Bab 41

268 7 0
                                    

Mikayla menoleh memandang Addam yang sedang memandangnya dari dalam itu sebelum dia mengeluh perlahan . Hanee meminta diri sebelum memberi ruang kepada mereka berdua .

" Sini Mikayla " panggil Addam lagi

Mikayla perlahan-lahan menutup pintu wad itu sebelum dia berjalan mendekati suaminya itu . Kepala Addam yang berbalut itu dilihatnya sebelum matanya jatuh pula pada tangan kanan Addam yang turut berbalut itu

" Duduk sini .. " Addam berganjak ke kanan sedikit sebelum memberi ruang untuk Mikayla duduk disebelahnya

Mikayla memandang lama sebelum dia mengambil keputusan untuk mencapai kerusi di sebelah katil Addam itu . Baru sahaja dia mahu duduk disitu

" Duduk sini sayang . Tak faham ke ? "

Sa what ?

Mikayla memandang bingung Addam yang tiba-tiba memanggilnya dengan panggilan begitu . Agaknya waktu accident tu dia terhilang ingatan sekali ke

" Nak kena ulang ke macam mana ? Kenapa tercegat lagi .. duduk sini " Addam menepuk ruangan kosong disebelahnya itu menyuruh Mikayla duduk disitu

Mikayla tiada pilihan selain duduk juga di atas katil itu bersebelahan dengan Addam . Elok-elok mood dia ada tadi bila ternampak je gadis sorang tu terus hilang mood dia !

" Taknak tanya ke suami kau ni okay ke tidak hm ? " Addam merapatkan lagi jaraknya dengan Mikayla setelah Mikayla duduk disebelahnya tadi

Mikayla diam sahaja sebelum dia menoleh memandang Addam disebelahnya . Addam turut memandang wajah Mikayla sebelum dia senyum nipis kepada isterinya .

Mikayla tanpa banyak kata terus tangannya melilit leher Addam perlahan sebelum ditarik rapat ke arahnya . Addam senyum lagi apabila Mikayla memeluknya begitu

Tahulah yang isteri dia ni sebenarnya risaukan dia .. saja je nak acah-acah tadi .

Tangan kiri Addam yang tidak berbalut itu memeluk pinggang Mikayla dengan erat sebelum kepalanya berlabuh di bahu Mikayla .

" Alaa kenapa kau nangis pula ni ? " tegur Addam apabila dia terdengar tangisan halus daripada Mikayla yang masih memeluk lehernya itu

" Dah , dah .. jangan nangis " tangan kirinya mengusap lembut belakang Mikayla tenangkan isterinya itu

Mikayla tidak tahu kenapa dia berasa sebak dan mahu menangis tiba-tiba .. mungkin perasaan rindu dan risau serta sedikit curiga pasal Hanee tadi bercampur sekali

Addam mula risau apabila terdengar tangisan Mikayla semakin menjadi-jadi itu . Tangannya di pinggang Mikayla itu naik pula ke kepala isterinya sebelum diusap lembut

" Shh shh dah,dah . Kenapa ni ? Bagitahu aku .." Addam cuba menolak tubuh Mikayla menjauh namun Mikayla tidak mahu bergerak

" Oohh kau fikir apa ? Hanee datang melawat je sebab ayah kau pun tahu juga .. dia kan bapa mertua aku . Dah jangan fikir lebih-lebih ya " terang Addam , walaupun dia tidak tahu itu ke puncanya namun dia terang sahajalah

Mikayla yang mendengar itu diam sahaja sebelum tangisannya perlahan-lahan terhenti dia menjarakkan tubuhnya daripada Addam

Addam melohat wajah Mikayla yang menunduk itu sebelum dia tidak dapat tahan senyumannya . Comel !

