Bab 4

195 6 0
                                    

Mikayla tekun memotong bawang merah sementara Puan Hana sedang memotong ayam ke bahagian yang lebih kecil , ini semua mahu makan bersama Puan Ayya dan Addam . Kan lelaki tu yang minta tadi , dia tidak mahulah membiarkan ibunya memasak seorang diri .

" Mikayla "

Mikayla menoleh kebelakang apabila suara Puan Hana menegur dirinya .

" kenapa aunty ? "

" Addam nak pergi kedai , dia tak tahu dekat mana . Boleh Mikayla tunjukkan jalan untuk dia ? " soal Puan Hana serta meminta .

" Oh .. um , Aunty ikut sekali kan ? "

" Aunty duduk rumah , nak tolong ibu kamu . Alah jangan risau Addam tu nampak je muka tak ada perasaan tapi dia baik je . " kata Puan Hana lagi seperti dapat membaca apa yang bermain di fikiran Mikayla

Muka macam nak telan orang , apa yang baiknya .

Dalam keadaan separuh terpaksa Mikayla mengangguk sahaja , tangannya dibasuh dahulu sebelum dia naik ke atas . Addam sedang menunggu dia di sofa ruang tamu itu dan apabila lelaki itu mengangkat wajahnya

Berlaga anak mata mereka berdua , Mikayla pantas mengalihkan pandangan sebelum dia menggaru kepalanya yang terasa gatal tiba-tiba . Memang pandangan mata lelaki ini tajam ke ?

" Cepatlah " suara garau itu menegur

Addam berdiri dahulu sebelum dia berjalan turun tangga dan keluar daripada rumah itu dan Mikayla laju mengikuti lelaki itu . Sampai sahaja di kereta lelaki itu Mikayla membuka pintu kereta dibahagian belakang dan ..

" Kau ingat aku driver kau ke ? Duduk depanlah " marah Addam lagi

Mikayla menutup dengan perlahan pintu kereta belakang itu sebelum dia membuka pintu belah penumpang itu sebelum dia masuk ke dalam kereta dan duduk di seat kereta itu . Addam terus menghidupkan engin keretanya sebelum dia mengundurkan keretanya dan mula memandu

Sesekali sahaja suara Mikayla keluar menunjuk arah untuk ke kedai Pak Saleh tadi . Addam hanya diam tidak berkata apa-apa malah hanya mengikut arah yang ditunjuk oleh Mikayla . Sesekali Mikayla curi-curi memandang lelaki disebelahnya , tapi memang tidak sampai sesaat pun dia pandang sebab muka lelaki ini ketat gila !

" Kau jangan keluar dari kereta ni . Kalau kau keluar juga memang aku tinggalkan kau dekat sini" kata Addam bernada dinginnya . Mikayla mengangguk sahaja

Mikayla diam sahaja menunggu Addam yang masih mmbeli barang itu . Sesekali Mikayla teringat semula sewaktu dia dan Addam waktu kecik dahulu , kerana memang sesekali ibu akan membawa dia sekali pergi ke rumah Puan Ayya . Dan tidak pernah sekali pun Addam mahu berkawan dengan dia ..

" Awak , main apa tu ? " budak perempuan berumur 7 tahun itu mendekati budak lelaki yang sedang bermain dengan telefon itu

Budak lelaki itu diam tidak membalas malah perhatiannya masih melekat di skrin telefonnya itu. Tiada masa mahu melayang budak perempuan sebelahnya ini .

" Awak , saya tanya ni " budak perempuan itu bertanya lagi

Dia sebenarnya mahu sahaja berkawan dengan Addam malah banyak kali mahu menegur budak lelaki ini tapi sekali pun Addam tidak mahu bercakap dengan dia .

" Aw- "

" Aih kalah ! " Addam merengus perlahan sebelum dia memandang Mikayla disebelahnya

" Nak apa ? Sibuk " Addam terus turun daripada sofa sebelum berjalan masuk ke dalam biliknya.

Mikayla mencebik perlahan ..

Mikayla senyum kecil sebelum menggeleng perlahan kepalanya , dari dulu Addam memang sombong dengan dia . Namun bila dengan ibu , Addam lah yang selalu minta itu ini . Mengalahkan dia yang anak kandung ibu ni

Pintu kereta belah pemandu yang dibuka itu membuatkan Mikayla menoleh sekilas ke arah Addam yang baru masuk ke dalam kereta sebelum dia menyelesakan diri semula di seat pemandunya . Kereta mula dipandu untuk pulang semula ke rumah Puan Hana .

" Kau macam mana sekarang ? " suara Addam kedengaran bertanya kepada Mikayla

" Um .. sihat je " balas Mikayla perlahan

" Kerja dekat mana ? " tanya Addam lagi

" Saya berniaga sendiri .. " balas Mikayla

" Berniaga apa ? "

" Nasi lemak "

Banyak pula mulut Addam ni mahu bertanya kepadanya . Rasa janggal pula tiba-tiba ..

" Oh pandai masak . Bolehlah masakkan untuk aku kan ? " Mikayla mengerut dahi , dah kenapa dia ni ?

" Awak kan balik hari ni .. bila nak makan nasi lemaknya "

" Tak kisahlah , bukan nasi lemak pun boleh . " kata Addam lagi

" hm tengoklah dulu .. " Mikayla dan Addam kembali mendiamkan diri , tiada lagi soalan yang keluar dari mulut Addam .

" Kau dah berpunya ke ? "

" Asal awak tiba-tiba banyak mulut eh ? "

Serentak mereka berdua bertanya . Mikayla mengemam bibirnya sendiri , dah kenapa dia boleh terfikir nak tanya macamtu . Ingatkan Addam mahu memarahi dia , malah lelaki itu ketawa kecil sahaja .

" Aku tanya pun salah .. tanya je . Biasalah kita dulu kan mana pernah bersembang- "

" Sebab awak tu sombong " laju Mikayla memintas percakapan Addam

Mereka berdua tergelak kecil , Addam menggeleng perlahan kepalanya sebelum dia membelokkan keretanya ke kanan .

" Aku dari kecik sombong " balas Addam

" Memang , tiba-tiba dah besar ni nak bercakap dengan saya . "

" Jangan perasan yang aku nak sangat bercakap dengan kau eh , dah kau je dengan aku dalam kereta ni . " kata Addam lagi . Mikayla hanya menggeleng kepala kecil , tahu yang Addam bergurau .

" Dah tu diam sahaja lah , saya pun bukan nak bercakap sangat dengan awak . Dah awak tanya , saya jawab " Mikayla pun membalas juga

" Oh pandai dah menjawab . Dulu kalau aku cakap macam-macam kau diam je " tambah Addam lagi

" Itu dulu , bukan sekarang "

" Diamlah , budak comot "

Mikayla terus tergelak kecil mendengar panggilan itu , waktu mereka kecik Addam selalu memanggil dirinya begitu . Tidaklah dia marah kerana memang dia comot pun dulu .

" Suka hati je , saya tak comot dah " Mikayla membalas lagi dalam nada berguraunya

" Kau tetap budak comot yang aku pernah jumpa waktu aku kecil dulu "

Mikayla hanya senyum sahaja , ingat lagi ..

Broken HeartedWhere stories live. Discover now