Bab 42

256 7 3
                                    

Mikayla mencapai roti sebelum air kotak kecil milo itu , air mineral kosong juga diambil . Dia membayar semua yang dibelinya itu sebelum dia naik untuk ke wad Addam semula

Mikayla membuka pintu wad itu sebelum dia melihat Addam yang sudah bangun dari tidur itu . Pintu ditutup semula sebelum dia berjalan menghampiri Addam

" Nah , makanlah " Mikayla memberikan sebungkus roti jagung itu kepada Addam

" Makan roti je pun , tak payah nak suruh saya suap bagai " seakan-akan tahu Mikayla berkata dulu

Addam menjelingnya sebelum roti ditangan Mikayla itu diambilnya sebelum dia bersusah payah mahu membuka plastik roti itu

" Tolong " Addam menghulurkan bungkusan roti itu kepada Mikayla

Mikayla terus mencapai roti itu sebelum plastik roti it dibukanya dan diberikan semula kepada Addam . Addam sengaja tidak menyambutnya .

Mikayla yang geram terus sahaja menyumbat roti itu dimulut Addam .

" Haa makan , makan ! " Mikayla melepaskan roti yang masih digigit di mulut Addam itu sebelum dia tergelak kecil

" Ganaslah kau " separuh roti yang tidak digigit itu ditarik sebelum dia menjeling lagi isterinya yang masih tersengih itu

" Awak mengada . Makan jelah sendiri , roti je pun " balas Mikayla semula

" Aku ni nak isteri suapkan , tapi dia sendiri pun layan aku kasar-kasar " kata Addam seakan-akan berjauh hati

Mikayla terus sahaja mengambil roti di tangan Addam itu sebelum dia mencubit sedikit bahagian roti itu sebelum disuap perlahan ke mulut Addam

Addam menganga kecil sebelum dia tersenyum kecil , jari Mikayla yang menyuapnya itu digigit perlahan

" Eh ! Gigit-gigit pula saya sumbat lagi roti ni nanti " marah Mikayla

" Sini duduk sini " belah kiri di atas katilnya ditepuk menanda menyuruh Mikayla duduk disitu

Mikayla mengikut sahaja sebelum dia duduk disebelah Addam di atas katil itu dan ditangannya masih ada roti jagung itu .

Sebaik sahaja dia duduk disebelah Addam itu tangan kiri Addam laju memeluk pinggangnya dari belakang . Mikayla menggeliat perlahan , geli sikit je .

" Nak lagi " minta Addam sebelum dia mendekatkan wajahnya dengan Mikayla

Mikayla menggeleng kepala perlahan sebelum dia mencubit lagi sedikit roti itu sebelum disuap ke mulut Addam

Pintu wad yang tiba-tiba dibuka itu menarik perhatian mereka berdua . Sebaik sahaja melohat gerangan orang yang datang itu Mikayla terus mengalihkan pandangan semula

Encik Zahri dan Puan Mina

Mereka berdua turut berpandangan satu sama lain sebelum mendekati ke arah Addam dan Mikayla . Tidak sangka pula Mikayla turut ada sekali

" Ayah .. " Addam menghulurkan tangannya sebelum tangan Encik Zahri disalamnya

Mikayla diam sahaja duduk disebelah Addam dengan wajah menunduknya . Encik Zahri mendekati anak perempuannya sebelum tangan dihulur kepada Mikayla

Huluran tangan itu dipandang sepi oleh Mikayla , dibiar tidak disambut .

" Hei .. salam ayah tu " Addam menegur perlahan ke arah isterinya

Mikayla menyambut juga tangan Encik Zahri sebelum dia mengucup tangan ayahnya itu laju sebelum tangannya ditarik semula

Puan Mina hanya melihat , sebenarnya dia tidak berapa suka Mikayla melayan ayah kandungnya begitu .

" Hanee ada datang tadi kan ? Risau betul dia dengan Addam " tanya Puan Mina tiba-tiba

Addam melirik ke arah Mikayla seketika sebelum dia mengangguk sahaja .

" Sampai berbalut dah kepala menantu ayah ni" Addam tergelak kecil sahaja mendengar Encik Zahri berkata begitu

" Nak buat macam mana , terima jela " balas Addam

Puan Mina memandang ke arah Mikayla sebelum tangannya saja naik memegang lembut bahu gadis itu . Mikayla terus menepis tangan Puan Mina dari bahunya

Tidak dihirau pandangan Encik Zahri dan Addam terhadapnya . Addam yang masih memeluk pinggang Mikayla itu mengelus lembut pinggang isterinya

" Apa anak you ni ? " tanya Puan Mina perlahan kepada Zahri . Dia ingat Mikayla dan Addam tidak dengar ke

Encik Zahri hanya menggeleng kecil kepada Puan Mina . Tidak mahu tercetus apa-apa ' drama ' disini

" Mikayla .. kamu sihat ? " tanya Encik Zahri kepada anaknya

" Sihat " balasnya sepatah

Kemudiannya Encik Zahri banyak bersembang dengan Addam sahaja , memandangkan Mikayla pun seperti tidak mahu bercakap dengannya .

" Mikayla okay ke ? Taknak bersembang dengan .. ibu ? "

Memang salah soalan ditanya . Mikayla terus tergelak sini sebelum dia mengangkat wajahnya memandang tajam Puan Mina

" Saya cuma ada satu ibu saja . Aunty bukan ibu saya "

Semua yang berada disitu jelas tergamam melihat Mikayla yang bercakap begitu kepada Puan Mina .

" Mikayla .. jaga mulut sikit . Dia tetap ibu- "

" Jangan sampai ayah pun Mikayla tak mengaku yang ayah tu ayah Mikayla . "

Addam yang berada disebelahnya itu laju memeluk bahu Mikayla dari tepi sebelum mengusap lembut . Dia taknak masuk campur .

" Apa salah aunty .. aunty cuba terima Mikayla macam anak aunty sendiri . Tapi Mikayla masih marahkan aunty " Puan Mina berkata dengan nada sebaknya

" Apa salah aunty ? Aunty tanya apa salah Aunty ? Aunty betul-betul tak tahu ke buat-buat tak tahu ? " Mikayla membalas semula dengan nada dinginnya

" Aunty rampas ayah saya . Aunty buatkan dia tinggalkan saya demi aunty . Saya kecik lagi waktu tu tapi dah tak dapat rasa kasih sayang seorang bapa . Semua sebab Aunty ! " Mikayla mula melenting . Puan Mina tergamam mendengar Mikayla berkata begitu

" Mikayla- "

" Ayah pun samalah ! Ayah terlalu ikutkan rasa nak senang ayah sampai ayah pilih dia , mentang-mentang dia berduit .. ayah terus lupakan Mikayla dengan ibu . Dua-dua tak guna ! " kedua-dua mereka berasa marah mendengar apa yang baru Mikayla katakan itu namun mereka tidak dapat nafi yang memang mereka bersalah

" Tak payah nak acah-acah lah depan saya . Saya menyampah dengan orang hipokrit . Jangan nak buat macam saya yang bersalah dalam hal ni , pergi baliklah ! "

" Mikayla .. ayah minta maaf . Tapi apa pun yang berlaku , ayah tetap ayah Mikayla . Dan Mikayla tetap satu-satunya anak ayah .. " tutur Encik Zahri perlahan

Encik Zahri menarik perlahan tangan Puan Mina yang masih terdiam itu sebelum mereka berdua keluar daripada wad Addam itu

Mikayla terus terduduk sebelum dia menghemburkan tangisannya . Dia penat .. sampai bila-bila pun dia susah untuk terima semua ni

" Mikayla .. " Addam memanggil isterinya perlahan

Dia nak turun pun kaki dia masih sakit sikit jadi sukar untuk dia turun . Mikayla perlahan-lahan berdiri sebelum dia duduk semula disebelah Addam

Addam terus menarik Mikayla ke dalam pelukannya sebelum tangan kirinya naik mengusap lembut kepala Mikayla . Tersesak-esak isterinya menangis dibahunya itu

" It's okay .. I'm here . Aku selalu ada dengan kau .. "

Broken HeartedWhere stories live. Discover now