Bab 11

177 4 0
                                    

Mikayla memandang Addam yang duduk di sofa hadapannya itu . Sekarang Addam berada di rumah Encik Zaim , mahu berjumpa dengan Mikayla . Mikayla yang bingung tidak tahu apa yang mahu dibincangkan itu duduk sahaja di hadapan lelaki itu . Hampir 10 minit dia duduk dihadapan lelaki ini tiada satu suara pun yang keluar .

" Jemputlah minum " Mak Tila yang baru meletakkan dua cawan air di atas meja itu dipandang oleh Mikayla sebelum mengangguk dan senyum nipis 

" Terima kasih , Mak Tila " Mak Tila hanya senyum kepada Mikayla sebelum berlalu pergi 

Kini Mikayla pandang semula Addam dihadapannya yang turut memandang ke arahnya itu . Mikayla berdehem perlahan sebelum dia yang mula bertanya 

" Erm .. kenapa awak nak jumpa saya ? " 

Addam yang mendengar Mikayla mula bertanya itu duduk dengan tegak semula sebelum dia menjawab soalan gadis itu 

" Aku .. aku ada perkara yang aku kena bincang dengan kau " 

" Nak bincang apa ? " tanya Mikayla 

" Arwah ibu kau amanahkan aku untuk jaga kau .. dan .. kahwin dengan kau " kata Addam . Dapat dia tangkap wajah Mikayla yang berubah mendengarnya itu 

" Ha ? .. apa maksudnya " Mikayla bingung namun seperti mengerti sahaja 

" Aku akan kahwin dengan kau . Aku akan jaga kau " Mikayla seperti rasa ini semua hanya gurauan sahaja namun melihat pandangan mata Addam itu membuatkan dia rasa benda ini bukan gurauan 

" Demi ibu .. " sambung Addam lagi

Mikayla diam sahaja sebelum dia menunduk dan meramas tangannya sendiri . Tidak tahu mahu memberi jawapan apa . Semua ni .. terlalu mengejut 

" Mikayla .. " Mikayla mengangkat wajahnya memandang Addam 

" Aku kahwin dan jaga kau .. hanya kerana amanah ibu . Tolong jangan cintakan aku terlalu cepat.. " Addam berkata lagi 

Mikayla mengangguk sahaja . Ini semua kerana amanah sahaja Mikayla .. 

" Awak kena beritahu ayah saya dulu .. " kata Mikayla 

" Aku dah bagitahu ayah kau " 

" Ha ? Ayah dah tahu ? "

Sehari sebelum .. 

" Kenapa Addam nak jumpa uncle ? Ada apa-apa ke ? " Encik Zaim bertanya dahulu 

Mereka berada di salah satu cafe berdekatan rumah Encik Zaim . MEreka berjumpa pun kerana Addam yang minta mahu berjumpa dengannya . Dia sendiri tidak tahu mengapa 

" Addam nak minta izin dengan uncle .. " 

" Izin apa ? " 

" Addam nak minta izin berkahwin dengan Mikayla " kata Addam berterus-terang . 

Encik Zaim diam sahaja pada awalnya . Mungkin arwah isterinya kenal lah Addam ni , tapi dia tidak kenal lagi lelaki itu sepenuhnya . Dia tidak akan semudah itu memberi lelaki izin untuk bernikah dengan satu-satunya anak gadisnya itu . 

" Kenapa tiba-tiba ? .. uncle tahu Mikayla tak ada teman lelaki . Jadi , macam mana kamu kenapatiba-tiba nak berkahwin dengan dia ? Uncle kenal je kamu Addam . Tapi uncle tak kenal kamu sepenuhnya lagi . "Addam rasa  kata-kata Encik Zaim itu seperti tidak percayakan Addam sepenuhnya . Itulah hakikatnya . 

" Saya .. saya di amanahkan oleh ibu untuk jaga Mikayla . Saya kena buat " kata Addam 

" Kalau untuk jaga . Uncle sendiri pun boleh jagakan Mikayla . Anak uncle kan .. " balas Encik Zaim pula 

" Uncle bukannya apa Addam . Mikayla tu satu-satunya anak uncle .. uncle taknak lelaki sakitkan hati dia lagi macam mana uncle pernah buat . Cukuplah uncle je yang pernah tinggalkan dia .. " nada suara Encik Zaim jelas terselit nada kesalnya 

Addam terdiam . Betulkah keputusan dia ini ? Dia juga tidak mahu menyakiti gadis itu .. 

" Tapi .. kalau betul kamu nak kahwin dengan dia . Uncle izinkan .. cuma " Encik Zaim berhenti dari percakapannya seketika 

" Cuma ? " ulang Addam 

" Kalau satu hari Mikayla datang semula kepada uncle .. " 

" Uncle tak akan benarkan Addam berjumpa dengan dia lagi " 

Mikayla diam mendengar apa yang Addam katakan itu . Apa maksud ayahnya ? Namun dia tak mahu fikirkan yang itu lagi .. sekarang ni . Dia harus setuju ataupun tidak ? 

" Aku akan jaga kau dengan baik , macam yang arwah ibu kau mahukan . Aku hanya jalankan amanah aku .. " kata Addam lagi 

" Awak yakin dengan semua ni ? Ayah sendiri pun boleh jaga saya dengan baik " balas Mikayla 

" Aku yakin dengan keputusan aku . " balas Addam dengan yakinnya 

" Awak tak ada teman wanita ? MAcam mana kalau dia tahu pasal semua ni ? " pertanyaan Mikayla itu jelas menyentakkan Addam 

Addam menunduk sebelum mengeluh perlahan , hanya beberapa minit sebelum dia mengangkat wajahnya semula 

" Kalau aku ada pun .. itu bukan urusan kau " jawapan Addam itu memang membuatkan Mikayla tidak senang 

Apa dia ingat hati wanita ini kental sangat ke ? Dia perempuan sudah tentu dia faham 

" Aku hanya perlukan jawapan daripada kau je sekarang . Kerja kau jadi isteri aku bukannya susah pun . Jadi sahaja lah isteri yang soleha . Senang kan ? " semudah abc Addam berkata 

" Senanglah awak cakap .. " Mikayla menjeling kecil Addam dihadapannya 

" Anggap sahajalah perkahwinan ni untuk arwah ibu . " 

Mikayla memejam matanya sebelum menghembuskan nafas berat 

" Baiklah .. saya setuju " 

Broken Heartedحيث تعيش القصص. اكتشف الآن