Bab 16

190 5 2
                                    

Puan Mina meletakkan barang-barang yang baru dibelinya dari pasar raya tadi di atas meja sebelum dia membasuh tangan di singki . Puan Mina berjalan ke sofa sebelum telefonnya di dalam beg tangan dibawa keluar dan nombor anaknya dihubungi . 

" Ya ummi ? " Hanee menjawab panggilan ibunya itu 

" Ha , kamu sibuk ke ? " tanya Puan Mina . Takut pulak jika dia menggangu anaknya sedang belajar ke 

" Tak adalah . Baru habis class . Nak balik lah ni , kenapa ummi ? " dapat dia dengar dari talian itu yang seperti Hanee sedang berjalan . Betullah tu baru nak balik ke rumah .

" Oh takde . Ummi dah bagi dah barang yang kamu suruh bagi dekat Addam tu " kata Puan Mina 

" Ummi baru bagi ? Lama dah barang tu ummi . Hanee pun dah lupa apa yang Hanee bagi " 

" Ummi terbawak barang tu tadi . Ingat nak hantar kat rumah dia je . Tapi dah terjumpa , ummi bagi jelah terus " kata Puan Mina lagi 

" Abang Addam suka tak hadiah tu ? " tanya Hanee dengan nada suara terujanya 

" Mestilah dia suka . Dia dengan sepupu dia tadi " Hanee mengerut dahi mendengar . Sepupu ?

" Sepupu ? Yang sepupu ayah dia tu ke ? " 

" Haah . Macam mana kamu tahu ni ? " Puan Mina belum sempat beritahu siapa Hanee dah tahu dahulu 

" Haritu Nana ada kata dia terjumpa Addam dengan sepupu perempuan tu jugaklah " kata Hanee . Bukan nak mengadu , hanya memberitahu sahaja . 

" Ohh .. mungkin sepupu dia jalan-jalan sini kot . Tak payah lah fikirkan sangat " kata Puan Mina , dia tidak mahu anaknya terlbih fikir sahaja nanti 

" Eh Hanee ok je . Hanee percaya Abang Addam " 

.

Hanee mengintai sedikit ke dalam bilik Addam . dari tadi Addam duduk di dalam bilik sahaja . Masih melihat barang-barang di dalam kotak hadiah yang Hanee berikan itu . Tanpa sedar Mikayla mengeluh perlahan sebelum dia membuka pintu bilik itu dan masuk ke dalam .

" Jom makan . Saya dah masakkan " Addam mengangguk sahaja sebelum kotak itu diletakkan di tepi mejanya 

" Awak dapat barang apa tu ? "  saja Mikayla mahu bertanya kepadanya 

" Barang aku . Dahlah turun cepat " Addam menarik lengan Mikayla agar turut keluar daripada bilik itu . Mikayla hanya menurut sahaja . 

Di meja makan mereka berdua hanya diam menjamah makanan mereka . Mikayla sebenarnya ragu-ragu juga , dia pun mahu tahu apa yang ada di dalam kotak itu . Bukan mahu menyibuk namun .. dia isteri kan ? Boleh kan kalau dia nak ambik tahu ? 

" Barang aku yang Hanee bagi tu .. jangan sentuh " belum apa-apa Addam sudah pesan awal -awal tentang barang itu . Mikayla diam sahaja . 

" Siapa dia tu sebenarnya ya dalam hidup awak ? " tidak tahu macam mana boleh tekerluar soalan itu dari mulut Mikayla . Dan tercakap tu , biar jelah ! 

Addam memandang ke arah Mikayla disebelahnya sekilas 

" Kenapa nak tahu ? " tanya Addam mendatar 

" Saya tanya je " 

" Seseorang yang aku taknak hilang . " selamba sahaja Addam membalas . Mikayla yang mendengar jawapan itu mengeluh perlahan , kenapalah pergi tanya tadi ? 

Mikayla menghabiskan makannya sebelum dia mengambil pinggan Addam sekali dan dibawa ke dapur . Addam sempat membasuh tangan dahulu sebelum dia terus berlalu masuk ke dalam bilik . Mikayla mencuci pinggan itu sebelum dia mengeringkan tangannya menggunakan tuala kecil di tepi singki itu . 

" Mana pula telefon aku ni ?" dia mengumam sendiri 

BArulah teringat telefonnya berada di atas meja di dalam bilik tidur mereka . Mikayla turut berjalan untuk masuk ke dalam biliknya namun baru dihadapan pintu bilik dia terhenti apabila terdengar suara gelak-tawa Addam . 

" Yeke ? Betullah tu .. abang tengah rindu Hanee " 

Mendengar sahaja nama gadis itu meniti di bibir Addam membuatkan Mikayla mengeluh sekali lagi . Mesti mereka sedang bersembang melalui talian . Mikayla tetap membuka pintu untuk masuk ke dalam ,tak sangka pula yang dia terbuka kuat sehingga belakang pintu terhentak pada dinding 

Addam terkejut sebelum memeandang Mikayla dengan pandangan agak tajam . Mungkin tidak suka apabila dia diganggu sedikit apabila tengah hubungi seseorang . 

" Abang ? Kenapa tu ? " terdengar Hanee yang bertanya disebalik talian itu .

" Ha ? Oh tak ada apa . Angin je , kuat betul " dalih Addam sebelum menjeling Mikayla yang memandangnya itu sekilas . Buat-buat tak tahu sahajalah 

Mikayla terus mengambil telefonnya di atas meja sebelum dia keluar daripada bilik itu . Sengaja dia menutup pintu dengan kuat sekali lagi , entahlah dia sakit hati ! Isteri mana sahaja yang tak sakit hati jika dilayan begitu dengan suami sendiri ? 

Mikayla yang berada di ruang tamu hanya duduk sahaj sambil bermain dengan telefonnya . Sedang dia melihat telefonnya itu terdengar seperti pintu bilik dibuka , mesti Addam baru sahaja habis berhubungi dengan kekasih kesayangan dia tu ! 

" Apa masalah kau sebenarnya , Mikayla ? " terdengar suara Addam bertanya dengan nada dinginnya 

" Apa ? " Mikayla bertanya semula 

Kalau setakat pintu tu , benda kecik je kan ? 

" Nak hempas-hempas pintu pula . Kau kenapa ? Ada masalah ke dengan aku ? AKu tak suka kau buat macam tu lagi . Faham ? " Mikayla tidak menjawab pun . Dia hanya diam menundukkan wajahnya 

" Aku tanya ni , faham ke tak ? " ulang Addam . Dah kenapa dia diam sahaja ni ? 

Mikayla diam lagi tidak menjawab . Dia rasa tak penting pun untuk jawab . Benda kecik sahaja . Dah kenapa nak besar-besarkan sangat ? 

" Kau dah bisu ke apa tak reti jawab ? " geram Addam dibuatnya apabila Mikayla tidak menjawab 

" Tak ada benda pun yang nak dijawab . Saya bukannya budak kecik bodoh yang tak faham " Mikayla menjawab

" Eh apa masalah kau- "

" Sudahlah . Saya nak mandi " malas mahu berlama-lama dengan Addam terus dia jalan melepasi lelaki itu dan masuk ke dalam bilik mandi

Addam memandang Mikayla yang sudah melepasi dia itu sebelum menggeleng kepala kecil . Macam budak-budak perangai !

Broken HeartedWhere stories live. Discover now