Bab 38

265 8 0
                                    

" Aku dah boleh keluar tahu lusa nanti " kata Nura gembira 

Mikayla yang duduk disebelahnya itu hanya mendiamkan diri , Nura melihat sedikit wajah kawannya itu . Dah kenapa dia termenung je ni ? 

" Mikayla " Nura menyentuh sedikit bahu kawannya itu 

" Eh , haa kenapa ? " ternyata Mikayla tadi dalam dunianya sendiri 

" Lahh aku cakap tadi yang aku lusa dah boleh keluar . Hmm kau okay tak ? Dari tadi kau nampak macam banyak termenung je " tanya Nura . Bukannya dia tidak perasan yang memang dari tadi Mikayla banyak termenung

" Entahlah .. " tanpa sedar satu keluhan kecil terlepas di bibirnya 

" Kau kenapa ni ? " tanya Nura lagi 

" Aku tak tahulah aku patut percayakan dia ke tidak .. " kata Mikayla perlahan 

" Siapa ? Addam ? " Mikayla mengangguk sahaja 

" Aku tahu mungkin sekarang dia dengan Hanee dah buat haluan masing-masing . Mungkin .. tapi itu tak mustahil yang mereka masih akan berjumpa .. nak-nak pula " terhenti percakapannya apabila teringatkan suatu perkara itu 

Nak-nak pula ibu Hanee tu dah jadi ibu tiri dia juga . Addam pula suami dia .. tak mustahil mereka masih boleh berjumpa 

" Kenapa ? " tanya Nura apabila Mikayla berhenti tiba-tiba 

" Ayah aku kahwin dengan mak Hanee tu .. kau rasa memang semudah itu diorang akan lupakan each other . Aku tahulah Hanee tu masih belajar tapi bila balik Malaysia mestilah dia balik rumah parents dia . " terang Mikayla 

" Kau tak payahlah balik sana waktu dia ada dekat rumah keluarga kau . Senang.. " cadang Nura pula 

" Aku memang tak akan balik sana " kata Mikayla nadanya sedikit keras

" Kau ada masalah dengan mereka ke ? Aku bukan sibuk eh tapi kau kawan aku .. aku taknaklah kau pendam semua sorang-sorang " kata Nura lagi 

" Aku sampai bila-bila aku tak akan terima dia jadi mak tiri aku . Dua-dua punca , ayah tinggalkan aku dan ibu sebab perempuan tu . Ayah aku sanggup tinggalkan aku dan ibu aku semata-mata sebab perempuan kaya tak guna tu ! " luah Mikayla dengan nada suaranya meninggi 

" Aku memang tak akan terima dia . " sambung Mikayla lagi 

Nura yang berada di atas katil itu hanya memerhati sebelum tangan kanannya naik mengusap lembut bahu kawannya itu . Dia faham . Dia sangat faham . 

Benda yang berkaitan dengan keluarga hanya orang tertentu sahaja yang memahami . 

" Dahlah janganlah fikir lagi .. pasal Addam tu . Mungkin .. dia betul-betul dah lupakan Hanee tu.. kita pun tak tahu kan mungkin dia memang betul-betul pilih kau kali ni " kata Nura dia bukannya tahu sangat cuma ini pendapat dia sahajalah 

" Aku tak tahu Nura .. aku tahu cinta pertama susah untuk dilupakan " kata Mikayla 

" Susah tapi tak mustahil " Nura senyum nipis kepada Mikayla setelah berkata itu 

Mikayla hanya diamkan diri sahaja . Tidak sedarkah dia yang Addam diluar hanya mendengar perbualan mereka . Addam mengeluh perlahan .. apa lagi yang harus dia lakukan untuk betul-betul yakinkan Mikayla ? 

.

