Bab 40

269 6 0
                                    

Sehari sudah berlalu dan harini Nura dibenarkan keluar daripada hospital jadi Mikayla yang akan mengambilnya . Mikayla sudahpun berada di hospital dan menolong Nura mengemas pakaiannya

" Dah ke ? " tanya Nura . Mikayla mengangguk sahaja

" Jom " Mikayla membantu Nura untuk keluar daripada wad itu

Sampai sahaja di luar hospital itu mereka naik teksi sahaja sebelum sampai semula di rumah Addam yang ada Mikayla sahaja itu .

" Tak apa ke aku duduk sini juga ? Kan rumah suami kau ni " tanya Nura setelah dia masuk ke dalam rumah itu

" Tak apa dia memang bagi aku duduk sini . " balas Mikayla

" Baik suami kau . Kau marah dia lagi ke ? " tany Nura lagi , dia duduk di sofa ruang tamu itu . Lenguh pula

" Tak adalah , aku mana marah dia dah . " balas Mikayla jujur

Nura mengangguk kepala sahaja sebelum dia memegang perutnya yang bulat itu , terasa ada tendangan . Nura membulat matanya sebelum dia merasa lagi perutnya , ada lagi rasa tendangan !

" Weih Mikayla ! Baby aku tendang lah perut ni " Mikayla yang ketika itu sedang mengangkat beg untuk dibawa masuk ke dalam bilik tetamu terhenti

" Haa yeke ? " Mikayla mendekati Nura sebelum dia melihat sahaja

" Taknak rasa ke ? " tanya Nura terujanya

" Eh taknak lah .. orang kata tak elok kalau orang luar sentuh-sentuh perut ibu mengandung ni . Aku nak tengok je " balas Mikayla dengan senyuman nipisnya

" Siapa cakap kau orang luar ? Kau tu dah macam adik aku sendiri .. kau lagi adik aku daripada adik kandung aku tu " balas Nura pula

Mikayla hanya tergelak kecil sahaja sebelum dia melihat sahaja Nura , seronoknya ada baby ..

" Petang nanti aku nak pergi rumah mak mertua aku .. kau boleh duduk rumah ke ? " tanya Mikayla

" Boleh je " balas Nura sambil tangan masih lagi diperutnya

.

" Aku pergi dulu eh , duduk rumah elok-elok . Apa-apa mesej aku " pesan Mikayla yang masih sedang membetulkan tudungnya itu

" Hm yelah , kau tu pun hati-hati " pesan Nura juga

Mikayla mencapai phone miliknya sebelum dia keluar daripada rumah , macam biasalah dia mestilah naik teksi . Dia mana ada lesen motor mahupun kereta, dua-dua tak ada .

Sementara di dalam kereta dia tidak tahu kenapa hatinya berasa tidak senang dari tadi , kenapa dia perlu rasa begini .. Mikayla menggeleng kepalanya perlahan . Semua mesti baik-baik sahaja kan ?

Sampai sahaja di hadapan rumah Puan Ayya , Mikayla pelik apabila melihat Puan Ayya yang seperti kelihatan risau keluar daripada rumahnya . Mikayla lantas turun sebelum dia membayar duit kepada pemandu teksi itu tadi

" Mama ? " Puan Ayya yang ketika itu sedang melihat telefonnya terus mengangkat wajahnya sebelum dia sendiri terkejut dengan kehadiran Mikayla itu

" Mikayla ! " Puan Ayya berjalan ke arah Mikayla sebelum tubuh menantunya dipeluk erat

" Mama .. mama okay ke ? " tanya Mikayla , pelukan Puan Ayya dibalasnya

" Mi-Mikayla kita kena pergi hospital sekarang juga " Mikayla mengerut dahinya

Hospital lagi ?

" Kenapa mama ? " tanya Mikayla

" Papa .. Papa dengan Addam kemalangan waktu mereka nak ke Johor semalam . Mama baru dapat tahu harini ! "

Mikayla terdiam , apakah ..

" Cepat-cepat jom ! " tangan Mikayla terus ditariknya sebelum mereka melangkah ke kereta milik Puan Ayya itu

Mikayla laju masuk ke dalam kereta itu belah penumpang sebelum Puan Ayya terus menghidupkan enjin kereta itu dan terus memandu ke hospital yang diberitahunya itu .

Tolonglah .. tolonglah jangan ada apa-apa berlaku kepada suaminya

.

Sampai sahaja di hospital Puan Ayya sudah pergi ke wad suaminya dahulu manakala Mikayla pula berjalan untuk menuju ke wad bilik suaminya . Apabila sampai sahaja di hadapan pintu wad Addam itu baru sahaja tangannya mahu membuka pintu

" Apalah Hanee ni .. mana ada abang macam tu "

Apakah

Tangan yang sudah bersedia mahu membuka pintu itu terus terhenti sebelum dia terkaku seketika di situ . Hanee di dalam ? Gadis itu boleh sampai sini dulu ?

Mikayla duduk di luar dahulu menunggu , dia malas mahu masuk sekarang .. nanti menganggu pasangan sejati itu pula . Dia dah penat , sebab tu dia susah nak percaya Addam .. ke dia yang terlalu fikir lebih ..

Pintu yang dibuka itu membuatkan Mikayla mengangkat wajahnya memandang Hanee yang turut terkejut melihatnya yang berada di luar itu .

" Mikayla , kenapa tak masuk ? " tanya Hanee ramah

Mikayla hanya tersenyum kecil sahaja sebelum dia berdiri dari duduknya itu

" Taknak ganggu korang .. kalau saya main masuk je nanti apa pula kan " balas Mikayla

Hanee terasa seperti lain pula apabila Mikayla berkata begitu , mungkin gadis ini sudah salah faham . Siapa je tak salah faham ?

" Erk .. awak salah faham ni " Mikayla hanya menggeleng perlahan

" Tak apalah .. saya balik dulu " baru sahaja kakinya mahu melangkah keluar daripada kawasan situ tiba-tiba ..

" Mikayla Rashden . "

Terhenti Mikayla apabila mendengar Addam memanggil namanya , Hanee turut menoleh sebelum dia memandang Mikayla semula

" Masuk "

Broken HeartedWhere stories live. Discover now