Bab 15

225 5 3
                                    

Pagi hari dan hari yang baharu untuk pasangan suami isteri itu Addam dan Mikayla . Masing-masing daripada solat subuh tadi tidak berkata apa-apa , Mikayla yang masih ada sisa terasa dihatinya dan Addam yang langsung tidak mahu bertanya apa-apa . Dia sendiri pun tidak tahu yang Mikayla ni terasa .

Memangdangkan Addam cuti selama 3 hari untuk perkahwinannya jadi dia memang berada di rumah sahajalah . Addam diam duduk di bilik kerjanya sambil mata melekat di komputernya dan membuat kerja sikit-sikit . Walaupun tak masuk office , kerja masih ada ! 

" Mana pula Mikayla ni ? Tak bangun lagi ke " katanya kepada diri sendiri . Dari tadi Mikayla tidak kelihatan , isterinya tak cari dia ke ? 

Addam berdiri sebelum kakinya berjalan keluar daripada bilik kerjanya itu sebelum dia pergi ke dapur pula , terlihat Mikayla yang sedang memasak sendiri itu . Addam tersenyum nipis sebelum dia duduk di kerusi meja makan itu menunggu isterinya habis memasak . 

" Saya masak nasi goreng je . Kalau rasa tak kenyang pandai-pandailah cari makanan lain " kata Mikayla . Dia tahu Addam tengah duduk di meja makan sambil menunggu dia itu 

" Tak apa . Aku bukannya jenis yang kuat makan pagi . Kalau kau buat sandwich pun aku ok je " balas Addam 

Mikayla meletakkan mangkuk yang berisi nasi goreng yang baru dimasak itu di atas meja sebelum dia menyenduk sedikit nasi goreng itu dan letak di pinggan sebelum diberi kepada Addam . Baru sahaja dia mahu bergerak ke dapur semula namun Addam menghalang . 

" Nak pergi mana ? " tanya Addam apabila melihat Mikayla meletakkan pinggan untuk dirinya sahaja 

" Basuh kuali . Kemas dapur " balas Mikayla 

" Makan lah dulu . Nanti aku tolonglah kemas .. " Mikayla memandang Addam sekilas . 

" Tak apalah , awak makan dulu . Nanti saya makan " Mikayla tetap berkeras sebelum dia berjalan mahu pergi ke dapur semula namun Addam memegang lengannya 

" Eh Addam ! Apa awak ni " Addam menarik kerusi disebelahnya sebelum dengan sedikit paksa dia dudukkan Mikayla disitu . Mikayla hanya menurut walaupun dia bingung . 

Addam bergerak ke dapur sebelum mencapai pinggan dan sudu sebelum ke meja makan semula . Nasi goreng itu disenduk sedikit ke dalam pinggan Mikayla sebelum diletak di hadapan isterinya itu 

" Makan . Jangan banyak bunyi " kata Addam selamba sebelum dududk di kerusi sebelah Mikayla 

Mikayla pada mulanya terkebil-kebil terus mengeluh kecil sebelum dia menjamah juga nasi goreng itu , dia pun tengah lapar sebenarnya . Addam mengerling sekilas Mikayla disebelahnya sebelum berkata sesuatu .

" Kenapa kau diam ? " tanya Addam 

" Tak ada benda nak cakap " balas Mikayla sebelum sumbat lagi sesudu nasi goreng itu ke dalam mulutnya 

" Kau marah ? "

" Tak ada sebab pun nak marah " Mikayla membalas perlahan kerana dia sedang mengunyah . Sibuklah nak tanya soalan waktu orang tengah makan ni ! 

" Kau lain . Mikayla kita baru semalam kot nikah . Takkan semalam kahwin hari ni gaduh ? " Mikayla mengerut dahi sedikit mendengar kata Addam itu 

" Apa yang gaduhnya ? Kita bertumbuk ke sekarang ? " terselit nada menyindir sedikit dalam ayat Mikayla sebelum menjeling kecil Addam disebelahnya 

" Aku tak main-main ni " Addam yang sudah habis makan memandang Mikayla yang masih menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut itu 

" Ada nampak saya tengah main ke ? Ada saya main masak-masak sekarang ni ? " kena lagi . Addam memandang tajam Mikayla yang dari tadi menjawab .

" Ada je nak menjawab " Mikayla diam sahaja membuat wajah selamba 

Adam menghirup sedikit teh panas di dalam cawan itu membasahkan tekaknya sebelum dia memandang semula Mikayla disebelahnya . 

" Barang dapur tak banyak tu . Nak keluar beli harini tak ? " tanya Addam 

Mikayla mengangguk 

" Banyak ke barang nak beli ? " tanya Addam lagi 

Mikayla mengjongket bahu sahaja sebelum dia menghabiskan sisa nasi goreng yang tinggal sedikit itu sebelum teh nya juga dihirup 

" Tak ada suara dah ? " geram pula Addam dibuatnya . Kita tanya dia duk angguk-abgguk je 

"Menjawab karang marah pula " Mikayla berdiri sebelum pinggannya dibawa ke dapur . Pinggan Addam juga dibawa sekali 

Addam mengetap bibirnya geram . Ada je nak menjawab ! 

.

Addam dan Mikayla masing-masing sedang sibuk mencari bahan masak . Addam bukan tolong sangat pun , hanya mengikut Mikayla sahaja . Mikayla ke kiri dia ke kiri .

" Apa benda yang kau asyik pegang-pegang bawang tu ? Ambik jelah " Addam menegur Mikayla yang masih sedang melohat bawang merah ditangannya itu

" Ada yang dah rosak . Sebab tu kena tengok-tengok dulu " balas Mikayla dan masih mengambil bawang merah yang lain dan dilihatnya lagi

" Aku tengok semua sama je " Addam membalas lagi

" Nampak sangat tak biasa beli barang dapur " Addam yang mendengar itu menjeling Mikayla sekilas

Betullah tu .

" Aku nak pergi belah sana . Kau sambunglah belek-belek bawang tu " terus Addam beredar ke bahagian masak yang lain

Mikayla hanya membiarkan sahaja sebelum dia berjalan ke arah lain pula . Addam yang sedang mengambil satu paket coklat itu terkejut apabila seseorang menegurnya dari belakang

" Addam ? " Addam menoleh kebelakang memandang gerangan yang menegur dirinya itu

" Eh auntie " tangan Puan Mina disalamnya

" Kamu sorang ke sini ? " tanya Puan Mina lagi . Dia pun sedang membeli barang dapur disitu

Addam kelihatan teragak-agak untuk menjawab , baru sahaja mahu menjawab kelihatan Mikayla yang sudah berjalan ke arahnya . Masak !

" Oh Addam dengan sepupu Addam " mata Addam mengerling ke arah Mikayla begitu juga Puan Mina

Mikayla memandang kedua-dua manusia itu silih berganti . Senyuman diberi kepada Puan Mina .

" Oh sepupu .. belah papa ke ? " Puan Mina memandang Mikayla . Cantik gadis ini .

" Haah . Teman sekejap je . Nanti petang karang dia balik lah Kedah semula " balas Addam pagi . Mikayla hanya mengangguk kepala sahaja . Memang pelik sekarang . Sejak bila dia duduk Kedah ni ?

" Ohh macam tu .. eh ni Hanee ada beri sesuatu dekat Addam haritu . Auntie lupa nak bagi " Puan Mina mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya sebelum diberi kepada Addam

Addam menyambut kotak segi empat itu sebelum dia tersenyum sendiri . Mikayla yang melihat hanya mampu diamkan diri sahaja . Nak cakap lebih-lebih pun .. malaslah

" Nanti Addam cakap terima kasih dekat dia . Pandai pulak bagi Addam hadiah macam ni " Addam masih lagi senyum-senyum sendiri sambil melohat kotak di tangannya itu

" Biasalah . Dah kalau sayang tu , bagi hadiah ni benda kecik je " tambah Puan Mina pula diselangi dengan tawa halus dihujung ayatnya

Addam juga tertawa kecil . Tak sedarkan yang isterinya berada disebelahnya sekarang ?

" Auntie pergi dulu ya ? Ada barang nak cari sikit " Addam mengangguk sahaja sebelum tangan Puan Mina disalam lagi

" Jumpa lagi ya " Puan Mina mendekati Mikayla pula sebelum bahu gadis itu disentuh lembut

Mikayla hanya tersenyum nipis dan mengangguk sahaja . Puan Mina pun beredar ke tempat bahagian lain meninggalkan mereka berdua

" Kau dah siap pilih barang belum ? " nah kembali sudah suara dinginnya semula

Mikayla mengangguk sahaja . Addam memegang erat kotak itu sebelum dia meletakkan paket coklat ditangannya tadi ke dalam bakul itu .

" Jom bayar "

Mikayla mengikut sahaja . Entah kenapa dia memang kurang senang dengan situasi ini ..

Broken HeartedWhere stories live. Discover now