Bab 18

208 5 2
                                    

Addam yang baru balik dari kerja itu terus masuk ke dalam rumah sebelum dia melihat Mikayla yang masih tertidur di atas sofa . Puan Ayya sempat menghubungi dirinya tadi memberitahu yang dia sudah balik tadi kerana ada hal sedikit perlu diuruskan . Addam mendekati Mikayla yang masih tertidur di sofa itu sebelum dia memandang wajah tidak bermaya isterinya itu .

Kain di dahi Mikayla dialihkan sebelum tangannya melekap di dahi dan leher isterinya itu . Masih panas . Dilihat plastik ubat yang berada di atas meja itu . Ini mesti lepas makan ubat terus tertidur ni . 

Addam perlahan-lahan mengalihkan bantal kecil yang dipeluk oleh Mikayla itu sebelum tangannya bergerak ke bawah badan Mikayla dan kaki Mikayla sebelum tubuh isterinya didukung perlahan-lahan tidak mahu gadis itu tersedar . 

Addam menolak sahaj pintu bilik tidurnya memandangkan tidak tertutup rapat . Perlahan-lahan dia meletakkan tubuh Mikayla di atas katil itu sebelum menyelimutkan gadis itu . Mikayla masih tidur dengan nyenyak , tidak tersedar langsung . Addam melihat wajah isterinya itu .. 

" Boleh ke aku jaga dia dengan baik ? .. sedangkah hati aku masih mahukan Hanee .. "

Addam terdiam sendiri . Kotak barang yang diberi oleh Hanee yang terletak elok di meja sebelah almarinya itu dipandang sebelum dia mencapai kotak itu dan dibuka . 

Ada gambar-gambar dirinya bersama Hanee yang ditampal cantik di dalam kotak itu beserta dihiaskan sedikit bersama lukisan-lukisan kecil . Entah kenapa dia boleh tersenyum sendiri .. Hanee memang akan sentiasa berada di hatinya .. 

Tapi bagaimana dengan Mikayla ? 

Addam memejamkan matanya . Semua ini susah untuknya , dia memang ikhlas mahu menjaga Mikayla namun .. Hanee . Hanee gadis yang memang dicintainya . kenapa dia tidak boleh bersama dengan Hanee ? Boleh sahaja dia berkahwin dengan Hanee tapi .. 

Hanee masih boleh terima dia ke ? 

Addam menutup semula kotak itu sebelum diletak semula di atas meja itu . Dia berpaling semula melihat Mikayla yang masih nyenyak tidur itu .. perlahan-lahan dia menghampiri gadis itu sebelum tangannya mendarat di kepala isterinya . 

" Aku minta maaf kalau .. aku bukan suami yang baik untuk kau .. " kata Addam perlahan kepada Mikayla . Dia sendiri tidak pasti Mikayla mendengar ataupun tidak . 

" Aku jujur aku ikhlas jaga kau .. tapi hati aku , Mikayla . Hati aku .. susah untuk terima kau .. " sambungnya lagi , nadanya berubah serak . Pasti kata-katanya ini bakal mengguris hati isterinya jika Mkayla mendengar 

" Aku janji kalau satu hari nanti aku masih tak boleh terima kau .. a-aku " sberat mulutnya mahu sambung kata-katanya 

" Aku akan lepaskan kau .. kau layak bahagia dengan lelaki yang boleh jaga kau dan sayang kau lebih daripada aku " tangan Addam mengusap lembut kepala isterinya . 

Itulah keputusannya satu hari nanti . 

Baru sahja dia mahu berdiri dan mahu bersihkan dirinya namun tangannya yang berada di kepala Mikayla itu dipegang . Addam tersentak . Mikayla dengar ke apa yang dia katakan tadi ? 

" Sa-sampai hati awak .. awak nak lepa-lepaskan saya " dalam susah-payah dia berkata akibat tekaknya yang masih sakit dan membengkak itu 

Addam diam tidak menjawab apa-apa . Hanya pandangan sayu sahaja diberi kepada Mikayla 

" A-aku .. aku tak boleh Mikayla .. " Addam membalas 

" Ken-kenapa awak tak boleh buka hati awak untuk terima saya ? .. Kenapa Addam " Mikayla menyambung lagi

Dia dengar sahaj apa yang Addam katakan kepadanya tadi . Sungguh hatinya sakit mendengar kata-kata suaminya sendiri . Begitu bermakna seorang Hanee dalam hidup Addam Mekael sampaikan sanggup melepakan isterinya sendiri tanpa memberi peluang kepada hatinya untuk mencintai isterinya sendiri . 

" Kau tak boleh paksa aku Mikayla .. ini ke-keputusn aku " Addam menarik tangannya yang berada dalam pegangan Mikayla sebelum dia terus berlalu keluar daripada bilik itu . 

Mikayla terdiam .  Perlahan-lahan air matanya mengalir , hati isteri mana sahaja yang tidak sakit apabila mendengar suaminya sendiri berkata begitu dihadapan mereka . Dia .. terima Addam sepenuh hati . Dan ini balasan Addam kepadanya .. mungkin dia yang salah kerana terlebih berharap dan menaruh hati . 

" Ibu .. " tidak tersangka itu yang bakal keluar daripa mulut Mikayla . Dia mahukan ibunya .. 

Addam yang berdiri di luar mendengar tangisan Mikayla diselangi dengan dipanggilnya ' ibu ' itu membuatkan hatinya dilanda serbasalah . Kenapa dia perlu berkata begitu tadi dihadapan isterinya sedangkan isterinya sedang sakit ? Tak guna betul dia rasa .. 

" Addam minta maaf ibu .. Addam sakitkan hati Mikayla .. " 

Addam terua masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya dahulu . Baru dia akan pujuk isterinya semula . 

Addam masuk ke dalam biliknya semula sebelum melihat Mikayla yang sedang terbaring di atas katil itu . Memang tidur dari tadi ke isterinya ini ? 

Addam membawa roti dan air kosong itu ke dalam bilik sebelum diletak di atas meja . Dia mahu memberi Mikayla makan sebelum makan ubat nanti . Dia perlu menjaga Mikayla . 

" Kayla .. bangun dulu . Makan dulu " Addam mengusap lembut kepala Mikayla 

Mikayla tidak menjawab apa-apa . Addam menggerakkan sedikit bahu Mikayla namun gadis itu masih tidak sedar . Addam mula berasa pelik . 

" Mikayla ? Hey .. dengar tak aku cakap ni ? " Addam mengangkat sedikit belakang tubuh Mikayla sebelum dia menyandarkan tubuh Mikayla kepadanya 

" Mikayla ? Mikayla . " pipi gadis itu ditepuk perlahan sebelum dia terasa hangat tubuh isterinya itu . Memang panas ! 

Tiada pilihan Addam terus mencempung tubuh isterinya itu sebelum itu sempat dia menyarungkan tudung ke kepala Mikayla beserta cardigan hitam sebelum dibawa isterinya itu ke dalam kereta dan ke hospital terus . 

Ini semua salah dirinya . 


Broken HeartedHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin