Bab 9

173 2 2
                                    

" A-ayah ? " 

Lelaki itu mendekati anak gadisnya sebelum dia mahu menyentuh pipi Mikayla namun Mikayla mengelak , tangannya diturunkan semula 

" Anak ay- " 

" Buat apa ayah datang sini ? " 

Soalan itu menyentakkan Encik Zaim begitu juga dengan Addam . Mata Mikayla yang merah-merah itu memandang tajam ke arah Encik Zaim . Addam yang merasa seperti dia tidak patut berada disitu meminta diri untuk menunggu di luar . 

" Apa ayah nak ? Bukan ayah dah tak mahu tengok muka Mikayla ? Ibu dah meninggal baru ayah nak tunjuk muka ! " suara Mikayla mula meninggi 

" Mikayla .. ayah minta maaf , ayah tahu ayah banyak salah " 

" Ayah tinggalkan kami macamtu sahaja . Lepastu ayah boleh minta maaf macam tiada apa yang berlaku ?! " Mikayla memotong lagi percakapan Encik Zaim 

" Mikayla tolonglah .. ayah minta maaf ya " air mata Encik Zaim jatuh dihadapan anaknya namun Mikayla seperti tidak terkesan 

" Apa lagi ayah ? Tak cukup ke ayah tinggalkan kami macamtu sahaja . Dengan hinaan yang ayah pernah beri kepada Mikayla dan ibu .. " suaranya mula mengendur dengan air mata yang laju mengalir semula 

Encik Zaim menunduk kesal . Benar dulu dia pernah tinggalkan tanggungjawabnya begitu sahaja . Tapi sekarang dia dah sedar , dia mahu tebus kesalahannya .

" Ayah datang pun sebab ibu baru meninggal kan ? Kalau tidak ayah tunjukkan muka pun tak naklah ! " tengking Mikayla 

" Mikayla .. "

" Ayah .. Mikayla penat ayah . Ayah orang yang paling Mikayla harapkan untuk menjadi ketua keluarga paling terbaik untuk kami . Tapi .. ayah yang lari dari tanggungjawab ayah " Mikayla menunduk sebelum dia mula teresak-esak menangis semula

Encik Zaim tidak peduli , terus dia mendekati Mikayla sebelum ditarik Mikayla ke dalam pelukannya . Mikayla meronta-ronta mahu meleraikan pelukan itu , namun tidak dinafikan separuh dari  hatinya rindukan ayah kandungnya ini .. 

" Ayah betul-betul minta maaf .. ayah tinggalkan kamu dan ibu . Ayah sedar salah ayah .. " Encik Zaim mencium dahi anaknya lama 

Mikayla tidak mahu berkata apa-apa . Hanya tangisannya sahaj yang berbicara , sudah cukup membuktikan dia kecewa ..

" Tolong .. ' tangan Mikayla yang berada disisi itu mula naik mencengkam baju Encik Zaim 

" Tolong jangan tinggalkan Mikayla .. Mikayla dah tak ada siapa-siapa .. " sebak sungguh hati Encik Zaim mendengar kata anaknya itu . Dia memeluk Mikayla dengan lebih erat sebelum mengelus lembut belakang badan Mikayla 

" Ayah tak akan tinggalkan Mikayla lagi .. " 

Addam yang menunggu di luar itu tidak sengaja terdengar perbualan mereka berdua , tanpa sedar keluhan kecil terbit di bibirnya apabila teringatkan kata-kata yang pernah arwah Puan Hana kata kepadanya .. 

" Addam .. tolong jagakan Mikayla untuk Cik Hana .. jagakan dia Addam .. " 

Kenapa dia ? .. bagaimana dengan Hanee .. 

.

Mikayla diam sahaja di dalam kereta bersama Addam , mereka dalam perjalanan untuk ke tempat perkuburan Puan Hana hari ini . Mikayla duduk di belakang manakala Puan Ayya di sebelah Addam di depan . Mikayla sedaya upaya menahan emosina hari ini .. ibu .. Mikayla akan hilang ibu untuk selamanya .. 

Apabila sudah sampai , Mikayla diam melihat mereka yang sedang kebumikan ibunya . Tanpa sedar air matanya mula mengalir sendiri , tidak mampu dia menahan sebak di hatinya .. 

Sesudah itu orang ramai mula beredar dan mereka mengucapkan takziah kepada Mikayla , Mikayla hanya memberi senyuman segaris sebelum dia diam sahaja memandang tanah itu . Encik Zaim disebelahnya memeluk erat bahu anaknya sebelum diusap lembut . 

" Mikayla .. aunty balik dulu ya ? " Puan Ayya meraih lengan gadis itu 

Mikayla mengangguk sahaja . Puan Ayya menarik Mikayla ke dalam pelukannya sebelum dia menggosok perlahan kepala gadis itu yang masih berbalut tudung . Mikayla tidak membalas pelukan itu , tangannya hanya kekal disisi . 

Apabila kelibat Addam dan Puan Ayya menjauh tinggallah Encik Zaim dan Mikayla sahaja disitu . Mikayla jatuh melutut sebelum dia menangis teresak-esak disitu . Dari tadi dia menahan tangisannya , kali ini dia tidak dapat menahan lagi. 

" Mi-Mikayla .. " Anes perlahan-lahan meraih tangan Mikayla apabila Mikayla diam tidak membalas 

" A-aku minta maaf ya ? Atas apa yang aku pernah cakap dulu .. a-aku tak tahu " dalam hati Anes hanya ada perasaan serbasalah sekarang ini , teringatkan apa yang pernah dia kata 

Mikayla hanya mengangguk perlahan namun dia tidak menoleh langsung memandang Anes disebelahnya . 

" Aku balik dulu ya ? Kau kena kuat tau .. " lengan Mikayla digosok perlahan sebelum dia turut beredar dari situ 

" Mikayla .. " Encik Zaim turut melutut disebelah anaknya sebelum dia menggosok perlahan belakang badan Mikayla 

" I-ibu .. Ay-Ayla tak kuat ibu .. " teresak-esak Mikayla berkata dengan nada perlahan 

" Mikayla .. jangan macam ni .. ibu pun mesti taknak tengok Mikayla sedih macam ni . Mikayla kena kuat ya ? Ayah kan ada . Ayah akan jaga Mikayla " nada Encik Zaim juga sudah berubah serak . Dia turut sebak kehilangan isterinya . 

Mikayla menangis semahu-mahunya disitu kerana dia berjanji pada dirinya sendiri dia tidak akan menangis lagi , dia harus redha . Encik Zaim setia berada di sebelah Mikayla memujuk anaknya , air matanya turut mengalir namun rasa sedihnya tidak dapat tandingi rasa sedih anaknya yang menjaga isterinya itu . 

" I-ibu .. terima kasih , sebab jaga Ayla .. Ayla doakan ibu tenang .. Ayla balik dulu ibu . Ay-Ayla sayang ibu .. " Mikayla berdiri perlahan-lahan dengan bantuan Encik Zaim 

Mereka berdua berjalan seiringan pergi daripada kawasan perkuburan itu , sempat Mikayla memandang ke arah kubur Puan Hana sebelum dia masuk ke dalam kereta Encik Zaim . Encik Zaim memandu untuk pulang ke rumahnya bersama Mikayla 

Dia akan menjaga anaknya sekarang . 





Broken HeartedWhere stories live. Discover now