Bab 6

183 3 0
                                    

Mikayla meletakkan lauk ayam masak merah yang dimasak oleh Puan Hana itu ke dalam bekas untuk Addam dan Puan Ayya . Sebentar lagi mereka sudah mahu pulang , Puan Ayya yang mahu membawa balik sedikit lauk ayam masak merah itu kerana lazat sungguh katanya . Mikayla meletakkan bekas itu ke dalam plastik sebelum dibawa ke ruang tamu .

" Aunti , nah " Puan Ayya menyambut huluran plastik itu sebelum ucapkan terima kasih 

" Kami balik dulu lah , jam pun dah pukul 4.35 petang . Takut terlambat sampai pula " kata Puan Ayya 

" Ha yelah .. ada masa datang lah lagi melawat " balas Puan Hana pula 

Puan Hana dan Addam berjalan bergerak ke luar dahulu , Puan Hana dan Mikayla hanya berdiri di hujung pintu rumah dan memandang mereka yang sudah masuk ke dalam kereta itu . Nasib Mikayla sudah menyalam tangan Puan Ayya tadi . 

" Balik dulu ! " hon Addam bunyikan sebelum kereta itu mula dipandu keluar daripada kawasan rumah itu 

" Jom masuk , ibu " Puan Hana masuk ke dalam rumah dan Mikayla terus menutup pintu dan dikunci 

.

Malam menjelang tiba . Matahari yang mencanak tadi sudah pun digantikan dengan bulan yang bersinar itu . Mikayla menghampiri ibunya yang sedang duduk di ruang tamu itu dengan secawan kopi panas . Cawan itu diletakkan di atas meja sebelum dia duduk di sebelah Puan Hana 

" Ibu .. " Mikayla menegur 

Puan Hana memandang Mikayla sekilas sebelum senyum nipis sahaja . 

" Ibu ? Ibu okay ke ? kenapa ibu macam .. ada masalah sahaja " tanya Mikayla 

" Makcik sue kamu tu .. dia dah minta bayar duit dia . " Puan Hana menjawab dengan suara yang perlahan sahaja 

" Oh .. berapa ? " 

" Rm250 .. dia nampak betul-betul perlukan duit itu sekarang .. tapi , kita mana ada duit sekarang . Duit ibu pun tak cukup nak bayar .. " terbit keluhan halus di bibir Puan Hana 

" Tak apalah .. Ayla bayar " 

Puan Hana terus menoleh memandang anaknya . Mikayla hanya senyum kecil kepada ibunya 

" Ibu banyak menyusahkan Ayla kan .. duit tu Ayla menabung sendiri dengan hasil jualan nasi lemak tu . Tapi ibu yang habiskan duit Ayla .. " suaranya mula berubah serak 

" Ibu tak apalah .. Ayla bayar separuh sahajalah dulu . Nanti esok Ayla pergi rumah dia ya ? Ibu janganlah susah hati .. jangan fikir banyak sangat " Mikayla mendekati ibunya sebelum meraih tangan Puan Hana dan digenggam lembut 

" Banyak ujian yang kita kena hadapi , Ayla .. ibu takut ibu tak mampu .. " 

" Salah , ibu mampu . Semua yang jadi pasti ada hikmah nanti .. kita kena sabar . " Mikayla berkata lembut 

Puan Hana diam sahaja namun tangannya yang digengam oleh Mikayla itu bergerak mengelus lembut tangan anaknya itu . Inilah kekuatan dia .. 

.

Mikayla sudah keluar rumah tengah hari ini untuk pergi ke rumah Makcik Lia . Dia mahu membayar separuh dahulu , Rm150 dulu .. itu sahaja duit yang dia ada pun . Bukanlah tiada duit langsung .. adalah baki duit lagi Rm28 ringgit dalam tabungnya . Cukuplah tu 

Apabila sudah sampai dihadapan pintu rumah Makcik Lia terus Mikayla mengetuk pintu rumah itu dan memberi salam . Pintu rumah itu dibuka oleh Makcik Lia dengan senyuman kecil .. 

" Mikayla .. masuklah dulu " ajak Makcik Lia namun Mikayla menggeleng kepala perlahan 

" Tak apalah .. Mikayla datang sekejap je . Nak bayar ni .. " duit di dalam sampul itu diberikan kepada Makcik Lia . Makcik Lia mengambil sebelum dibuka dan melihat isi duit di dalamnya 

Broken HeartedWhere stories live. Discover now