Sampai sahaja rumah Mikayla keluar dahulu dari kereta Addam sebelum Addam mengikutinya . Masuk sahaja ke dalam rumah mereka membuat hal sendiri . Addam buntu .. dia susah hati dengan keadaan begini . Mikayla mesti akan kembali ke kampung semula bila Nura dah keluar hospital nanti 

" Mikayla .. " Addam menegur Mikayla yang sedang duduk di ruang tamu itu 

Mikayla hanya memandang Addam yang perlahan-lahan mendekatinya sebelum duduk disebelahnya itu . Nak bagi ayat apa lagi kali ni ? 

" Kau ragu-ragu dengan aku lagi ? " tanya Addam terus kepadanya 

" Awak rasa patut ke saya rasa tak ragu-ragu ? " tanya Mikayla semula 

" Aku tahu Mikayla kau susah nak lupakan apa yang aku pernah cakap pada kau dulu .. tapi tolong Mikayla . Kalini percayakan aku .. aku memang sayangkan kau . " luah Addam lagi . Dia tidak akan penat meluahkan perasaannya selagi Mikayla tidak maafkan dia 

" Berapa kali awak nak cakap Addam .. saya dah dengar banyak kali . " balas Mikayla dingin 

" Kenapa kau susah nak percayakan aku Mikayla .. aku suami kau . " 

" Awak rasa apa yang awak cakap pada saya dulu senang-senang saya nak lupakan ? " kata Mikayla tanpa memandang wajah Addam 

Addam berdiam dahulu , membiarkan Mikayla yang berkata semuanya dahulu . 

" Saya tak akan pernah lupa Addam .. yang awak banyak kali Addam , banyak kali . Awak cakap awak berkahwin dengan saya hanya kerana amanah yang ibu beri pada awak . Awak ulang banyak kali Addam " Mikayla berkata dengan matanya mula berkaca . Dia tidak mahu menangis.. 

" Dan saya tak akan pernah lupa juga banyak kali yang awak cakap awak cintakan Hanee . Awak memang cintakan dia sangat-sangat . Saya ingat semua tu Addam .. " sambung Mikayla lagi 

" Semua kata-kata awak tu .. " 

" Saya dah tanam dalam fikiran saya sampai saya tak boleh lupakan walau sesaat pun " Mikayla menghabiskan ayatnya sebelum dia berdiam kembali 

Addam menunduk . Dia tahu semua ini memang salah dia .. semua memang salah dia kerana menyakiti isterinya sendiri . Tidak menjaga perasaan isterinya dengan baik .. dia tahu . Memang salah dia 

" Saya dah banyak kali tersakiti Addam .. ayah saya . Orang lelaki yang pertama dah lukakan hati saya lepas saya tahu kebenaran yang dia .. " MIkayla berhenti sebelum memejam erat matanya 

Teringatkan arwah ibu membuatkan dia sebak .. 

" Dia tinggalkan saya dengan ibu .. hanya kerana wujudnya orang ketiga . Ayah pilih dia berbanding kami .. sakit sangat Addam .. " sambung Mikayla lagi dengan air matanya sudah mula mengalir membasahi pipinya 

" Apatah lagi bila saya terfikirkan arwah ibu .. apalah perasaan ibu jika dia tahu semua ni . Benda tu buat saya lagi tak mampu nak teringatkan ayah dan perempuan tu " Mikayla mengesat air matanya 

" Awak .. suami saya . Selepas ayah .. awak pula yang menyakiti saya . Awak memang tak pukul saya .. awak memang tak dera saya . Tapi kata-kata awak Addam .. kata-kata tu lebih menyakitkan " sambung Mikayla lagi 

" Awak cakap dengan saya macam mana saya boleh tak rasa ragu-ragu dengan semua ni ? Saya tak tahu yang peluang kedua tu wujud atau tidak .. untuk orang macam awak berdua . " Mikayla terus menghentikan percakapannya sebelum dia menekup wajahnya dengan sebelah tangan 

Addam yang melihat itu terus mengalihkan pandangannya sebelum dia berfikir .. mungkin .. mungkin dia patut pergi . Adakah tindakan dia untuk datang semula kepada isterinya memberi kesan kepada Mikayla .. puncanya dia ? 

Jadi dia rela pergi ..

Broken HeartedWhere stories live. Discover now