" Comot dah muka " Addam mengesat air mata Mikayla itu sebelum dia kembali tenung wajah Mikayla itu

Mikayla mengesat air matanya sebelum dia menunduk sahaja . Macam mana dia mahu mulakan bercakap ni ? Dia terasa sangat janggal .

" Memang taknak bercakap dengan aku ke ? Kau marahkan aku lagi ? " tanya Addam dengan nada lembutnya

Mikayla menggeleng perlahan . Memang dia tiada lagi rasa marah kepada Addam cuma dia tidak tahu macam mana mahu mulakan bercakap

" Okay aku tunggu kau cakap " tangan kiri Addam menongkat dagunya sendiri sambil memandang Mikayla

Dah seperti satu minit begitu Mikayla masih menunduk sebelum dia mengangkat wajahnya memandang Addam yang masih memandang ke arahnya itu

" Sa-saya rindu awak .. " katanya perlahan dengan nada seraknya

Addam tersenyum sebelum tergelak kecil .

" Lagi ? " tanya Addam sengaja

" Saya minta maaf .. "

" Apologies accepted sayang . Come " sebelah tangannya didepankan kembali kepada Mikayla

Mikayla laju masuk semula ke dalam pelukan suaminya sebelum kepalanya berlabuh di bahu Addam . Addam memeluk erat tubuh isterinya dengan senyuman di bibirnya

" Saya minta maaf Addam .. sa-saya minta maaf " ulang Mikayla lagi

" Tak apa , aku tak marah kau pun " Addam menepuk perlahan belakang badan Mikayla

Lama mereka dalam keadaan begitu sebelum Addam bersuara semula .

" Hmm aku lapar lah .. aku tak makan lagi " adu Addam

Mikayla meleraikan pelukannya sebelum dia berdehem perlahan . Mikayla mahu turun dari katil itu namun tangan Addam menahan pinggangnya pula

" Nak pergi mana ? " tanya Addam

" Nak belikan awak makanan lah , awak tak makan lagi " balas Mikayla

" Alaaa nanti lah dulu " Addam menarik Mikayla bersama sebelum kedua-dua mereka berbaring semula di katil itu

" Eh awak tak makan lagi , bagilah saya bei makan dulu " Mikayla mahu bangun semula namun Addam pantas melilit tangannya di pinggang Mikayla sebelum ditarik rapat semula ke arahnya

" Sabarlah dulu sayang .. " Addam menutupkan matanya , tiba-tiba rasa mengantuk semula

Mikayla diam sahaja melihat Addam yang bebaring disebelahnya dengan tangan masih memeluk pinggangnya itu .

" Awak kenapa tiba-tiba panggil saya sayang ? " soal Mikayla dari tadi dia mahu tanya sebenarnya

Bukannya tak suka cuma pelik .. tiba-tiba sahaja . Tapi dia suka sahaja kalau Addam romantik begitu haha !

" Saja . Habis kau nak aku panggil Hanee tu sayang ? " tanya Addam saja mengusik

" Pergilah , takkan saya nak halang pula . " balas Mikayla pula seakan-akan tidak kisah

" Hei .. kau tak percaya aku lagi " Addam memandang sisi wajah Mikayla yang tidak menoleh memandang dirinya itu

" Mana ada " Mikayla masih tidak memandang Addam disebelahnya

Mikayla rasa yang lengan kiri Addam yang menjadi alas kepalanya ini seperti bergerak . Tangan Addam bergerak menepuk perlahan kepala isterinya

" Susah betul kau ni ya ? Tak apalah . Nanti aku pujuk lagi " Addam menjatuhkan tangannya semula sebelum dia kembali menutup matanya

Mikayla diam sahaja tidak berkata apa . Dalam beberapa minit terdengar dengkuran halus dari suaminya itu . Mikayla bangun perlahan-lahan sebelum dia keluar daripada wad itu

Bukan nak lari , dia mahu belikan Addam makanan sahaja . Addam tak makan lagi .

Broken HeartedWhere stories live. Discover now