aku boleh ? Aku pening " pinta Addam dengan tangannya yang mengurut perlahan kepalanya sendiri 

" Cepatlah " Mikayla duduk disebelah Addam 

Laju Addam berbaring di atas bantal kecil yang berada di riba Mikayla itu sebelum memejamkan matanya . Terasa tangan Mikayla mengurut lembut kepalanya dan itu membuatkan rasa peningnya kurang 

" Kau tak ingat hari ni hari apa Mikayla ? " tanya Addam 

" Hari apa ? Hari rabu lah . " balas Mikayla . Memang betul-betul tidak ingat ni 

Addam tersenyum nipis . Alahai isteri memang tak ingat betul . Pintu rumah yang tiba-tiba diketuk itu menarik perhatian mereka berdua 

" Saya buka pintu sekejap " Mikayla menolak lembut kepal Addam yang berbaring diribanya itu sebelum tudung sarung dicapai dan dipakai 

Pintu itu terus dibuka sebelum matanya meluas melihat barangan yang ada di tangan lelaki dihadapannya itu 

" Ini rumah Encik Addam ? " tanya lelaki itu 

Mikayla mengangguk dalam keadaan bingung . 

" Ini ada barang untuk isteri dia " lelaki itu menghulurkan strabberi itu kepada Mikayla 

Mikayla dalam keadaan masih tercengangnya tetap juga menyambut huluran itu . Matanya tidak lepas memandang bouquet strawberi itu sebelum dia memandang semula ke arah lelaki itu 

" Ada satu lagi puan " lelaki itu mengambil satu lagi barang iaitu kotak bersize sederhana itu sebelum diberi kepada Mikayla 

Mikayla memeluk bouquet strawberi itu dengan sebelah tangan sebelum kotak itu dipegang dengan sebelah tangan lagi 

" Te-terima kasih ya " Mikayla terus masuk sebelum dia menutup pintu 

Mikayla melihat Addam sudah tiada di sofa . Haa hilang mana pula . Orang nak tanya pasal barang-barang ni 

Mikayla meletakkan bouqet strawberi itu di atas meja bersama kotak putih berribbon itu . Ribbon itu dileraikan sebeleum dia membuka bahagian atas kotak itu . Kek ? 

Broken HeartedWhere stories live. Discover now