Bab 37

267 6 4
                                    

Mikayla duduk sahaja di ruang tamu sambil tangannya membaca novel bahasa english di tangannya itu . Addam ? Entah lelaki itu keluar dari petang tadi dan dah malam pun masih belum balik

" Mana lah dia ni .. dah pukul 8.30 malam pun tak reti balik " gumam Mikayla sendiri

Entah-entah jumpa .. eh sukahati dia lah !

" Assalammualaikum " pintu rumahnya dibuka dan jelas kedengaran suara Addam memberi salam

Mikayla menjawab sahaja salam itu namun matanya masuh melekat di novelnya itu , kusyuk betul membaca . Addam menghampiri isterinya sebelum duduk disebelah Mikayla

" Mikayla " lengan Mikayla dipegangnya namun Mikayla menarik lengannya semula

" Apa dia ? Tak nampak ke saya tengah baca ni? " dingin suara Mikayla . Dia paling pantang kalau orang ganggu dia ketika membaca

" Hmm aku nak bagi kau benda ni .. " kata Addam , tangannya mengeluarkan sesuatu dari poketnya

" Cuba kau pusing belakang " Mikayla mengerut dahi mendengar

" Kenapa pula , bagi jela " Mikayla menghulurkan tangannya sahaja

" Ish macam-macam " rungutnya perlahan namun masih dia pusing ke belakang seperti yang Addam mahu

Addam mula memakaikan rantai silver itu dileher Mikayla sebelum rambut gadis itu juga diselak . Mikayla memandang ke arah rantai itu ada huruf M.A ?

" Apa ni ? " tanya Mikayla bingung

" Hadiah .. aku saja je bagi dekat kau . Isteri aku kan " balas Mikayla dengan senyuman manisnya

Mikayla berpusing menghadapnya semula sebelum dia memandang lagi rantainya . Matanya memandang ke mata Addam sebelum tiba-tiba matanya berkaca

" Eh kenapa ni ? Kenapa ? " Addam panik apabila melihat Mikayla yang matanya mula berair itu

" Kenapa awak buat seolah-olah awak tak ada buat salah pada saya ? Awak dah lukakn hati saya Addam .. saya ingat lagi semua ayat awak cakap pada saya dulu . Yang awak tak cintakan saya .. " luah Mikayla dengan wajahnya menunduk

" Kenapa awak balik kepada saya semula ? .. dah tak ads siapa yang cintakan awak ke sampai awak nak mengemis cinta saya semula" sinis pertanyaan Mikayla namun wajahnya masih menunduk

Addam diam sahaja mendengar semua yang diluahkan dari Mikayla itu . Dia tahu .. dia tahu . Namun dia tidak mahu terus sahaja meminta maaf dengan kata-kata .

Addam mendekati lagi Mikayla sebelum kedua belah tangannya menekup lembut wajah Mikayla sebelum diangkat memandang dirinya . Air mata Mikayla yang mengalir itu dikesat menggunakan ibu jarinya , Mikayla terpegun dengan tinadakn Addam itu

" Marahlah aku .. " kata Addam perlahan

" Bencilah aku .. "

" Kau boleh pukul aku .. "

" Tapi aku nak kau tahu .. " Addam menghentikan ayatnya sebelum dia memandang lama ke dalam anak mata Mikayla yang masih mengalirkan air mata itu

" Aku tak pernah bencikan kau . Aku tak pernah tak sayangkan kau .. aku tahu aku banyak silap sebab aku selalu cakap aku sayangkan Hanee .. aku salah sebab tak pernah bagi peluang untuk kau .. " sambung Addam lagi

Mikayla terdiam , dia memandang lama ke arah Addam . Keikhlasan .. ya itu yang dia nampak

" Aku dah mula boleh terima yang kau isteri aku dan Hanee bukan jodoh aku .. malah yang terbaiknya adalah kau " semakin laju tangisan Mikayla mendengar luahan Addam itu

Addam mengesat air mata Mikayla sebelum dia menarik kepala Mikayla agar berlabuh dibahu kirinya sebelum tangannya memeluk pinggang isterinya itu . Mikayla tidak membalas pelukan itu malah hanya menangis dibahu suaminya itu . Addam menggosok lembut belakang badan Mikayla

" Aku cintakan kau Mikayla .. maaf aku lambat sedar " luah Addam lagi

Mikayla yang mendengar itu hanya mendiamkan diri, tangisannya sahaja yang kedengaran . Dapat dia rasa Addam menggosok nperlahan kepalanya sebelum rasa Addam mencium lembut puncak kepalanya itu

Benar ke semua ni .. ?

.

Pagi ini Mikayla bersiap seperti biasa mahu melawat Nura . Daripada semalam dia berdiam diri tidak berkata apa-apa kepada Addam . Entahlah dia tidak tahu kenapa dia rasa .. tidak mahu bercakap pula

Mikayla keluar daripada biliknya sebelum dia berjalan ke dapur . Addam .. tengah buatkan sarapan ? Addam yang sedang sibuk memasak itu menoleh ke belakang memandang Mikayla

" Morning ! Nak keluar dah ke ? Awal lagi lah .. tunggulah dulu aku masakkan sarapan ni " kata Addam dengan nada terujanya

Mikayla tidak bercakap banyak , dia duduk di meja makan itu menunggu sahaja Addam untuk siapkan sarapan itu . Dia sebenarnya tidak marahkan Addam lagi tapi tak tahu kenapa dia masih rasa tidak mahu bercakap dengan Addam lagi

" Nahh makanlah " pinggan yang berisi mee goreng itu diletak di hadapan Mikayla

Mikayla membaca doa makan dulu sebelum dia mula menjamah mee itu , sedap ! Dia tidak dapat nafikan Addam sudah boleh masak . Addam datang lagi sebelum dia duduk di sebelah Mikayla dengan secawan air tea di letak di atas meja untuk isterinya

Mikayla diam sahaja menjamah makanan tidsk hiraukan Addam . Sekali dia mengangkat wajahnya memandang Addam .. nasib tidak tercekik !

Addam elok tangan kirinya menongkat dagu sambil matanya memandang Mikayla yang berselera makan masakannya itu .

" Tak makan ? " tanya Mikayla mendatar namun dia tidak memandangr Addam

" Cuba kau suap . Mesti aku makan "

Mikayla memandang Addam .. dah kenapa dia ni kena sampuk ke ?

Mikayla tidak hiraukan Addam malah dia sambung sahaja menjamah mee goreng itu . Pandai-pandailah makan sendiri

Dah nak habis dah dia makan , baru sahaja garpu yang digulung mee itu mahu masuk ke dalam mulutnya Addam bertindak laju menarik tangan kanan Mikayla ke arahnya sebelum dia yang memakan mee di garpu Mikayla itu

Tidak berkelip mata Mikayla memandang Addam . Addam pula tersenyum sahaja sebelum dia berdiri dari duduknya dan apron dibuka

" Tunggu aku siap kejap aku temankan kau pergi hospital " kata Addam sebelum dia berjalan melintasi Mikayla

Mikayla terdiam sebelum dia menggeleng perlahan kepalanya . Namun senyuman nipis terlakar dibibirnya . Aneh ..

Broken HeartedWhere stories live. Discover now